Friday, November 18, 2011

malu itu sebahagian daripada iman

assalamualaikum,

alhamdullilah,dapat kita semua bernafas pada pagi yang indah jumaat ini.tiada ape yang panjang lebar yang aku mahu kongsikan,cuma nak berkongsi satu cerita.pagi semalam,aku berdoa mahu bertemu dengan orang yang baik,orang yang aku rasakan sejuk mata aku melihatnya.supaya aku dapat berkongsi apa yang aku rasakan dalam hati ini dengannya.

Ya Allah, dekatkan aku dengan orang-orang baik, agar aku boleh mengikuti jejak kebaikan mereka.



Ya Allah, dan jauhkanlah dari orang yang membawa ku kepada dosa. Amin Ya Rabbal A’lamin... :)





alhamdullilah takdir Allah itu hebat,tetibe aturan berlaku,mase selesai sahaja menduduki exam Marketing Management semalam.aku bertemu dengan kakak sorang ini,kolej Petronas.betul orang cakap,budak DPP ini kebanyakkannya islamik.aku mulakan bicaranya dengan kakak ini.tetibe rasa nak share dengan dia.


"akak,saya rasa ada sesuatu nak kongsikan dengan akak.akak sudi dengar tak?"


"akak suka mendengar,ceritalah.."





"kak,kenape saya rasa sekarang saya malu dengan lelaki.saya rasa segan nak jalan dengan lelaki,saya rasa nak cakap pun saya malu,nak text message yang tak perlu,nak call,saya rasa segan sangat,tetibe saya rasa macamnie"





"la,sejak bila ini?.tapi,itu tandanya awak merasai kemanisan iman tuh.kan malu itu sebahagian dari iman"





"entah.sejak cuti sem baru ini.tapi,kenape skang saya baru merasainya,saya malu dengan diri saya kak,saya rasa macam banyak sangat dosa saya kak,walhal bukan saya ada buat perkara yang sampai tahap berzina tuh,tapi,saya rasa dosa banyak sangat,banyak leka dengan dunia remaja,saya suke gelak kuat-kuat dulu,tapi skang,saya fikir kenape dulu macam tuh?.kenape kak?..(masa ni dah start air mate mengalir lagi depan kakak ini..(T_____T)..






dia pegang bahu aku,then teruskan lagi bicara:


"awak tak perlu nak tanya kenape,cuma perlu fikirkan aturan Allah tuh hebat dan unik.dulu,dia bagi awak hanyut,Dia bagi awak leka.sebab Dia nak tengok dulu awak.tapi,bila awak dah makin lalai ,Dia tarik awak kembali,supaya dekat dengan Nya,sebab Allah sayangkan awak,sayang sangat kat awak,awak kena tau hikmah Allah tuh hebat sangat,sampai satu mase baru kita sedar,yang rahsia itu sangat unik..subhanallah"


aku jatuh cinta pada Allah!..

"betol jugak kak,saya rasa bertuah jumpa kakak malam ni,betol orang cakap,bila kita berdoa nak dekat dengan Allah,nak menyintai-Nya dan Rasulnya lebih apa yang ada dalam bumi ini,insyallah ,Allah akan bukak jalan seluas-luasnya.saya rasa saya lalui hari saya makin lain,makin baik,jiwa saya baru kak,tetibe aje kak,bukan dengan kakak aje saya bertemu,ada baru ini saya jumpa seseorang,dia lagi bagus kak,dia pakai purdah kak,dia kata dia nak kawan dengan saya,saya rasa pelik,tapi betollah kak,saya rasa ALLAH dan makin bukak jalan saya menuju pada-Nya"






"kak pun pernah doa macam tuh.memang betol.saya taw itu jalan yang terbaik untuk awak.hati awak makin dekat dengan-Nya.bila awak dah merasainya,awak kena doakan semoga ianya kekal,bukan senang nak jaga hidayah ALLAH ini dik.bila dah dapat,jaga betol-betol,moge istiqamah awak pada jalan ini,akak nasihatkan untuk diri akak jugak,dan akak bertuah sangat dapat berjumpa dengan awak malam ini"



"saya lagi bertuah bertemu dengan kakak.sebab kakak antara yang saya doakan untuk saya bertemu berkongsi rasa ini.alhamdullilah,saya bertemu dengan kakak.akak nak tau tak,dulu kalo esaimen banyak,nak exam ke,saya rasa saya stress sangat,macam sakit kepala pun ada,study tak habis lagi ke,kusut sangat,tapi,skang,saya tak rasakan itu semua,saya rasa tenang sangat,tak sekusut dulu,saya boleh buat kerja saya dengan tenang,tanpa stress.alhamdullilah.akak pernah rasa macamnie tak?





"pernah.sebab kita yakin Allah itu ada,Allah itu akan tolong kita.yang penting kita turut sama kena ada doa,usaha,tawakal,itu yang penting.kan belajar untuk dapat keredhaan-Nya jugak.isyallah,Allah sentiaa bersama kita"


tetibe aje melalui mall,ada forum.aku dengar macam best aje.so,aku mendekat pentas itu.aku melihat,ada pelajar yang sedang mendengar kusyuk,ada orang mendengar macam tak kesah aje.aku pelik.tapi,betul la,hanya hati yang merasainya,akan tau pentingnya forum ini.



berkenaan dengan forum ini,aku rasakan sangat bagus.dan memberi kesan dihati.topik yang dibincangkan mengenai "FORUM MAHKAMAH HATI" yang disampaikan oleh ustaz Mohd Khairul Rahmat.hebatkan kuasa Allah,mentakdirkan hati aku kesitu.


antara pesanannya adalah mengatakan bahawa:

  1. kena mintak Allah jaga hati kita,sebab hati kita mudah bolak-balik.mintak hati kita jadik hati muqarabin.iaitu hati yang dekat dengan Allah.tapi,kita tak boleh minta iman anbiya'.itu khusus untuk para nabi aje.
  2. sesiapa yang merindui untuk bertemu dengan Rasulullah,nanti Baginda akan bagi air pada hari akhirat nanti.yang membuatkan kita tak dahaga.
  3. hari kiamat nanti,ada orang yang jarang bertemu dengan Baginda,ada yang akan jumpa selalu,seminggu,setahun bahakan ada yang akan nampak nabi seribu tahun sekali.
  4. syurga itu ada 100 tingkat,setiap satunya jarak antara seluasnya langit dan bumi.besarnya syurga Allah!.
  5. dosa besar takkan jadik besar bila kita beristigfar.kalo dosa kecik terkumpul jika kita tidak beristigfar,akan jadik dosa besar.kalo dah buat,banyakkan bertaubat.
  6. pahala yang paling besar ialah bila kita ingat Allah dalam keadaan sibuk.Allah akan angkat 1000 kali darjat kita.
sampai situ sahaja aku dengar,sebab aku dengan kakak tadi kebetulan singgah sekejap aje. sebelum balik ke DPP aku.sebelum mengakhiri forum itu,ustaz Rahimi ada pesan bahawa:

"semoga awak semua yang hadir malam ini,adalah insan terpilih oleh Allah untuk dengar ceramah ini,moga kita semua mendapat hidayah oleh-Nya untuk dekatkan diri kita pada-Nya.insyallah"





aku rasakan ayat itu bermakna sangat,walhal kalo ikotkan sebelum ini,aku rasakan "alah,takde ape pun"..terukkan dulu?tapi,sekarang,aku rasakan itu semua nasihat sangat berguna,seolah-olah aku dapat ketulan emas banyak sangat.nikmatnya ilmu ini.aku dahagakan ilmu agama.ye,itu aku rasakan.


akhir kata,aku ucapkan syukur apa hikmahnya malam tadi,pertemuan aku dengan kakak itu pun same.alhamdullulah.kakak itu ada bagi nombor dia.

"nanti ada apa-apa ke,mesej akak ke,call,insyallah,akan tolong,akak sudi dengar ape-apa dari awak"




subhanallah!..ayuh..kita sama doakan semoga jalan kita untuk menyintai Allah dan Rasul melebihi apa adanya dalam bumi ini.moga jalan kita diluaskan untuk dekat dengan Nya.rapat dengan-Nya.



paling penting jugak,kita kena ingat jugak bahawa bila kita dah jaga hubungan dengan Allah,insyallah semua orang dibumi akan sayang kita,akan dekat dengan kita.yang penting,jauhkan  perasaan dengki,hasad pada semua orang.bersangka baik lah kita..

Apabila seseorang itu mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang itu dicintai oleh Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh energi alam akan menyebelahinya..

nota aku:
bukan untuk riak,bukan untuk bermegah tentang apa yang aku rasakan sekarang.dengan niat untuk berkongsi.sekian..=)




Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, November 17, 2011

Air Mata Hari Lahir yang ke 21

assalamualaikum,

kredit to Cik Ainisha.=)


alhamdullilah.aku selamat menjalani hidup sepanjang 21 tahun ini.bersyukur jugak sebab aku antara yang berpeluang dapat masih bernafas dalam usia ini.berbeza dengan kawan-kawan aku yang terlebih dahulu pergi sebelum ini yang tak sempat merasai usia 21 tahun.

mekaseh jugak sahabat yang wish kat hpon,face to-face tadi,kat facebook.lambat membalas tak bermaksud tak membacanya k.

antara cebisan mesej kakak aku ada pesan,

"moga ketaqwaan bertambah selari dengan dengan umur"

thanks naimah=)

sejauh mana ketaqwaan aku pada Allah setakat usia 21 tahun ini?...dimana tahap ketaqwaan aku yang sebenarnya pada ALLAH.dalam erti kata mudah,takwa ialah  melakukan semua yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah. 



Pernah suatu hari seorang sahabat ditanya tentang maksud takwa itu maka dijawabnya, "takwa itu adalah umpama kamu sedang melalui satu jalan yang penuh duri, maka kamu akan berhati2 dalam melaluinya agar tidak tertusuk duri dan tercedera". Begitulah kita dalam melalui hidup kita sehari-hari, perlu sentiasa berhati2 agar tidak melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah terhadap amal perbuatan kita.


Image Detail


Astagfirullahalazim.dimana aku sebenarnya,bila semakin genap usia kita,makin dekat kita dengan kematian.sepatutnya,selamat pendek umur..kan?..hadiah paling bermakna sempena usia aku 21 tahun ini,Allah memberi rasa dihati.merasai syahdunya hadis dibawah ini,subahanallah!!!~



bila dijalan ini Allah dah letakkan aku,moga aku istiqamah pada jalan ini.doakan aku dapat belajar menyintai Allah dan Rasul lebih apa yang adanya dalam dunia ini.masih syukur kupanjatkan pada Nya,memberi aku jiwa baru,nafas baru sekarang.alhamdullilah,nikmat paling agung kurasakan dalam mengecapi usia 21 tahun.


ayuh!kite memburu kemanisan iman...


sebenarnya,kemanisan iman berkadar terus dengan kesempurnaan  iman dalam hati sanubari seseorang. Semakin sempurna, teguh dan kukuh iman seseorang, maka semakin manislah iman yang dirasai olehNYa..Oleh sebab itu, bukan semua orang yang mengakui beriman dapat merasai kemanisannya. Ini kerana iman itu bukan dengan kata-kata, ataupun angan-angan tetapi ia diperkukuhkan dengan  perbuatan dan pengorbanan.pengorbanan termasuk dalam pelbagai jenis,termasuk jiwa dan raga.



aku korbankan hati dan perasaan ini,untuk meraih cinta-Nya.untuk yang berkenaan,kamu tetap kawan saya paling baik dunia dan akhirat saya taw.sebab kita pernah dulu sama-sama berkongsi rasa.insyallah,ada jodoh lagi,kita akan bertemu..maafkan saya...(T____T).sebab saya takut,sebab kita rapat,fitnah makin menjadi-jadi.saya tak nak awak turut berdosa.sayangkan persahabatan ini kerana Allah.semoga Allah sentiasa melindungi awak k..(T__T)..itu doa saya untuk awak hari-hari.semoga rahmat Allah,sentiasa bersama awak taw.

Image Detail

baru aku taw,kenape Allah memberi aku merasai usia ini.sebab Allah nak bagi kite peluang untuk berubah kan.mungkin hidup kita banyak leka,banyak lalai dengan permainan dunia.Ya Allah!..ampunkan dosa-dosa aku disaat aku lalai pada-Mu.(T__T)

seperti firman Allah dalam surah Anbiya ayat 1 mengatakan bahawa:



Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).



sebelum aku mengakhiri entry ini,aku nak ucapkan jutaan terima kasih la kat korang yang wish besday aku.

nak start dengan orang yang terawal wish by phone menjelangnya 12 malam tadi.

  1. beb
  2. haziqah
  3. fika 
  4. syaza
  5. aida
  6. cik ainisha
  7. najwa
  8. syah
  9. akin
  10. mahirah
  11. noraini
  12. adibah
  13. nojie
dan untuk rakan-rakan yang wish lepas habis post mortem kemboja semalam,mira,ain,jalil,net dan zakwan.

thanx yer!.dekat skype,sorang aje..haha..abang aku la..~weee!dekat Facebook,beratus dah,130+++..cewahhh!...~ramainya sayang aku.eh!=P.dekat belog,dah ada wat entry untuk aku.thanks mahirah..heee~ex rumate mase matrik dulu.copy sket entry dia:

Kelakar aku jenis sombong dapat roommates baik hati macam dia.fuh!memang rezeki.orang lain katil sebelah-menyebelah asyik bergaduh tapi kami cool. Bukan kami tapi dia seorang yang cool. continue>>>>SINI

dekat bas stand pun orang wish,dalam kuliah,dalam tandas pun ada..aduyai..haha~pastu dapat hug..dari Mass..dia kate,"selamat hari jadi awak,saya sayang awak"..yeaayy!..tacing jap..aku mane boleh kena peluk-peluk cium ini,tacing lebih sket.nape entah..huhu.pastu,anis tanya ape request aku untuk besday ini.hee..bagitau dah,tunggu aje la dapat ke tak..tengokla nanti..haha~


apepon,today is my birthday.tapi,takde kek kali ini,biasa before ni ada aje kek sebab celebrate kat rumah.skang,pertama kali besday aku kat uum..hihi..akhir kate,nak wish mekaseh lagi untuk my lovely sis sebab dia yang bagi tafsir alquran ini.mudah-mudah,makin dekat aku dengan Nya.



baru nak tutup entry,Bihah,shida,nieza ada call wish my besday,penutup untuk 16 November 2011..haha...mekasehlah nyanyi lagu kat aku..love u all,thanks because support me.

nota aku:
to nojie,sorry nangis depan kau tadi..thanks support me,dan semua lah,tak tau la nak ucap camne lagi....okei la..assalamualaikum.=)


mood: sebak..(T____T)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-