Tuesday, November 27, 2012

Apa aku cari sebenarnya dalam hidup ini?

assalamualaikum wbt,

saya penat,
saya penat,
saya penat.

banyak kepenatan aku sekarang kerana perihal akademik!

saya sibuk,
saya sibuk.
saya sibuk,

banyak kesibukan aku ini kerana hal duniawi!

aku termenung,
aku terfikir,
aku bermuhasabah,

apa aku cari sebenarnya dalam hidup ini?
apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup ini?

aku ketawa,
aku ketawa,
aku ketawa,

apa yang melucukan sangat?
adakah ketawa ini dalam dekatkan hati aku pada Allah.


Allah! Dakapku kembali kepada-Mu..T__T
Sesungguhnya hidup matiku hanyalah untuk Tuhan sekalian Alam.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, November 24, 2012

Itu, Ini.

assalamualaikum wbt,

sudah lama tidak menulis disini. aku ada saja disini, cuma agak busy. okey, aku busy dengan program walaupun semester ini aku ambil 8 subjek semester ini.

awak tau kenapa saya buat ini?

pertama, nak perjuangan dalam agama (semampu mungkin)
kedua, saya nak melupakan dia.yes! dia.
ketiga, saya nak pengalaman.
keempat, saya nak belajar manfaatkan waktu supaya tidak terbuang.
kelima, saya nak ............

sekali lagi, saya selalu diperli.itu saya tak kisah.

"aikk, semester 7, sibuk buat program lagi?"

sebabnya, saya nak cuba sedaya upaya bangunkan program kerohanian sebelum saya melangkah keluar dari kolej ini terutamanya.

saya ingin serapkan nilai-nilai murni dan pengalaman kepada para junior.alhamdullilah, penerimaan sangat baik.

walaupun, ada banyak kerja esaimen.tapi, saya cuba buat yang terbaik.

Moga segala usaha menjadi saham diakhirat sana..Ameen.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-