UUM ONLINE: Tiga pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) masing-masing dua dari Program Sarjana Muda Pemasaran dan seorang Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti menyediakan sarapan nasi lemak di Universidad De Colinma, Mexico.
Wan Nurul Syafawati Wan Ahmad, Mass Idayu Ahmad dan Mohd Naim Mazlan memasak sendiri nasi lemak itu bagi meraikan pelajar dan pensyarah di sana.
Mereka adalah pelajar yang mewakili UUM untuk menjalani pertukaran pelajar ke Universidad De Colima, Mexico selama satu semester mulai 18 Januari lalu sehingga 25 Jun dan dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC).
Pengarah CIAC, Prof Madya Dr Razli bin Che Razak yang mengiringi tiga pelajar ke Mexico berkata, kesemua mereka sepanjang berada disana mempelajari dan menimba ilmu bukan sahaja dari segi agama dan budaya malah turut memperkenalkan Malaysia secara amnya dan UUM secara khusus.
“Walaupun mereka ini tidak pernah mengenali budaya penduduk negara itu namun kekuatan dan ketabahan mereka sudah cukup untuk mereka menjalani kehidupan disana,” ujarnya lagi.
Mohd Naim Mazlan pelajar tunggal lelaki yang menyertai pertukaran pelajar berkata, sebaik tiba di Colima, Mexico mereka disambut mesra oleh pihak Universidad De Colima dan seterusnya dibawa ke rumah keluarga angkat mereka, Gerardo Chevaz Verjan.
“Walaupun berada jauh di Mexico dan terpaksa berjauhan dengan keluarga selama enam bulan namun dengan layanan mesra yang diterima dari keluarga angkat telah mengubat hati kami,” katanya lagi.
Bagi Wan Nurul Syafawati pula selain daripada keluarga angkat mereka juga berpeluang mengenali rakan-rakan baru dari Jepun dan Colombia yang kebetulan turut menginap di kediaman yang sama.
“Peluang tinggal serumah bukan sahaja dapat berkongsi pengalaman dalam bidang pendidikan malah dapat mengenali budaya mereka,” sambungnya.
Manakala, Mass Idayu pula berkata, walaupun tinggal bersama dengan pelajar dari negara dan agama lain namun mereka tetap berpegang kepada ajaran Islam termasuk dari segi pemakanan.
“Bagi mengatasi masalah pemakanan kami memasak sendiri dan ayam pula disembelih oleh Mohd Naim,” katanya.
Idayu menambah dalam pembelajaran dalam kelas pula kehadirannya bersama Nurul yang memakai tudung turut menjadi perhatian mereka.
Manakala, dalam pembelajaran pula amatlah berbeza kerana peperiksaan akhir tidak diwajibkan bagi semua pelajar kecuali mereka yang memperolehi markah ditahap yang kurang memuaskan.
“Disini,gred A,B,C tidak digunakan sebagai asas penentuan setiap subjek tetapi menggunakan nombor antara 10 hingga 0.“Bagi markah 10 adalah yang paling cemerlang seperti A+ mengikut sistem pengredan peperiksaan di Malaysia. “ katanya.
Ketika berada di sana mereka turut diberi peluang oleh Pengarah Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa Universidad De Colima, Genoveva Amador Fierros untuk membentangkan keunikan Malaysia dan UUM.
===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
p/s:tak caye ese artikel ini diterbitkan jugak.walaupun ada diedit2 jugak.tengs untuk sepupu aku,adik aku sebab tolong,dan Mass untuk final check artikel ini..hihi...alhamdullilah..=)
4 comments:
hebat !!!
wah seronoknya...
kay mexico ni.. memang internationale la!
waaa....famos amos dah dia..taniah3! :)
Post a Comment