Kesempurnaan Rasulullah S.A.W sebagai kekasih Allah tiada tolok banding menjadi ikutan Muslim seantero dunia termasuk diet makanan Baginda.
Sabda Baginda S.A.W:~ “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”
“Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.”Hadis Riwayat Bukhari
- Rasulullah SAW makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan.
- Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang tinggi
Mengapa dan apa kelebihan makanan-makanan yang digemari Rasulullah?
1.SUSU ASLI
- Merupakan makanan yang lengkap dan kaya dgn protein, kalsium, vitamin A dan B.
- Zat protein berkualiti tinggi penting utk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit.
- Zat kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang. Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis.
- Zat-zat lain yang terdapat dalam susu ialah: fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D.
Allah juga ada berfirman:
“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.”Surah An-Nahl, Ayat 66
2.KURMA ATAU TAMAR;
- Kandungan serat yang tinggi, dapat mengelakkan masalah sembelit.
- Mengandungi Vitamin A yang penting untuk mata/penglihatan.
- Mengandungi gula untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
- Juga mengandungi pelbagai vitamin, mineral serta air yang penting bagi kesihatan badan.
Diberi contoh tentang keistimewaan khasiat buah kurma ini melalui kisah Siti Maryam yang menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa A.S. untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga. Allah SWT juga ada berfirman:
“Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka, makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.”
Surah maryam, Ayat 25
3.Seterusnya, mari kita lihat khasiat DAGING pula:
Merupakan sumber protein yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zinc)
4.Rasulullah SAW juga suka MADU, mengapa? Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Setiap lepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli.
Apa yang bagus tentang madu sehingga ia menjadi amalan Rasulullah SAW? Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan keradangan.
Antara lain cara pemakanan Rasulullah yang harus juga kita teladani:
- Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan.
- Baginda SAW juga tidak makan ikan dan daging dalam masa yang sama (hasil darat dan hasil laut diasingkan)
- Baginda SAW tidak tidur selepas makan.
- Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana dipercayai berlaku tindak balas yang boleh mengubah kadar kealkalian (pH) air tersebut.
- Baginda SAW, tidak mengambil daging dalam kuantiti yang banyak kerana pengambilan daging yang banyak memberikan kesan kepada sendi dan ginjal.
Pesan Saidina Umar RA,
“Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak”
Lagi amalan/ tabiat Rasulullah SAW yang harus kita contohi:
- Baginda SAW, gemar makan sayur-sayuran kerana ia memiliki kandungan zat yang berkhasiat dan berfungsi untuk memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit yang berpunca dari gula.
- Rasulullah SAW, makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Fungsinya sangat bagus untuk mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.
- Baginda SAW melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Jadi tak hairanlah mengapa di dalam piramid makanan yang selalu kita lihat menyarankan kita untuk mengambil 8 hingga 12 sajian berasaskan ubi dan bijirin dalam sehari.
“Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras”~Hadis Riwayat Huzaifah
dan Humaka’ ada berkata:“Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala kepada segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala kepada segala ubatan”…
Insyallah..
No comments:
Post a Comment