assalamualaikum,
alhamdullilah,dapat kita semua bernafas pada pagi yang indah jumaat ini.tiada ape yang panjang lebar yang aku mahu kongsikan,cuma nak berkongsi satu cerita.pagi semalam,aku berdoa mahu bertemu dengan orang yang baik,orang yang aku rasakan sejuk mata aku melihatnya.supaya aku dapat berkongsi apa yang aku rasakan dalam hati ini dengannya.
Ya Allah, dekatkan aku dengan orang-orang baik, agar aku boleh mengikuti jejak kebaikan mereka.
Ya Allah, dan jauhkanlah dari orang yang membawa ku kepada dosa. Amin Ya Rabbal A’lamin... :)
alhamdullilah takdir Allah itu hebat,tetibe aturan berlaku,mase selesai sahaja menduduki exam Marketing Management semalam.aku bertemu dengan kakak sorang ini,kolej Petronas.betul orang cakap,budak DPP ini kebanyakkannya islamik.aku mulakan bicaranya dengan kakak ini.tetibe rasa nak share dengan dia.
"akak,saya rasa ada sesuatu nak kongsikan dengan akak.akak sudi dengar tak?"
"akak suka mendengar,ceritalah.."
"kak,kenape saya rasa sekarang saya malu dengan lelaki.saya rasa segan nak jalan dengan lelaki,saya rasa nak cakap pun saya malu,nak text message yang tak perlu,nak call,saya rasa segan sangat,tetibe saya rasa macamnie"
"la,sejak bila ini?.tapi,itu tandanya awak merasai kemanisan iman tuh.kan malu itu sebahagian dari iman"
"entah.sejak cuti sem baru ini.tapi,kenape skang saya baru merasainya,saya malu dengan diri saya kak,saya rasa macam banyak sangat dosa saya kak,walhal bukan saya ada buat perkara yang sampai tahap berzina tuh,tapi,saya rasa dosa banyak sangat,banyak leka dengan dunia remaja,saya suke gelak kuat-kuat dulu,tapi skang,saya fikir kenape dulu macam tuh?.kenape kak?..(masa ni dah start air mate mengalir lagi depan kakak ini..(T_____T)..
dia pegang bahu aku,then teruskan lagi bicara:
"awak tak perlu nak tanya kenape,cuma perlu fikirkan aturan Allah tuh hebat dan unik.dulu,dia bagi awak hanyut,Dia bagi awak leka.sebab Dia nak tengok dulu awak.tapi,bila awak dah makin lalai ,Dia tarik awak kembali,supaya dekat dengan Nya,sebab Allah sayangkan awak,sayang sangat kat awak,awak kena tau hikmah Allah tuh hebat sangat,sampai satu mase baru kita sedar,yang rahsia itu sangat unik..subhanallah"
aku jatuh cinta pada Allah!.. |
"betol jugak kak,saya rasa bertuah jumpa kakak malam ni,betol orang cakap,bila kita berdoa nak dekat dengan Allah,nak menyintai-Nya dan Rasulnya lebih apa yang ada dalam bumi ini,insyallah ,Allah akan bukak jalan seluas-luasnya.saya rasa saya lalui hari saya makin lain,makin baik,jiwa saya baru kak,tetibe aje kak,bukan dengan kakak aje saya bertemu,ada baru ini saya jumpa seseorang,dia lagi bagus kak,dia pakai purdah kak,dia kata dia nak kawan dengan saya,saya rasa pelik,tapi betollah kak,saya rasa ALLAH dan makin bukak jalan saya menuju pada-Nya"
"kak pun pernah doa macam tuh.memang betol.saya taw itu jalan yang terbaik untuk awak.hati awak makin dekat dengan-Nya.bila awak dah merasainya,awak kena doakan semoga ianya kekal,bukan senang nak jaga hidayah ALLAH ini dik.bila dah dapat,jaga betol-betol,moge istiqamah awak pada jalan ini,akak nasihatkan untuk diri akak jugak,dan akak bertuah sangat dapat berjumpa dengan awak malam ini"
"saya lagi bertuah bertemu dengan kakak.sebab kakak antara yang saya doakan untuk saya bertemu berkongsi rasa ini.alhamdullilah,saya bertemu dengan kakak.akak nak tau tak,dulu kalo esaimen banyak,nak exam ke,saya rasa saya stress sangat,macam sakit kepala pun ada,study tak habis lagi ke,kusut sangat,tapi,skang,saya tak rasakan itu semua,saya rasa tenang sangat,tak sekusut dulu,saya boleh buat kerja saya dengan tenang,tanpa stress.alhamdullilah.akak pernah rasa macamnie tak?
"pernah.sebab kita yakin Allah itu ada,Allah itu akan tolong kita.yang penting kita turut sama kena ada doa,usaha,tawakal,itu yang penting.kan belajar untuk dapat keredhaan-Nya jugak.isyallah,Allah sentiaa bersama kita"
tetibe aje melalui mall,ada forum.aku dengar macam best aje.so,aku mendekat pentas itu.aku melihat,ada pelajar yang sedang mendengar kusyuk,ada orang mendengar macam tak kesah aje.aku pelik.tapi,betul la,hanya hati yang merasainya,akan tau pentingnya forum ini.
berkenaan dengan forum ini,aku rasakan sangat bagus.dan memberi kesan dihati.topik yang dibincangkan mengenai "FORUM MAHKAMAH HATI" yang disampaikan oleh ustaz Mohd Khairul Rahmat.hebatkan kuasa Allah,mentakdirkan hati aku kesitu.
antara pesanannya adalah mengatakan bahawa:
- kena mintak Allah jaga hati kita,sebab hati kita mudah bolak-balik.mintak hati kita jadik hati muqarabin.iaitu hati yang dekat dengan Allah.tapi,kita tak boleh minta iman anbiya'.itu khusus untuk para nabi aje.
- sesiapa yang merindui untuk bertemu dengan Rasulullah,nanti Baginda akan bagi air pada hari akhirat nanti.yang membuatkan kita tak dahaga.
- hari kiamat nanti,ada orang yang jarang bertemu dengan Baginda,ada yang akan jumpa selalu,seminggu,setahun bahakan ada yang akan nampak nabi seribu tahun sekali.
- syurga itu ada 100 tingkat,setiap satunya jarak antara seluasnya langit dan bumi.besarnya syurga Allah!.
- dosa besar takkan jadik besar bila kita beristigfar.kalo dosa kecik terkumpul jika kita tidak beristigfar,akan jadik dosa besar.kalo dah buat,banyakkan bertaubat.
- pahala yang paling besar ialah bila kita ingat Allah dalam keadaan sibuk.Allah akan angkat 1000 kali darjat kita.
sampai situ sahaja aku dengar,sebab aku dengan kakak tadi kebetulan singgah sekejap aje. sebelum balik ke DPP aku.sebelum mengakhiri forum itu,ustaz Rahimi ada pesan bahawa:
"semoga awak semua yang hadir malam ini,adalah insan terpilih oleh Allah untuk dengar ceramah ini,moga kita semua mendapat hidayah oleh-Nya untuk dekatkan diri kita pada-Nya.insyallah"
aku rasakan ayat itu bermakna sangat,walhal kalo ikotkan sebelum ini,aku rasakan "alah,takde ape pun"..terukkan dulu?tapi,sekarang,aku rasakan itu semua nasihat sangat berguna,seolah-olah aku dapat ketulan emas banyak sangat.nikmatnya ilmu ini.aku dahagakan ilmu agama.ye,itu aku rasakan.
akhir kata,aku ucapkan syukur apa hikmahnya malam tadi,pertemuan aku dengan kakak itu pun same.alhamdullulah.kakak itu ada bagi nombor dia.
"nanti ada apa-apa ke,mesej akak ke,call,insyallah,akan tolong,akak sudi dengar ape-apa dari awak"
subhanallah!..ayuh..kita sama doakan semoga jalan kita untuk menyintai Allah dan Rasul melebihi apa adanya dalam bumi ini.moga jalan kita diluaskan untuk dekat dengan Nya.rapat dengan-Nya.
paling penting jugak,kita kena ingat jugak bahawa bila kita dah jaga hubungan dengan Allah,insyallah semua orang dibumi akan sayang kita,akan dekat dengan kita.yang penting,jauhkan perasaan dengki,hasad pada semua orang.bersangka baik lah kita..
Apabila seseorang itu mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang itu dicintai oleh Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh energi alam akan menyebelahinya..
nota aku:
bukan untuk riak,bukan untuk bermegah tentang apa yang aku rasakan sekarang.dengan niat untuk berkongsi.sekian..=)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)
2 comments:
hurm harap sangat akan dapat alami macam awak alami... mungkin masa kita lain-lain.. awak dapaat dulu sebelom saya..=)
good luck..=)
alhamdullilah.=)
mekaseh taw,moge awk akan dapat nanti ape yg saya rsa..amin.=)
Post a Comment