Tuesday, December 20, 2011

Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik


 Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”




Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.


Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.



Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!



nota aku:
copy paste and edit dari artikel Pahrol Mohd Juoi..


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

7 comments:

نورعيم said...

terima kasih sis :)

menjadi peringatan utk sy. dan sy suka kata2 dr gambar kedua :)

si penglipur lara said...

syala!!..like 100x..setiap kepahitan itu akan dibungkus bersama kemanisan..hanya hamba yang terpilih sahaja akan memnangi perjuangan ini...

Layyinul Harir said...

noraim:
same2..
ye,peringatan bersama..
saya pun suke kate2 tuh.=)

Layyinul Harir said...

biha:
ye..betol2!~..aku like 1000 kali taw.=P

SITI NOARIZAH ARIS said...

ALLAH dah siapkan yg terbaik utk kita kalau tak hari ni mgkin esok lusa kita akan dapat...bersabar dan berdoa sahaja setiap hari yea dikk..:)

cikpuanhady said...

ye betul..setiap yg berlaku ada hikmahnya..

Mai said...

yeahh..yang penting istiqomah dalam melakukan ibadat..sebelum mendapat kegembiraan diuji dulu dgn kepayahan ;DD