Assalamualaikum wbt,
Tudung. Tudung. Tudung.
Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.
Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.
Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik!
Tambah lagi apabila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.
Allah sayang saya. Amat sayang.
Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa!
Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayah-Nya.
Allah masing sayang saya, terlalu sayang.
Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.
Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tidak perlu lagi telekung-telekung berbau berdaki itu semua.
Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tidak hormat! Tetapi Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tidak berani buat begitu.
Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.
Saya sekarang bertudung labuh, tetapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tetapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.
Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!
nota aku:
3 comments:
moga saya, awak, kita terus istiqomah..
demi menuju mardhatillah, insyaAllah ;)
aku juga seperti kamu masih mencari Tuhan..Aku percaya tuhan itu wujud tapi masih belum dapat merasa..Mungkin kita kata cinta kita hanya pada Tuhan tapi sebenar itu hanya di mulut,masih mencari cinta untuk tuhan dari lubuk hati...minta Allah tunjukkan aku ke arah kecintaan kepadaNYA.Aku ini selalu berpura-pura di depan orang yang aku ini alim tapi aku sama saja dengan mereka yang berani mengaku kekufuran kepada Allah..Aku mungkin lebih teruk daripada mereka..Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Pengasih memberikan cintaNYa kepada semua umat manusia,bukakanlah hatiku ini untuk menerima hidayah dan cintaMU.aku memang ingin beubah kerana niat itu selalu tersemat dalam hati tapi nafsu selalu mengatasi segalanya..Aku ada penyakit rohani Ya Allah ,penyakit yang manusia cukup takut untuk dekati aku.Aku juga punya sifat riaf dan ujub dalam diri..Aku akan berasa bangga apabila mata2 melihat aku memakai pakaian berjenama,turun dari kereta mewah dan mampu membeli barangan yang orang lain tak mampu.Aku juga selalu menipu untuk menutup kekurangan diri...
Tintamu ini mungkin hdiayah Allah..aku tak ingin berpaling lagi kerana apabila engkau berpaling daripada hidayah ALLAH maka hidayah itu tak akan terus muncul lagi..Aku pelik kenapa orang seakan jelik apabila melihat mereka yang memakai tudung labuh sebaliknya adalah menjadi suatu fesyen apabila mereka memakai tudung yang singkat..sematkanlah cahaya keimanan kamu dalam hati ini,akau akan terus menunggu kerana aku hanya ingin menjadi hambaMU yang soleh..sudah lama aku menantio,harap kau kabulkan doaku ini.Dulu aku hanay memohon kepadamu apabila aku dalam kesusahan tapi kini walaupun aku dalam kesusahan aku ingin terus memohon dan bersyukur apabila sudah dalam keadaan selesa..Temukan aku dengan orang yang benar untuk mengubah aku..Aku ini kepingin nikmat cinta agungMU...
Iryd,
moga kesedaranmu berlaku pada diriku jua.
Post a Comment