ini kisah seorang perempuan itu sedar yang dirinya banyak hanyut selama
ini,perempuan itu kembali pada fitrah islam,ye,yang sebenarnya tiada istilah
"lelaki dan perempuan berkawan baik"..ini kerana perempuan itu mengikuti ceramah agama bertajuk " IKHTILAT ,Kerana kita berbeza". terlalu
banyak input yang memberi kesan dihati perempuan itu.ye,sangat menyentuh
hati!
menitis
lagi air mata penyesalan perempuan tersebut.kini,sebagai menggantikan
dosa-dosa masa silamnya, perempuan itu kembali membusykan diri dengan
aktiviti masjid,di pusat islam.dengan mengikuti ceramah-ceramah agama.
tudungnya
juga turut dilabuhkan,ini kerana hatinya tergerak kearah itu.bagi
perempuan itu,dirinya sibuk dengan menyebarkan cinta Allah dan
Rasul.supaya manusia tak lalai dengan manusia lagi.supaya tak terbuai
dengan lelaki lagi.bertambah-tambah azamnya.makin cuba kuat.perempuan
itu juga,kini sibuk dengan aktiviti usrah di masjid.alhamdullilah.prinsip hidupnya,berpegang kepada apa yang Nabi Muhammad lakukan,iatu berdakwah.."Dakwah itu Jalan Hidupku"
.
waktu
siang ataupun malam disibukkan diri dengan mengajar mengaji al-quran
adik junior.membuatkan hati perempuan itu gembira,supaya dia tidak lagi
merasa sunyi lagi.disamping itu juga,perempuan itu juga
digelar "ustazah".oleh rakan-rakan.makin ramai sahabat perempuan mendekati perempuan
itu.alhamdullilah.
waktu malamnya,dihabiskan masa dengan
bermunajat dengan Allah,tiada lagi seperti dahulu,berfacebook, bermesej
melalaikan, berkepit dengan telefon tengah malam.kini,perempuan itu kembali
pada jalan lurus. iaitu jalan yang diredhai-Nya.
kadangkala,perempuan itu pernah juga rasa kecewa.saat kecewa
itu,perempuan itu mentaddabur ayat suci alquran.itu penguat jiwa
perempuan itu.tafsirnya dibawa kemana sahaja.itu menenangkan
hati.perempuan itu juga turut menjadi imam di aktiviti blok,dan
menyampaikan kuliah selepas maghrib atapun selepas zuhur jumaat. disamping
menyampaikan tazkirah,perempuan itu turut mengingatkan dirinya juga.perempuan itu juga dijadikan tempat rujukan untuk setiap masalah,insyallah perempuan itu akan cuba membantu.
bila ditanya,apakah perempuan itu lakukan saat dia berduka? jarang sekali aku melihat dia berduka.katanya:
"saya akan pandang langit,dari situ kekuatan saya ada,saya yakin Allah ada dengan saya,ALLAH tahu apa yang dia buat,bagi saya hidup ini terlalu hina untuk berduka setiap waktu,saya belajar meredhai apa yang telah Allah tetapkan untuk saya"
kini,perempuan itu dalam proses membersihkan hatinya dan mensolehahkan dirinya demi KEKASIH AGUNG yang banyak dilupakan dulu.alhamdullilah.~moga dirinya sentiasa dalam nikmat cinta "baru" yang diterima itu..Amin.
p/s:
saya mahu kuat macam perempuan itu.=)
No comments:
Post a Comment