Monday, July 23, 2012

Wahai Ayah Ibu! Didiklah Anakmu Mencintai Al-Quran.



                             Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ada sesuatu yang sering aku mahukan jawapan dari dirinya.dari semester lepas, saat dia menjadi imam ketika di program tahlil dan solat jemaah.sesuatu yang hati aku detikkan ialah.
         

"subhanallah! Indahnya bacaan solat dia"

akalku sering bertanya,siapa yang mengajarkan dia mengaji?"

Bukan itu sahaja,malah bagi solat jemaah di masjid UUM juga,dirinya seringkali mengimamkan solat Maghrib & Isyak. sungguh! sangat menyentuh hati mendengar bacaan solatnya.sahabatku jugak mengatakan benda yang sama.then,alhamdullilah,finally aku terlihat dari FB nya..huhu.so,CROP sini lah.






masa aku baca status tuh.aku tetiba tacing! entah mengapa..sebab jawapannya "Ibu saya". Bertuahnya si ibu dapat melahirkan anak yang soleh dari kacamata kami.wajahnya mendamaikan,ada NUR pada wajahnya.sungguh! Bukan aku suka usha dia,tapi cuma aku kagumi dirinya walaupun baru berusia 21 tahun. aku rasa kan kalau dia masuk Imam Muda akan datang.Insyallah!.

semoga generasi akan datang, akan terus melahirkan anak yang soleh sepertinya. yang penting, tanggungjawab itu ada pada si ibu dan si ayah bagaimana mahu mencorakkan kain putih itu.
Dan aku sebagai anak juga meyakini bahawa cara ataupun corak pendidikan yang diterapkan oleh ibu bapa amatlah penting. kerana hasil didikan akan membentuk siapa diri kita sekarang. 

Dan aku sebagai anak untuk Ummi dan Arwah Ayah,amat bertuah kerana punya ibu bapa seperti mereka.kerana didikan mereka menjadikan aku sekarang.Thanks a lot! Especially to My Ummi always pray me to be "Anak Solehah"..insyallah ! I always try to be.





Dan aku cuba menjadi sesabar Ummi,
Dan aku cuba menjadi sekuat Ummi,
Dan aku cuba menjadi sehebat Ummi,

Yang hatinya kuat menahan ujian,
Yang hatinya kuat menanggung beban,
Yang hatinya kuat melalui segalanya,
Yang hatinya kuat menghadapi sebuah kehilangan,

Pernah jugak diri ini ditanya:

" syafa anak Ustazah atau Ustaz ke?"

"tidak! saya hanya anak kepada seorang Jururawat sahaja"


Tak kira kita anak kepada siapa,ataupun ibu ayah kerja apa,yang penting cara didikan mereka itu bagaimana.itu yang penting.ada sahaja aku lihat, seorang lagi kawanku yang ayahnya hanya berkerja sebagai Pak Guard..tapi,didikannya Subhanallah! Hebat sangat. kerana terus melahirkan anak yang solehah,semuanya bertudung labuh,pandai mengaji.result exam nya jugak hingga mencapai Dekan List.alhamdullilah.


Pernah suatu ketika,aku berpeluang untuk bertanya kepada dia.apakah rahsianya?


"Ayah saya mementingkan solat. kalau ibu bapa lain sibuk bertanyakan tentang "dah makan kebelum.tapi, ayah saya tidak begitu.asal balik aje,terus tanya "dah solat ke belum"?

Terharu aku mendengar jawapannya. Dan sekali lagi Allah memberi peluang kepada aku untuk berkunjung kerumahnya ketika cuti semester baru-baru ini.dan aku melihat sendiri. keluarganya sangat bahagia. meskipun, hanya tinggal dirumah Flat yang mempunyai 2 bilik. dan mempunyai adik beradik seramai 5 orang,tidak menjadikan itu masalah untuk mengecapai keluarga sakinah dan mawaddah. 




Diruang tamu rumahnya,aku melihat susunan al-quran dan Iqra' dan rehal, menarik hatiku untuk bertanya:


" awak belajar mengaji dengan siapa ye?"

"dengan ibu dan ayah. lepas Maghrib ibu akan ajarkan mengaji untuk kami semua. dan kat ruang tamu inilah tempat ibu ajar.sebab rumah kami sempit aje lah akak"

ya! Penerapan Islamik kedalam diri anak-anak ketika masih kecil itu penting.Didiklah anak ketika kecil untuk mencintai Al-Quran,mengenali Siapa Itu Rasulullah dan macam-macam cerita kisah nabi yang lain.Jangan anak kita tak tahu mengaji langsung,sungguh rugi!.Bukankan anak yang soleh akan dapat menjadi aset untuk ibu bapa akan datang? Tepuk Dada,Tanyalah Iman.



Bukankah mempunyai keluarga bahagia itu impian dihati setiap orang?
ya! Aku menginginkannya dan terus mendoakan itu..sekian..



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

aReLaN said...

moga kita sume mampu jadi yang terbaik untuk ubu bapa kita.insya-ALLAH