Wednesday, September 26, 2012

Mencari Keberkatan Waktu.

Assalamualaikum wbt,
petang tadi, aku tertengok kalendar, rupanya sudah hampir kepenghujung September.. sekejap aje masa berlalu.dan aku mula terfikir, apa yang telah aku lakukan selama hari ini, apa ilmu agama yang aku tambah? apakah makanan rohani makin bertambah ? adakah Allah dihatiku 24 jam? ataupun masa yang aku lalui sebelum ini berlalu begitu sahaja tanpa manfaat? dan aku mula mencari keberkatan dalam waktu. supaya waktu itu dapat aku rasai ianya bermakna dan memberi manfaat kepada diri ini..aih! mungkinkah aku antara golongan yang yang dinyatakan dalam surah Al-Asr.



“Mencari keberkatan waktu itu ada tujuh cara iaitu dengan:

1) Meninggalkan maksiat
2) Meningkatkan ketaatan
3) Menjaga solat di awal waktu

“Rasulullah SAW bersabda : Orang yang paling bagus adalah yang apabila habis waktu solat, dia menantikan waktu solat yang seterusnya”

4) Membaca Al-Quran
5) Tidak tidur selepas solat subuh
6) Memperbanyakkan menuntut ilmu





aku akui minggu lepas dan minggu ini banyak membuatkan aku terkejar-kejar masa. T_T... mungkin aku tak mampu mengurus masa lagi? sedangkan aku sudah berada di semester 7..yang aku tahu, perangai lama aku makin menjadi-jadi iaitu displin waktu..ini aku akui, aku lemah bab-bab masa. tapi,sejak kawan dengan Roslaini, she makes me more discpline.she always advised me.. cuba korangkan bayangkan kelas start kol 9.30 pagi, dalam pukul 8.50 pagi dia dah get ready tunggu aku untuk kekuliah.kalau ikot perangai aku, 9.25pg la baru aku run tak pun,9.30pagi baru naik bas..hee.

kena pulak, aku sedang menguruskan satu projek untuk budak sekolah.ini pun atas pertolongan zakwan dan Rosilawati..huhu..kalau takde mereka, entah aku pun tak berani nak handle ini semua. yang aku tahu, serabut entah apa-apa.kerja lambat siap.dahla pengarah projek!.Errr....sehinggalah tadi, aku mengadu kat mereka berdua. then, i got conclusion!  zakwan advised me susun jadual planning betol-betol baru mudah segalanya..

so,aku terkesan dengan itu.kira, boleh sampai kehati..haha..so,balik bilik,aku tekad, aku nak siapkan kerja-kerja dengan lafaz bismillah! dah siap pun rupanya..haha.senang aje.now, settled my part..then,rasa nak google tentang keberkatan waktu..

Amalkan doa ini.semoga Allah mudahkan segala urusan kita!.=)

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

kata-kata semangat untuk dikongsi:
“Orang yang bijak adalah orang yang selalu muhasabah dan melakukan perkara yang berguna untuk hari akhirat. Manakala orang kafir yang tidak mahu berusaha mencari kebenaran adalah seperti haiwan ternakan. Hidupnya hanya untuk makan dan minum sehari-harian tanpa perlu memikirkan tujuan sebenar kehidupan di dunia.”


Bagaimana mahu mengurus waktu?” 

“Pertama, mesti ada jadual waktu-tulis lepas ni mahu buat apa, dan apa. Kemudian mesti kena ada matlamat, seterusnya perlu ada kawan yang baik-yang selalu mendorong untuk berbuat kebaikan dan tidak mengajak untuk berbuat perkara yang tidak berfaedah, yang membuang masa kita, dan akhir sekali, perlu ada cita-cita. InsyaAllah kita akan dapat kejayaan, akan buat lebih kebaikan dan dapat jadi orang yang lebih beruntung.”




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: