Wednesday, November 14, 2012

Cinta Yukiko



Assalamualaikum,

hari tuh,aku pergi forum "Muhasabah Cinta".dan satu cerita yang menarik perhatian aku.yang buat aku tersentuh. iaitu tentang cerita yang benar berlaku pada seseorang hamba Allah.ceritanya bermula begini.

ada seorang lelaki yang nama Rahman (bukan nama sebenar) berusia 14 tahun pada ketika itu. amat tergilakan "YUKIKO".dimana-mana dia akan menulis dan juga papan hitam kelasnya " I LOVE YUKIKO". nampak macam gila pun ada.haha. then, satu hari ,ada kawan bertanya Rahman.

"oitt man, kau ini pehal, asyik-asyik Yukiko aje.siapa dia"
"takkan nak beritahu kau"
"ala, gitau la.."
"sebenarnya aku minat dengan budak perempuan kelas 2 Bestari.aku tak tau nama dia, cuma wajahnya persis Yukiko yang kartun jepun tu.sebab itu aku panggil dia Yukiko"
"ohh! itu ke? better kau pergi confess kat dia"
"haaa?"
"ye,at least,kau takdalah gila macam ini"


sehinggalah satu hari, nak dijadikan cerita. pertemuan diaturkan bersama Yukiko itu atas sokongan kawan-kawan sekeliling. sekaligus,membuatkan Rahman terconfess.

"sebenarnya, saya suka awak walhal saya tak tau nama awak"
"oh! saya hargai perasaan awak itu.cuma saya nak kita belajar dulu. sebab kita masih di Tingkatan 2, panjang lagi masa kita.kalau ada jodoh, lepas kita graduate esok-esok,adalah..andai waktu itu awak masih lagi belum berpunya. kita belajar dulu ya"

Bagi Rahman,kata-kata itu menyenangkan hatinya.rasa bahagia pun ada.walaupun hanya itu yang diungkapkan oleh Yukiko. sehinggalah tamat SPM.masing-masing membawa haluan masing-masing.


Tapi,takdir Allah.siapa yang sangka kan.akhirnya, pertemuan mereka berlaku lagi di Universiti Malaya.tapi,masing-masing hanya melihat dari jauh.sekadar berhubung ada keperluan sahaja.kerana mereka giat aktif dalam program dakwah dan islamik.

Hanya itu sahaja.waktu terus berlalu. sampailah hari majlis konvokesyen mereka. Rahman melihat Yukiko bersama keluarganya diluar dewan besar.Dan terus dengan rasa gentlemannya Rahman pergi bertemu ayah Yukiko.


"pakcik, maafkan saya.saya nak mintak izin pada pakcik untuk bercakap dengan anak pakcik depan pakcik"
"okey.silakan"


 dengan penuh debaran .Rahman memulakan percakapan:

"awak. masih ingat kata-kata awak masa kita di Tingkatan 2?"
"ya.ingat!-Ujar Yukiko masih malu-malu-
"so,bagaimana sekarang? awak dah berpunya belum?"
"belum.kerana saya masih menunggu awak. janji saya pada awak.dan awak?"
"dan saya pun sama"

Seminggu selepas majlis konvokesyen.Majlis merisik, bertunang, akad nikah berlangsung.siapa sangka, jodoh mereka dipermudahkan begitu. kerana mereka yakin.

"sejauh mana terpisah, sejauh mana lari.kalau sidia Allah tetapkan untuk kita.takda siapa mampu mengubahnya meskipun tiada "ikatan couple" sebelum itu.kalau Allah takdirkan sidia bukan untuk kita, walau sesayang mana pun kita pada dia, sekuat mana cinta.kalau dia bukan untuk kita,tetap takkan bersatunya kita dan dia"


Itulah perkongsian dari Kak Dina, selaku ahli panel.cerita ini amat menyentuh hati aku.aku pun tak tahu kenapa. maybe, entry akan datang aku akan ceritakan sesuatu.okey?hehe.sekian.~



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-