Allah itu Maha Kuat, Allah itu Maha Besar,
Satu rahsianya ialah, Amalkan solat sunat syukur sebelum tidur dan amalkan doa ini :
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Wahai Allah! Bagi Engkau segala pujian sebagaimana yang sayugia bagimu, kemuliaanMu dan yang sangat besar pemerintahanMu.
Wahai Allah! Jadikan aku orang yang banyak bersyukur , orang yang banyak bersabar,
Jadikan aku kecil dalam pandangan mataku dan besar dalam pandangan mata orang ramai.
Akhirkan doa dengan selawat keatas nabi..seterusnya istighfar banyak-banyak.
Mohon Allah berikan kita kekuatan untuk melalui hidup ini.
Ada orang kata, solat sunat syukur ini perlu dilakukan setiap kali kita dapat apa yang kita hajati.ye! betul.tapi, bukankah ada nikmat lain yang Allah beri yang perlu kita syukurkan?
Dapat apa yang kita nak, itu syukur, tidak dapat apa yang kita inginkan juga hendaklah SYUKUR! mungkin itu yang baik. ajarkan diri sentiasa bersyukur, pandang orang yang lebih susah dari kita.
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".-Surah Ibrahim Ayat 7-
Formula hidup ini mudah, dengan merasa syukur atas setiap yang ada dan belajar sabar atas setiap ujian.
Yakin pada -Nya.
KEKUATAN SEBENAR-SEBENARNYA HANYA MILIK ALLAH!
(^__^)
Gantungkan keyakinan bahawa segala KEKUATAN hanya milik Allah!
Mohon pada-Nya..
(^__^)
Jangan mengeluh jika jalan takdir kita terpaksa membuat banyak kerja dalam 1 masa, kerana Allah tahu kita mampu lakukan semua itu, meskipun hati masih lagi bersedih..heyyyy! kawan-kawan jangan sedih-sedih atau merungut tentang assignment yang masih lagi tak settle,mungkin ini semua kunci rahsia untuk akan datang. Kesusahan saat ini, keperitan saat ini ada satu rahsia untuk hari ESOK! who knows??..Allah knows better than YOU!.
Lalui hidup ini dengan ikhlas.Insyallah! Allah kira semua USAHA kita..=D
No comments:
Post a Comment