assalamualaikum wbt,
aku selalu susah nak care perasaan orang.huhu.tak tahu kenapa.mungkin bagi aku, tak perlu nak caring lebih-lebih. nanti orang rimas. huhu. aku tak reti kot nak report bagai kat encik tunang aku apa yang aku buat, dimana aku pergi. bagi aku,mungkin dia tak kesah.
semalam, lepas balik kerja, aku pergi Pantai kelulut, makan ikan bakar ,kerang bakar,minum air kelapa. hehe.. sebabnya, aku nak teman housemate aku,Anah hantar kereta dia kat rumah, then,kami akan ikot Alia and her BF untuk balik kerumah sewa.. kiranya, semalam kami pergi dengan 2 buah kereta dan balik dengan 1 kereta. dan BF Alia akan drive pulak.
masa tengah makan kat Pantai Kelulut, tetibe mereka tanya aku:
"syafa tak bagitahu tunang ke datang sini?"
"tak.bukan dia kesah pun. cuma saya SMS adik aje bagitau datang Marang ini"
" yela.at least awak bagitahu dia jugak.mesej ke sepatah"
"hmm..takpelah. dia x kesahla awak"
Lepas makan semua pergi rumah Anah, solat , makan lagi.ehh. then, drive untuk pulang ke Kerteh. Kebetulan pulak, on call dengan encik tunang. ( bincang tentang kawen coz mak dia ada datang rumah petang semalam)..mulanya macam okey aje.tetibe encik tunang kata:
"ada kat mana ni?"
"kat paka da on da way balik dari Marang"
"watpe g marang?"
"anta keta kawan"
pastu okey aje, tetibe si BF Alia bercakap dengan Alia kat depan. Mungkin, dia terdengar kot suara lelaki kan.huhu.
"eh, ada lelaki ke?"
"yela, kan anta keta kawan.pastu, balik dengan keta kawan. BF dia drive"
Aku terdengar dia mengucap panjang.
" awak marah?"
" tak marah"
"pastu, kenapa macam marah?"
"yela, at least beritahu la naik kereta dengan lelaki."
"maaf lah.tak mesej." (aku dah pelik)..huhu..
"hmm.takpelah. kalau awak beritahu pun sebelum pergi.saya takkan beri awak pergi"
"alahaiii.sori. nak wat camane. menda dah jadik.saya tolong teman kawan kan?"
"yela.yela. malam ini saya nak g KL..bla...bla...bla...."
Then, wish selamat pergi lah. sebab dia ada ceramah kat KL sane. dia pergi satu hari, malam ini balik. then, aku tetibe rasa rindu.ehh! padahal, macam lah duk satu rumah..hee.yang aku pelik, kenapa dia tak baginya ek?
owh! mungkin dia tak suka aku naik kereta dengan lelaki lain.. @-@.baru aku sedar, rupanya ada orang care kita sebenarnya.tapi,aku tak sangka kot. Encik Tunang begitu.aku bukan ape kan. aku taknak la gedik mengada-ngada report kat encik tunang bagai apa yang aku buat, pergi..huhu.dah perangai aku memang macamnie.
baru aku terfikir bahawa aku sebenarnya, tak macam gaya orang nak nikah.haha. semua orang pelik..=_=" .. satu hari officemate kata:
"tak macam orang nak kawen pun syafa ni?"
"laa..rilek ar, dah tuh nak kena buat ape? "
"yela, biasa orang neves bagai"
"takdala..bese aje..hehe"
lepas tuh, aku ada cerita kat encik tunang..tentang kita yang rilek tak macam orang kawen..@_@.
"orang kata, saya ini tak macam orang nak kawen pun.kite kena buat apa sebenarnya?"
"laa.dah tuh,takkan nak kena jerit sana-sini cakap "aku nak kawen.aku nak kawen ke?"
"hahaha"
"takpe, kita rilek aje ehhh.jangan pening-pening"
so, aku wat rilek aje la..macam orang takda perasaan..haha~sekian.
1 comment:
Post a Comment