Assalamualaikum wbt,

Tenanglah kau disana wahai temanku. sungguh! aku masih terkejut atas berita kematianmu wahai teman.
5 September 1989- 23 Julai 2012
Dulu aku suruh arwah diam,sebab dia banyak sangat cakap.aku kenal arwah ketika program di Kemboja bulan November lalu, dia suka sakat aku.haha.tapi,masa tuh aku geram sangat kat dia.asyik-asyik kenakan aku.but sekarang dia dah pergi, ya pergi buat selama-lamanya..(T_T)
Arwah terlibat kemalangan pada 21 Julai 2012, sejurus selesai urusan pengebumian arwah ibunya. dan 2 hari selepas itu pada 23 Julai 2012,arwah pula pergi menyusul.kalau tak silap sumber yang aku dengar, kecederaan dikepalanya yang teruk menyebabkan dia meninggal.tapi,takpelah.dah ajal kan?.dari Allah kita datang,kepada-Nya jualah kita kembali.

Program pertama dan terakhir aku dan arwah Hafeet (baju hijau). kenangan itu tetap ada..
sekian..

