Saturday, December 31, 2011

coret-coret sepanjang 2011


assalamualaikum,
ye,beberapa jam lagi semua akan menyambut tahun baru masihi.masing-masing akan punya azam tersendiri walaupun adakalanya terlupa untuk buat..hihi.okei,before masuk tahun baru,aku nak LIST kan apa yang paling bermakna dalam hidup aku tak kisah la sedih ke,hepi ke kan.aku nak tulis jugak apa yang dilalui sepanjang 2011.


Januari.
ye,masa ini azam aku sangat tekad,iaitu ingin raih Cinta Allah dan Rasul.sangat tekad masa ini.kalo rajen,check older POST kat FB aku..dan bulan ini jugak,aku happy sebab bulan Januari ulangtahun perkenalan aku dengan siawak.huhu.bulan ini jugak,aku pergi Mexico,meninggalkan bumi Malaysia.sangat sedey ye berpisah dengan orang tersayang.


Februari.
rindu makin mendalam.uwaa.rasa masa bulan ini down sangat-sangat.huhu.yela kat negara orang,mana kau tau apa-apa,tapi semuanya aku lalui dengan tabah.hihi.bulan ini jugak rasa macam susut aje badan.haha.



March.
barang umi kirim dah sampai ke Mexico.surat pun aku dapat.hihi.rindunya umi..=)
bulan ini aku dah okey semula,takde down dah.rasa macam kawan-kawan baru semuanya kekuatan aku.eceh!.


April.
huhu.bulan ini bulan sweet bagi aku,nape entah..HAHA!..aku takkan lupa tarikh 9 April.=)


Mei.
apa lagi ek?oh!..masa bulan ini pun banyak yang sweet-sweet..hoho.rasa macam suka giler.eh!.=)bulan ini jugak,suka rindu-rindu..haha~



Jun.
detik terakhir di Mexico,takkan aku lupa masak banyak-banyak masakan malaysia.alhamdullilah masuk paper.jadik kebanggaan UUM jugak.hihi.bulan ini jugak,aku pulang ke Malaysia.=)


utusan malaysia.=)

Harian Metro.=)

Dewan Siswa.=)


Julai.
aku pergi Johor.pertama kali dalam hidup aku.jumpa jugak Cik Ainisha..=)bulan ini jugak aku pergi bercuti bersama yunie dan amalina ke Pulau Perhentian.hihi.

Ogos.
bulan puasa.ye,sangat best!.sebab aku banyak masak kat rumah,sahur lagi.suka sangat.bersama keluarga.hihi.dan masa ini jugak aku tolong jiran aku berniaga kat Bazaar Ramadhan,

September.
bulan yang paling terharu sebab dapat bukak sem dan kembali ke UUM dan jumpa orang yang paling dirindui..huhu.tapi,masa jumpa wat cool jep.azam baru,sem baru..huhu.konon nak dapat dekan.eceh!bulan ini pergi Arau,jumpa makcik.(mak angkat i).



Oktober.
bulan yang awalnya best,tapi pengakhirannya bulan ini sangat tercabar.aku khatam quran bulan ini kali ke rahsia.eh!..alhamdullilah.ye,hidayah Allah datang dihati pada 26 Oktober.aku mimpi arwah ayah pada mulanya..sedey sangat.baru aku sedar,aku dah lari dari nak jadik anak solehah untuk umi dan  arwah ayah.penuh pengertian,novel Tautan Hati dan ayat al-Baqarah ayat 44 telah menyedarkan aku.buatkan aku sedar,aku dah lama hanyut.aku patut kembali kepada azam yang aku tanam pada awal 2011.

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat) Maka tidakkah kamu berpikir ,[44]-alBaqarah.


November.
bulan penuh tangisan.ye,sangat.bulan ini jugak aku pergi ke Kemboja.makin sehari ke sehari,banyak hikmah yang datang.dapat sahabat yang baru.melibatkan diri kembali dengan Perkim Uum.bertemu dengan sahabat yang mampu membawa aku kejalan Allah.mengajak aku ke Qiamulail bersama rakan usrah.bulan ini,aku cuba kembali pada jiwa baru.dengan hadirnya Maal Hijrah,aku niat dan azam dengan tekad yang baru.untuk rajinkan diri kaki melangkah ke masjid.alhamdullilah.



December.
awal bulan ini sangat teruji.ye,kekuatan ada.aku yakin Allah ada.aku serah pada Allah.alhamdullilah,aku doakan semoga hariku bertambah baik.Allah itu hebat.kuasa tahajjud membuatkan diri aku lagi tabah.tapi,bulan ini jugak aku buat perkara yang aku takkan lupe sampai bila-bila..haha.rujuk entry before ini.huhu.bulan ini jugak start final exam,iaitu hari ini.hihi.




kesimpulannya,aku sayangkan tahun 2011.sebab ianya semuanya mempunyai kenangan terindah dalam hidup aku.adakalanya diuji,tapi aku tahu makin meningkat dewasa,makin kuat dugaannya.Alhamdullilah,aku kekal dengan status SINGLE sepanjang tahun 2011 ini.=)




adakah aku mengharap pada tahun 2012?oh! aku serahkan pada Allah segalanya.Dia tau apa yang terbaik untuk kita kan?..Dia Maha Perancang.cuma aku mintak kekuatan dan ketabahan pada diri aku untuk melangkah kehari esok.moga aku kekal dalam nikmat iman dan islam.itu yang aku harapkan.




apa yang aku azamkan tahun 2012 ini ialah untuk solat subuh awal dan solat diawal waktu,dan aku nak banyak amalkan solat berjemaah.aku tau,ia mempunyai kekuatan untuk jiwa aku.okei,itu sahaja coretan aku yang terakhir.eceh!..jumpa tahun depan yeee.hihi.satu lagi,saya harap hati saya masih sama.=)





-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

reenapple said...

semoga hari-hari yang mendatang akan lebih baik dari hari-hari yang berlalu..=)