Monday, February 27, 2012

doaku,azamku,citaku...

Assalamualaikum wbt,

kadang-kadang aku tertanya dimana bacaan alquran dihati sahabat-sahabatku?..
katanya pula tiada,
katanya ada dirumah,
katanya memang takda,
katanya tak sempat dibaca,
katanya lagi,selepas khatam masa kecik,memang tak baca dah.

aku juga belum sempurna,aku juga pernah begitu.tapi,syukur Allah menyedarkan aku bahawa alquran perlu dibaca,dihayati setiap hari,setiap pagi..jadi,dimana Al-Quran dihati kita sahabatku?

pagi tadi.aku dan budak group aku pergi ke library,mencari maklumat untuk esaimen..=_=..tetibe,mata aku terlihat kearah tafsir surah al-Baqarah.tetibe,aku tertanya kat one guy dari group aku..*suke tanye..

aku:eh,kau selalu mengaji tak?
guy:tak sangat..
aku:aik?dah tuh kau baca ape?
guy:baca yassin dengan al-mulk.itu pun kadang-kadang.aku rasa kalo mengaji aku boleh semput,kalo menyanyi tak..
aku:masyallah! kau ini,mana buleh macam itu..@_@

tetibe idea ada,aku ambil tafsir itu,aku bagi kat dia,suruh dia baca.aku dengar bacaannya,tidak lancar,sangkut-sangkut..

aku:ha,kan tengok.kalau kau tinggalkan bacaan ayat suci,lama-lama dia pun lari dari hati kau.
guy:haahla,aku pun rasa macam tuh..kenapa ea?

aku:betul tak hati kau tak tenang? gelisah.
guy:ye,selalu aje..

aku:kau solat penuh tak?
guy:jarang-jarang..=_=

aku:heyyy,mana buleh...kau ini nanti jadik ketua keluarga esok-esok..macamane nak didik family kau dengan agama?
 guy:haaa..ye aku tau,tapi kat rumah,mak aku aje yang baca.adik pun ada jugak,jarang-jarang la..

aku:eh,tak boleh tak macamnie.kau cube,satu hari,satu helai.lama-lama kau akan merasainya indahnya ayat suci alquran.
guy:haah,ye.insyallah.

aku:sorry la aku banyak pesan.aku kesian kat kau.kau kan saudara seislam aku.lagi pulak,kau bakal khalifah dalam keluarga..
guy:thanks la syafa.insyallah aku cube k..

aku:eh,tapi,thanks jugak sebab jadik first trial aku..haha.sebab nanti,aku nak wat kat bakal suami aku macamnie jugak..~
guy:bagus jugak tuh..takpe,aku tak kesah.aku tak amek hati.thanks advise aku.

aku tak pandang rendah kat guy ini.aku tau,semua manusia akan berubah.so,aku doakan dia semoga dapat mencintai Al-Quran dan beramal dengannya...=)

satu doaku:
semoga bakal suami aku seorang yang menyintai al-Quran dan beramal dengannya...=)
kerana aku perempuan aku berhak cerewet,memilih siapa imamku kelak.
hanya satu dihati ini .
aku mahu menikah kerana ingin menjaga agamaku,
aku memerlukan seseorang yang halal,
yang mampu membimbingku ke Jannahnya,
yang menyayangiku kerana-Nya,
yang mencintaiku kerana-Nya....

satu azamku:
aku berhenti mengejar sesuatu yang tak pasti,
mustahil jika dihati aku belum ada seseorang,
aku yakin,hatinya milik Allah,hatiku juga milik Allah,
aku meminta pada Sang Pencipta,
seandainya dia diciptakan untukku,
takdirkan aku dan dirinya disaat yang telah Engkau tetapkan,
semoga aku dan dirinya dapat bercinta secara halal.

satu citaku:
aku berusaha menjaga peribadiku,kerana aku mengharap bakal suamiku jua begitu,
aku berusaha membaiki kekurangan dalam ibadat,
aku berusaha membaiki hubunganku dengan Pencipta.
aku berusaha mensolehkan diri kerana Allah,
aku yakin,perempuan yang baik,untuk lelaki yang baik,
peribadi bakal suamiku kelak,bergantung sejauh mana solehahnya diriku,
aku juga berusaha membaiki kelemahan aku sebagai sang hamba..

peringatan buat diri ini,
aku cuba belajar menyintai Allah dan Rasul melebihi segala apa yang dalam bumi ini.dan insyallah seluruh isi alam akan menyayangi kita.=)

so,tunggu apa lagi..mohonlah doa,minta cinta Allah dan Rasulullah.!

sekian,assalamualaikum wbt..^__^



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

3 comments:

andakse7en said...

deeply impress.haha.
aku pun lalai,namun masih lagi buat.doakan aku ya.hmm

Layyinul Harir said...

ngeee..

rajin ko komen2 ek..hee

ye,insyallah..sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat2,=)

missNick said...

Alhamdulillah semoga kita sentiasa dalam rahmatNya....doakan yg terbaik insya Allah kebaikan yg kita dapat....dan doakan dapat jodoh dr yg baik2....Amin :)