Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
cc: IluvIslam.
Berat rasanya bagi Zara untuk
membuat keputusan kali ini. Keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia
menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.
" Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati
dan jaga iman. Solat jangan tinggal. Study elok-elok . InsyaAllah one day, you will be a great
muslim doctor. Sorry for everything. May hapiness will always be yours".
Zara membaca balik SMS yang dikirim kepada Ahmad. Agak berdebar
menanti reply dari si dia.
Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima.
Dari Ahmad!
Perlahan-lahan Zara membaca SMS.
" Terima kasih atas segalanya. Doa, nasihat Zara bagi selama
ni. Saya faham situasi. All
the best Zara."
Berderai air mata Zara selepas mendapat SMS dari Ahmad. Sebab dia
tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS
antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada
lagi. Nothing!
Hari itu sepanjang hari Zara menangis di
bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang
bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun
ada juga. Zara tak ceritakan kepada teman serumahnya sebab dia tahu mereka tak
kan faham keadaan yang dia hadapi. Terasa sangat lemah, Zara menghantar SMS
kepada naqibahnya, kak Fifi. Zara pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada
naqibahnya sebelum ni. Kak Fifi banyak membantu Zara selama Zara menjadi anak
usrahnya. Kak Fifi juga yang menasihati Zara supaya menghentikan semua ni.
" Salam akak. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other.
Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing akak?"
" Zara..Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan..
Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right
thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi
Zara. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul sentiasa ada ".
Memang Zara sedih bila dia harus membuat
keputusan seperti ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa
yang sama dia rasa lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu
apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa
urusan yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya.
Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung labuh. Dia juga tidak mahu
mencemarkan imej akhowat lain yang juga bertudung labuh dengan perbuatannya
itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tapi, yang paling penting. Zara mahu
berhenti berSMS dengan Ahmad sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan
kerana kak Fifi yang suruh tapi sebab Allah! Zara mahukan redha Allah. Sebab
Zara tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah,
apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Zara berSMS dengan Ahmad. Tapi Allah
izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan
sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Zara peroleh redha Allah.
Zara juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam
hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu,
dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS
dengan Ahmad, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan
Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:
"
Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan
suatu jalan yang buruk".
(Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti
ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan
hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini
menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W.
sabdanya:
"Nasib
anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah
melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar.
Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati,
zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak
mengikuti."
Memang matanya, telinganya tidak berzina
sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling.
Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Zara sentiasa teringatkan
Ahmad.Tidak pernah sehari pun hari Zara berlalu tanpa teringatkan Ahmad.
Sebab itu Zara nekad kali ni. Biarlah dia
menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan
istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal
sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.
" Moga setiap air mata yang gugur
disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat
sana."
" Bye Ahmad.
Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak
yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya
serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah
kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam
keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya
redha. Sungguh, Allah is
the best planner kan?".
" Ahmad, semoga dirimu di sana juga
terus istiqamah."
1 comment:
owh... terharunya.. hati sebak tiba.. thanks ya..
Post a Comment