Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
"awak layak dapat lelaki yang lebih baik dari saya,saya tak layak untuk awak dan semoga awak jumpa lelaki yang lebih baik dari saya"
Ujarnya bersahaja,tanpa mempedulikan perasaan hati ini.Mujur hati ini masih kuat,untuk sedaya upaya menahan air mata ini jatuh.mungkin juga,sudah tiba masanya aku biarkan perasaan ini berlalu pergi,tanpa mengharapkan balasan.bukankan perasaan ini satu anugerah dari-Nya?..perlukah aku membalas katanya itu? mungkin juga perasaan ini hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.ya! Mungkin.
Lepaskan dirinya pergi,boleh jadi ini terbaik.untuk masa depan,Allah sahaja yang tahu.belajar meredhai segala apa yang berlaku.bukankah ini mengajar kita untuk bersabar dan redha atas segalanya?
"terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup saya,tanpa awak saya takkan jadik diri saya yang sekarang.sungguh! saya bertuah kerana dapat mengenali insan sebaik awak"
"Bukan aku seorang yang perlu berubah,aku mahu kamu turut berubah..semoga Allah memberikan seluruh cinta-Nya kedalam hatimu..supaya kamu dapat rasa bagaimana jalan "hijrah" ini...Ameen." -Bisik kecil hatiku.
Sesungguhnya engkau
(wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang
engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa
memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut
undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada
memeluk Islam). (Surah Al-Qasas Ayat 56)
aku tetap akan mendoakan dirimu meskipun kita mungkin sudah terpisah jauh.hanya doa mampu jadi penghubung.semoga kau juga akan menemui kebahagiaan yang sebenar-benarnya untuk hidup ini.aku percaya,semua orang akan berubah,berubah kearah yang lagi baik.Perempuan itu berlalu pergi dengan linangan air mata yang penat disekanya dengan tangan..
"semoga kita sama-sama menemui hikmahnya,jangan salahkan Allah,ini mungkin takdir terbaik untuk kita"
"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedang itu tidak baik bagi kamu,boleh jadi kamu membenci sesuatu,sedang itu amat baik bagi kamu.Allah lebih Mengetahui.-Al-Baqarah 216-
sungguh! mengenalimu suatu yang terindah untukku. aku mintak jarakkan hubungan ini,kerana aku tak nak diri kamu terfitnah kerana aku. kerana akhir zaman ini, lelaki akan terfitnah gara-gara wanita.so,aku tak nak kamu berdosa sebab aku.itu niatku.takpe,Allah tahu apa sebenarnya niatku.
"Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam
hatimu, nescaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang diambil
darimu dan Dia akan mengampuni kamu." Allah Maha Pengampun, Maha
Penyayang.
(Al Anfal 8:70)
nota aku:
-cerita ini rekaan~ngrrr..okeyy..~
-Sungguh indah jika pengakhiran hidup seperti movie "Naskah Cinta Rasulullah"...
-Just follow the flow.=)
No comments:
Post a Comment