Sunday, September 2, 2012

Tawakal & Maaf.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Pernah tak dalam hidup kita, kita buat salah dengan orang? opkos pernah, termasuklah aku. hmm,dan sampai satu masa yang kita rasa kita nak mintak maaf.tapi,kita risaukan respond daripadanya..

sebenarnya,ada kawan aku tanya, dia nak minta maaf kat ex-pakwe dia.sebab dia tetibe rasa bersalah atas apa yang dia buat. so,aku kata better tak payah,takot berharap menanti jawapan,parah pula jadiknya.tapi,dia berkeras mahu mesej jugak, bagi dia bila dia ungkapkan maaf dia akan rasa lega.


lepas tuh, dia mesej la ex-pakwe dia untuk memohon maaf. dan seperti yang diduga ,memang takda respond kemaafan dibalas or whatever la.mesej itu dibiarkan sepi.bagi aku, apa yang kita buat yakin pada Allah.jika ada respond,itu yang terbaik.andai sebaliknya juga,redhailah,mungkin itu terbaik dalam takdirmu.at least, kita dah cuba mohon kemaafan bukan?

walauapapun berlaku dalam hidup ini, yakin & tawakal pada Allah.apa yang berlaku itu terbaik andai berlaku sebaliknya. siapa lagi yang memegang hati manusia? bukankah Allah yang memegang hatinya.so,Allah tahu yang terbaik.

Jika Allah tak izinkan,semua takkan berlaku tau.redhailah sesuatu yang Allah buat. apapun,jangan takut untuk mohon maaf..

Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tiada satu pun makhluk bergerak(bernyawa) melainkah Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya).Sungguh, Tuhanku dijalan lurus( adil).-Surah Hud Ayat 56-


Kenapa Bila Nak Menyebut Perkataan 'Maaf' Atau Perkataan ''Minta Maaf'' Susah Disebut? Kerana, HATI Ego dan x mahu mengakui kesalahan.

Tahukah Anda Bahawa Menyebut Perkataan ''Maaf'' Boleh Menyembuh HATI Orang Yang Kita Sakiti. Jadi, bagi sesiapa yang berbuat salah itu, segeralah memohon maaf terhadap insan yang telah disakitinya. 

Dengan ini, saya ingin memohon maaf andai pernah berbuat salah pada rakan2 semua. Maafkan saya ya.~



Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.-PDH-

Surah Faathir ayat 2 :
“apa jua jenis rahmat Yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun Yang dapat menahannya; dan apa jua Yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun Yang dapat melepaskannya sesudah itu. dan (ingatlah) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Read more: http://darul-azzikri.blogspot.com/ RAHSIA DAN FADHILAT 7 AYAT QURAN ~ Pusat Rawatan Islam DARUL AZZIKRI 
Surah Faathir ayat 2 :
“apa jua jenis rahmat Yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun Yang dapat menahannya; dan apa jua Yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun Yang dapat melepaskannya sesudah itu. dan (ingatlah) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Read more: http://darul-azzikri.blogspot.com/ RAHSIA DAN FADHILAT 7 AYAT QURAN ~ Pusat Rawatan Islam DARUL AZZIKRI 

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

Anonymous said...

TAKPE...AT LEAST KITA DAH MINTA MAAF KAN, KALAU DIA TAK MAAFKAN KITA ITU ANTARA DIA DENGAN ALLAH...NICE ENTRY SYAFA=)