Thursday, April 19, 2012

Hati tawar pada lelaki.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

ini cerita kawan aku.dia kata,selepas dia clash dengan pakwe dia pada semester lepas,hatinya sudah tawar pada lelaki..benarkah?Benarkah lepas clash itu boleh membuatkan tanggapan itu berterusan?sampai kapan harus begitu?  *aku takde pengalaman.eh!!=P

 

heeyyy come on la perempuan.kalau lelaki tuh dah reject kau,ramai lagi nak dekat kau.bukan lelaki tuh sorang aje dalam dunia ini.sanggup memilih tawar hati pada lelaki kesan dari seorang lelaki yang pernah lukakan hati kau?heyyy..come on.hidup ini tak kejam tau.aku faham,sebab aku tahu apa yang dia rasa.kecewanya dia pada lelaki itu terlalu banyak.sangat banyak.ibarat melukut ditepi gantang aje.

.

mungkin sebab kecewanya pada lelaki itu.nampak pulak ex nya itu bersama makwe barunya.di universiti yang sama, kolej yang sama.bagaimana dia harus berhadapan dengan semua itu? aku tahu,dia sangat kuat!

 

even aku tahu dia banyak masalahnya,dia pendam semuanya katanya "semua ini mengajar aku erti hidup aku dah tak perlukan mana-mana lelaki"

 


tabahnya dia,kuatnya dia.ishh! kalau aku berada ditempat dia,tak tahulah.sekarang,dia kata hatinya kosong aje.dia kata,dia cuma ada aku.bukannnya takda orang nak dia,ada aje,ramai pulak itu.tetapi,dia menolaknya. baginya,hati dia sudah tawar dengan lelaki.arghh.sampai begitu sekali.



aku doakan,semoga hati dia terbuka kembali.dan hati aku pun sama,semoga terbuka kembali.haha.ehh.kita bercerita hati kawan aku okey.hati aku milik Allah..=)


ingat!bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seeokor.ye,pilih yang membahagiakan anda.pilihan ditangan anda.
 
.

Ya Allah,Izinkanlah aku menyintai orang beriman dan orang beriman menyintai aku.Hadirkanlah aku,seseorang yang terbaik untuk aku,dapat membahagiakan aku pada jalan-Mu.Bawalah kami pada jalan yang diredhai-Mu..

 

bagi perempuan-perempuan yang kecewa dengan cinta lelaki.belajar teruskan hidup okey? apalah sangat nak banding cinta mak bapak kita pada kita lagi besar,tak luak pun hilang cinta lelaki yang tak halal untuk kita.so,kenapa harus berduka terlalu lama? kalau ada kenangan-kenangan yang masih menghimpit jiwa,bawa ia pergi bersama angin lalu.mohon kekuatan pada Maha Pemberi.mintak kekuatan dari Allah.tak ruginya berdoa.Jangan risau,Allah Maha Kaya dengan apa sahaja yang kita nak.cuma kita mohon bersabar dan belajar meredhai atas apa yang berlaku okey?

 

ini kerana,dunia ini terlalu hina untuk bersedih terlalu lama.hidup perlu diteruskan.ramai lagi yang nak tengok kita happy-happy k.fikirkan hikmahnya okey? membuatkan kita semakin matang dan lebih berhati-hati untuk bercinta.tapi,apapun,fikirkan dulu belajar.yang paling utama.gembirakan hati kita,keluarga kita dahulu.itu paling utama..^__^



Allah tahu siapa yang terbaik untukmu.suatu hari nanti DIA kan berikan seseorang yang selayaknya untuk diri kau pada waktu yang tepat!!~ Yakin dengan Allah,Perempuan Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik..=)

Ya! pilihlah untuk tersenyum.takmau sedih-sedih taw..=)..sekian.

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

mia said...

akak bagi banyak inpirasi pada saya...terima kasih akak