Sunday, April 22, 2012

Kasih Untuk Afrina #Part 2


**sambungan dari Kasih Untuk Afrina #Part 1


Menjalani hidup sebagai pelajar baru di Kolej Islam Putra,membuatkan Afrina menjadi seorang yang lebih berdikari walaupun jauh terpisah dari Ummi dan Walidnya.segala pesanan dan nasihat mereka tetap Afrina sematkan dihati.Disini juga,Afrina mendapat teman sebiliknya iaitu dengan Damia Husna sekaligus menjadikan mereka sahabat baik.

Teringat Afrina tentang kuliah maghrib yang pernah dihadirnya ketika sepanjang minggu suai kenal.Ustaz Firdaus Othman ada memberi nasihat tentang persahabatan.

Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
[ Riwayat Al-Tabrani ]

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana Damia sudi juga menerima juga sebagai sahabat.

“Afrina,kita-sama-sama jauh dari keluarga.Jadi,dengan sahabatlah dapat kita menumpang bahagia disini.Damia sayangkan Afrina kerana Allah.semoga persahabatan kita sampai keakhir ya,insyallah”

Menjadi pelajar jurusan Syariah Islamiah juga sedikit sebanyak dapat menjadikan Afrina lebih mendalami ilmu agama,bukan hanya semata-mata kerana peperiksaan.Damia pula merupakan pelajar jurusan Al-Quran dan Sunnah,juga dapat menjadikan mereka sering bertukar pendapat walaupun berbeza jurusan.Menerima teman sebilik yang sama-sama dapat mengingatkan tentang Allah,sangat membahagiakan Afrina dan juga sebaliknya.Menjadi kebiasaan mereka akan saling memberi tazkirah diantara satu sama lain.


***********

“Saya akan bahagikan kamu mengikut kumpulan bagi tugasan berkumpulan,senarai nama kamu semua boleh datang kehadapan untuk melihat senarai ahli kumpulan ya,dan saya bagi masa untuk kamu semua berkenalan sesame ahli kumpulan dan sebelum saya terlupa saya telah tetapkan ketua 
kumpulan ”

Afrina terus mendapatkan ahli kumpulannya selepas melihat namanya berada dikumpulan yang ke-3.

“Assalamualaikum,saya selaku ketua kumpulan kamu semua,nama saya Asyraf Harir.boleh panggil 
saya Asyraf sahaja........”

Sambil matanya melirik mata kepada ahli kumpulannya 4 orang yang lain termasuk Afrina.

“ishh! Satu kumpulan dengan dia lagi”

Hatinya berbunga keriangan.Kalau dapat dilihat organ hatinya itu,mesti dapat dilihat kuntuman bunga-bungaan yang tumbuh mewangi.Eh.Itu hiperbola.Teringat yang dirinya dihadapan ahli kumpulan yang lain.Asyraf cuba berlagak tenang,dalam hatinya.Allah saja yang tahu.Mengambil masa sekitar 30 minit untuk membincangkan usul tugasan kumpulan bagi subjek teras tersebut.Semua pelajar bersurai.

Dipihak Afrina pula,dia kagum dengan ketua kumpulannya itu.Itu dapat dinilai dari segi tanggungjawab dan pembahagian tugas yang baik kepada ahli kumpulan.

“Boleh tahan jugak Si Asyraf ni”

Cepat-cepat Afrina beristigfar dalam hati.Dibimbangi syaitan mula kreatif membisikkan angan-angan yang tidak sepatutnya kedalam hatinya.Sebelum bersurai,Asyraf Harir meminta semula ahli kumpulannya meninggalkan nombor telefon untuk memudahkan komunikasi diantara satu sama lain mengenai tugasan tersebut.



*********

“Afrina!!”

Bisik hati Asyraf lagi sebaik sahaja melihat Afrina bersama rakan perempuan di ruang makan kampus.Dari jauh,dilihat Afrina sangat berceloteh bercerita bersama rakannya.Apa yang menjadik bahan perbualan mereka,Asyraf tidak mengerti.Hanya memerhatikan dari jauh sahaja itu sudah memadai.

“Awak tau,tugasan kumpulan saya sudah bermula tau Damia,saya harap saya dapat buat yang terbaik”

“Ya! Baguslah Afrina,harap-harap takde la buat last minute lagi.haha”

“Awak tau,saya tak suka menyiapkan tugasan ini disaat akhir,bagi saya,sebagai umat islam,kita tak 
boleh sentiasa bertangguh.bukankah itu dapat melemahkan ingatan”

“betul.”

Tiba-tiba.

“Assalamualaikum Afrina”

Lantas Afrina memalingkan wajahnya,mendapatkan siapakah sang pemilik suara itu...


 **to be continued.=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

3 comments:

reenapple said...

cerita awak ringan. Mudah difahami dan islAmik.. =)

Harga Trica Jus said...

nice....keep learning !

Layyinul Harir said...

tak reti nak buat cerita berat-berat.hehe..

tq komen..^__^