Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....
Bila pejamkan mata kita,kita akan nampak gelap.takda apa-apa
kan?
Cuba pejamkan serapat-rapatnya,lapangkan dada,kosongkan minda.
Cari wajah yang kita rindui..
Akan hadir wajah orang yang kita sayang dan semestinya kita
pun sayangkan dia.
Apa khabar dia disana? Hanya mampu doa kutuskan pada dirinya.
Kita di alam yang berbeza.
Air mata menitis.
Menitis..
Bertambah lajunya...
Kenangan lama hadir lagi.bisakah aku lupakan semuanya.
Bagaimana dirinya Ya Allah!?
Bahagiakah dirinya disana?
Aku bergelak ketawa didunia ini ,melupakan dirinya.penuhi
hidup dengan dosa.
Terseksakah dia disana?
Astagfirullahalazim.
Meninggalnya anak adam terputuslah segalanya kecuali anak
yang soleh,amal jariah dan ilmu yang bermanfaat yang disampaikan.
Aku? Solehahkah aku?
Tepuk dada,Tanya iman.
Airmata mengalir,lajuu..
Ya Allah! Layakkah aku digelar anak solehah?
Sampaikanlah kebahagiaan pada roh ayah disana..
Terangilah kubunya,lapangkanlah kuburnya,
Tempatkanlah ayah disisi orang beriman.
Masih terngiang-ngiang satu kisah,cerita ini arwah ayah
pernah cerita,walaupun cerita itu ketika aku masih kecil.Ayah kata,Jikalau meninggal seseorang ayah,anak-anak kena mendoakan
ayahnya,banyakkan mengaji al-quran supaya kubur ayah bercahaya.Jangan henti
hantar doa untuk ayah.
ya! Itu kisah dahulu.aku mendengar tanpa ada perasaan.ye! sebab masa
itu ayah masih bernyawa.masakan aku tahu ayah akan pergi?...Malam jumaat sebegini,seringkali membuatkan aku teringatkan
arwah ayah.sebab ayah yang melatih aku dari kecil untuk baca yassin setiap
malam jumaat.walaupun dulu aku sangat degil..=_=
Akhir kata,aku bukan anak kepada Ustaz,aku bukan anak kepada
ustazah.aku anak kepada UMMI dan AYAH. Yang didikan mereka penuh dengan
agama.dan aku sebagai anak,adakalanya seringkali tersasar dari jalan-Nya.
Mohon doa dari Allah semoga aku sentiasa dapat jadik anak
solehah..Aku takut nak buat maksiat lagi sebab aku fikirkan arwah ayah dalam
kubur,takot kena seksa.aku sayang ayah walaupun aku dan ayah didunia yang
berbeza.selagi aku hidup,aku akan cuba membahagiakan ummi dan arwah ayahku..
Al-Fatihah untuk ayah..
Wan Ahmad Bin Wan Salleh..
semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.Amin.
Sekian.
Dari anakmu yang sering buat dosa..(T____T)
No comments:
Post a Comment