Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
kerna dia tahu,
dia meninggalkan perempuan itu tanpa kata.
kerna dia tahu,
perempuan itu akan lagi terluka dengannya.
kerna dia tahu,
perempuan itu terlalu baik untuk dirinya.
kerna dia tahu,
kerna dia tahu,
perempuan itu selalu menangis kerananya.
kerna dia tahu,
hatinya juga turut kecewa atas keputusan ini.
kerna dia tahu,
perempuan itu berhak untuk dapat yang lagi baik dari dirinya.
dan dari kejauhan itu,dia cuba untuk gembira apabila melihat perempuan itu bahagia.
Namun,perasaan itu masih lagi berbaki.dan dia yakin akan biarkan perasaan ini terus berlalu.
kerna perempuan itu tahu,
dia cuba untuk mengerti keputusan lelaki itu.
kerna perempuan itu tahu,
dia cuba untuk gagahi semula kehidupan walau tanpa lelaki itu lagi.
kerna perempuan itu tahu,
tiada guna lagi berharap pada lelaki itu lagi.
kerna perempuan itu tahu,
tiada guna dia tangisi segalanya.
kerna perempuan itu tahu,
yang lelaki yang dicintainya,tak semestinya akan jadi miliknya.
kerna perempuan itu tahu,
dia masih tersenyum walaupun hatinya penuh luka.
kerna perempuan itu tahu,
dia yakin Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk dirinya.
dan dari kejauhan itu,perempuan itu masih tersenyum menunjukkan yang dirinya sedang bahagia.hakikatnya,Allah sahaja yang mengerti. ya! perempuan itu cuba untuk kuat.kerna dia tahu Allah akan takdirkan seseorang yang lagi baik untuk dirinya.perempuan itu tak pernah menyesal,tak menyimpan dendam,dan perempuan itu terus bersangka baik kepada lelaki itu.kerna dia tahu,lelaki itu punya alasan yang tersendiri.sekian.
nota aku:
tetibe dapat idea tengah study OB..hehe~
3 comments:
hebat.. time study OB pun dapat idea cam ni... huhhu. Baik..
setiap yg berlaku da hikmahnya..=)
haha..itu namanya study sambil x fokus..ngrr.
ya,baik!.=)
sbb Allah tgh "reserve" yg terbaik tuk dia :)
Post a Comment