Monday, October 29, 2012

Saya Rindu Awak


"awak tau, saya rindu awak! rindu sangat awak"

dan dia tersenyum. senyuman dia, senyuman yang aku rindu, senyuman yang pernah buat aku gembira dan buat hatiku berbunga-bunga suatu ketika dahulu.

"awak rindu saya tak?"

tanpa suara, dia hanya mengangguk dengan senyuman.

"tapi,kenapa awak lari macam itu aje? tak cari saya pun"


kata aku dengan nada merajuk. aku harap dia mengerti apa yang aku rasa.

"awak, bukan saya taknak cari awak,tapi saya takut awak yang dah lupakan saya aje.dan paling saya tak lupa ialah hari-hari saya stalk FB awak, walaupun tanpa komen, tanpa like status di wall FB awak.saya takda kekuatan untuk itu"

mendengar kata-katanya itu, membuatkan aku mengerti. mungkin aku sahaja beranggapan negatif sebelum ini padanya. hakikatnya, aku juga begitu, hari-hari aku stalk Fb dia,demi mengetahui keadaanya kini.

Add caption

aku mengelamun sehingga aku terlupa dia masih dihadapan aku.dia masih tercegat dihadapan aku.terus dia berkata:

"hati saya masih sama untuk awak, macam dulu.awak kena tahu itu" 

"eh? saya ingat perasaan awak untuk saya dah takda" - tersentuh dengan kata-katanya.

"mana ada.siapa cakap?"

terus aku tertunduk.Sebak.Terharu.

"saya cintakan awak.cuma saya nak bagitahu awak yang sebenarnya perasaan itu dah lama ada.untuk awak seorang saja"



nota aku:
cerita rekaan aje ini..hehe.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

reenapple said...

sweet.. =D

#ajar saya tulis cerita sweet. ??

Layyinul Harir said...

haha.ini reka2..segan nak ajar awak.awak lagi terer.=)