Wukuf bermaksud berhenti dan berada
di bumi Arafah sebentar atau seketika (sekalipun
satu saat dalam apa juga keadaan).
Masanya bermula dari
tergelincir matahari (masuk waktuZuhur/waktu di Arab Saudi) hari
ke 9 Zulhijah sehingga seketika sebelum terbit
fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) pada hari ke 10
Zulhijjah.
Waktu
afdalnya adalah
berwuquf sebahagian dari siang hari 9
Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.
Rasulullah SAW
bersabda: “Tiada hari yang lebih disukai
Allah dalam melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini, iaitu 10 hari
pada Zulhijah.”
.
.
ARAFAH
Di Arafah
terdapat Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) di Gunung
Arafat yang menjadi tumpuan umat berdoa. Di bukit ini didirikan sebuah tugu
putih bagi mengenangpertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa setelah
mereka dikeluarkan dari syurgadan dipisahkan di
dua daratan.
Jabal Rahmah
juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi
Muhammad SAW ketika baginda melakukan wukuf. Wahyu tersebut
bermula dalam surah al-Maidah.
.
Pada Hari
Arafah, di sekitar Masjid Namirah iaitu lokasi bersejarah yang
menjadi tempat perkhemahan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda sebelum tiba
waktu untuk Wukuf, akan kelihatan ribuan manusia.
Situasi sama
juga kelihatan di lokasi bersejarah lain seperti (Bukit) Jabal
Rahmah dan di kaki bukit inilah terdapat batu tempat
Rasulullah SAW berwukuf.
Selain ada yang
berjalan, terdapat juga jemaah yang duduk di dalam ratusan ribu khemah yang
didirikan di seluruh Padang Arafah yang berkeluasan 10 kilometer
persegi tersebut.
.
.
Hari Arafah
Hari Arafah adalah
antara hari-hari yang paling afdal di sisi Allah SWT. Daripada Jabir bahawa
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama
hari adalah hari Arafah.”
Berwukuf di
Padang Arafah adalah kemuncak Ibadah Haji dan ia merupakan
Rukun Haji yang utama kerana ianya membezakan Haji dan Umrah. Pada
Umrah, tiada Wukuf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda: “Haji itu adalah wukuf di Arafah.”
Hari Arafah juga
adalah hari Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri
Padang Arafah dan memuliakannya, daripada api neraka. Keesokannya
adalah harikesyukuran dan perayaan bagi umat Islam bagi menzahirkan
kegembiraan serta kesyukuran ke hadrat Ilahi.
.
.
Haji Akbar
Sekiranya Wukuf
jatuh pada hari Jumaat, ia digelar Haji Akbar dan
para jemaah harus memanafaatkannya kerana ia mempunyai kelebihan menunaikan 70
kali haji.
Ketika Nabi
Muhammad SAW Wukuf di Arafah pada hari Jumaat, 9 Zulhijjah Tahun 9
Hijrah, turunnya wahyu ayat terakhir al-Quran: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan
Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.” Surah
Al-Ma’idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah
ayat ini diturunkan baginda pun wafat.
.
.
Syarat Berwuquf
Telah berihram
dengan niat haji
Seorang yang
beribadat (tidak gila / tidak mabuk / tidak hilang akal sepanjang masa)
Berada di bumi
Arafah walau seketika di dalam waktu wuquf.
.
Amalan-Amalan Berwuquf Di Arafah
Dalam
usaha untuk lebih mendekati diri kepada Allah SWT sepanjang berada di Arafah,
jemaah haji digalakkan melakukan ibadah dan amalan-amalan sunat berwukuf,
antaranya:
- Mandi sunat wukuf.
- Bertaubat
- Solat berjemaah
- Solat Jamak dan Qasar Zuhur dan Asar.
- Membaca Al-Quran
- Memperbanyakkan ucapan:
- Bertalbiah diselangi dengan doa.
- Bertasbih, bertahmid, bertahlil.
- Berdoa bersungguh-sungguh.
- Berzikir dan pujian kepada Allah SWT.
- Kuliah fadilat Arafah.
- Solat-solat sunat
- Qiyamulail.
.
Hikmah Wukuf
- Menimbulkan rasa kekerdilan diri lantaran mengingati dan menyaksikan kebesaran Allah.
- Membentuk diri menjadi Muslim yang berjiwa ikhlas dan berakhlak mulia.
- Menjadi hamba Allah yang bersyukur terhadap segala Anugerah-Nya.
- Melahirkan sifat kemanusiaan dan kesetiakawnan tinggi.
- Melahirkan rasa kerelaan untuk melakukan pengorbanan pada insan lain.
- Meningkatkan tahap keimanan dan ktakwaan kepada Allah.
.
Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji
Bagi umat Islam
yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari
Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan sunat lain pada
hari itu.
Berpuasa Sunat
Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda
Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah
dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan
yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah SAW
juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari
Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60
tahun dan Allah menuliskannya sebagaiorang yang taat.”
.
.
Niat Puasa
Hari Arafah;
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ
سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku
berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW.
bersabda lagi: “Tiada hari yang paling
ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari
Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan
berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang
dikehendaki oleh mereka?”
.
Jadi marilah
kita di tanah air merebut peluang ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah,
atau setidak-tidaknya diusahakan berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9
Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.
No comments:
Post a Comment