Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Tatkala hampir waktu senja,aku melihat keindaham sunset ditepi pantai berhampiran rumahku.aku teringatkan sesuatu.ya! kenangan aku dengan dia.takkan aku lupa.segala manisnya ada disaat matahari terbenam.bukankah itu indah? seindah persahabatan kita.takkan kulupa kau hingga akhirnya.meskipun kini kau dan aku berbeza haluan.
"jomlah kita pergi kuala perlis"
"jomlah,dah lama kot kita tak keluar sama pergi sana makan siakap 3 rasa, sotong celup tepung,ikan bakar..bla..bla..bla.."
"eh,kau ini,asal makan aje berderet aje menu kau cakap kan?aku tahu kau suka makan."
"eleh.memanglah,kau ingat lagi eh.ingat dah lupa aku.yelah,sejak ada awek kan,mana ingat aku lagi..T__T"
"elllo..aku tak lupa kau lahh,kau aje anggap begitu"
mana mungkin aku lupa dia.yelah,pertama kali pergi kuala perlis dengan dia lah.segalanya dengan dia.bak kata orang,dimana dia outing,mesti dia ajak aku.cuma sejak dia punya awek ini agak lain sedikir.mungkin aku seorang merasakan ini.ya,aku mungkin seorang yang berfikiran negatif padanya.
"kau ingat lagi sunset yang kita tengok dulu sama-sama"
"mestilah aku ingat,takkan aku tak ingat.kan first time kita tangkap gambar berdua berlatar belakang sunset situ,aku masih simpan gambar itu tau"
"bagusnya kau.bestlah kawan dengan kau!"
"laaa..baru tahu ke?"
"yelahh.dah lama tahu.haha."
Ujarnya bersahaja disebelahku..arghh! fikiran kau takkan sama macam aku.kau takkan pernah faham.kalaulah dia tahu apa yang dalam hati aku.hmm.mungkin harus kubiarkan perasaan ini berlalu.berlalu bersama angin lalu.mustahil untuk dia mengetahui apa yang tersirat dihati aku.
"lama kau termenung,kau teringatkan buah hati kau ke?"
"aku mana ada pakwe,aku tak lawa kot,siapalah nak aku ini"
heyy ,betul ke kau tak lawa,tengok sket muka kau"
sambil tangannya memegang daguku..wah! debaran apakah aku rasakan ini.tatkala aku melihat wajahnya dekat dengan aku.betul-betul dihadapan aku.
"kau cantikkk apa,baik pulak itu,takkan lah takda orang nak kat kau,mesti ada punya,cuma takut nak cakap"
"eleh,kau saja kan nak sedapkan hati aku bukan?"
sambil tangan aku menepis tangannya.selamba giler dia pegang-pegang dagu aku.mati aku tiba-tiba awek dia datang serang aku.haha.
"wehh,kalau kau ada pakwe kau nak yang macamane?"
"aku nak orang macam kau"
"haa??"
"yelahh,aku tetap nak orang macam kau"
"kalau takda orang macam aku?"
"aku tetap nak kau..ehhh?!"
tiba-tiba,alarm kuat berbunyi.rupanya semua ini dalam mimpi!!.masyallah!!~terjaga aku dari tidur membuatkan aku berasa puas.kerana confess about feeling pada BFF .betul orang cakap.kadang-kadang bila mimpi itu membuatkan kita rasa taknak kembali kepada kehidupan realiti.tapi,bagi aku cukuplah confess itu hanya dalam mimpi.belum mengharapkan lagi untuk confess dalam dunia realiti.cukuplah aku melihat kemesraan Qhaliff dan makwenya seringkali berlaku didepan mataku.
didunia realiti,
memendam perasaan itu langkah terbaik bukan?
Qhaliff,
Sunset kau dan aku tetap dalam hatiku buat selamanya.
semoga kau bahagia Qhaliff Asyraf Bin Zaid bersama sidia.
ikhlas,
Nurul Afaf Afina Binti Ahmad Zamani.
p/s:
ini merupakan percubaan pertama aku mengarang cerpen.muahaha~
2 comments:
hurm... saya faham intipati cerita ini. Jatuh cnta dengan sahabat senidir.. heheh.
cubaaan pertama.. heheh. It;s okey. teruskan lagi..
ada bnyak lagi yang awak boleh perbaiki.. heheh. Tapi since ini cubaa pertama.. saya rasa daa cukup tuk awak.. teruskan lagi tahu.. =)
baguslah awak ini.sentiasa faham apa yang saya nak sampaikan..hehe..
ye,saya cuba gigih..hehe
dan cuba baiki..=)
Post a Comment