**sambungan dari Kasih Untuk Afrina #Part 1
Menjalani hidup sebagai pelajar baru di Kolej Islam
Putra,membuatkan Afrina menjadi seorang yang lebih berdikari walaupun jauh
terpisah dari Ummi dan Walidnya.segala pesanan dan nasihat mereka tetap Afrina
sematkan dihati.Disini juga,Afrina mendapat teman sebiliknya iaitu dengan Damia
Husna sekaligus menjadikan mereka sahabat baik.
Teringat Afrina tentang kuliah maghrib yang pernah dihadirnya
ketika sepanjang minggu suai kenal.Ustaz Firdaus Othman ada memberi nasihat
tentang persahabatan.
Pesanan
Iman Al-Ghazali Tentang Kawan
Sabda
Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan
persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan
menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama
yang paling disenanginya.”
[ Riwayat Al-Tabrani ]
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana Damia sudi juga menerima juga
sebagai sahabat.
“Afrina,kita-sama-sama
jauh dari keluarga.Jadi,dengan sahabatlah dapat kita menumpang bahagia
disini.Damia sayangkan Afrina kerana Allah.semoga persahabatan kita sampai
keakhir ya,insyallah”
Menjadi pelajar jurusan Syariah Islamiah juga sedikit
sebanyak dapat menjadikan Afrina lebih mendalami ilmu agama,bukan hanya
semata-mata kerana peperiksaan.Damia pula merupakan pelajar jurusan Al-Quran
dan Sunnah,juga dapat menjadikan mereka sering bertukar pendapat walaupun
berbeza jurusan.Menerima teman sebilik yang sama-sama dapat mengingatkan
tentang Allah,sangat membahagiakan Afrina dan juga sebaliknya.Menjadi kebiasaan
mereka akan saling memberi tazkirah diantara satu sama lain.
***********
“Saya akan bahagikan
kamu mengikut kumpulan bagi tugasan berkumpulan,senarai nama kamu semua boleh
datang kehadapan untuk melihat senarai ahli kumpulan ya,dan saya bagi masa untuk
kamu semua berkenalan sesame ahli kumpulan dan sebelum saya terlupa saya telah
tetapkan ketua
kumpulan ”
Afrina terus mendapatkan ahli kumpulannya selepas melihat
namanya berada dikumpulan yang ke-3.
“Assalamualaikum,saya
selaku ketua kumpulan kamu semua,nama saya Asyraf Harir.boleh panggil
saya
Asyraf sahaja........”
Sambil matanya melirik mata kepada ahli kumpulannya 4 orang
yang lain termasuk Afrina.
“ishh! Satu kumpulan dengan dia lagi”
Hatinya berbunga keriangan.Kalau dapat dilihat organ hatinya itu,mesti
dapat dilihat kuntuman bunga-bungaan yang tumbuh mewangi.Eh.Itu
hiperbola.Teringat yang dirinya dihadapan ahli kumpulan yang lain.Asyraf cuba
berlagak tenang,dalam hatinya.Allah saja yang tahu.Mengambil masa sekitar 30
minit untuk membincangkan usul tugasan kumpulan bagi subjek teras
tersebut.Semua pelajar bersurai.
Dipihak Afrina pula,dia kagum dengan ketua kumpulannya itu.Itu
dapat dinilai dari segi tanggungjawab dan pembahagian tugas yang baik kepada
ahli kumpulan.
“Boleh tahan jugak Si Asyraf ni”
Cepat-cepat Afrina beristigfar dalam hati.Dibimbangi syaitan
mula kreatif membisikkan angan-angan yang tidak sepatutnya kedalam hatinya.Sebelum bersurai,Asyraf Harir meminta
semula ahli kumpulannya meninggalkan nombor telefon untuk memudahkan komunikasi
diantara satu sama lain mengenai tugasan tersebut.
“Afrina!!”
Bisik hati Asyraf lagi sebaik sahaja melihat Afrina bersama
rakan perempuan di ruang makan kampus.Dari jauh,dilihat Afrina sangat
berceloteh bercerita bersama rakannya.Apa yang menjadik bahan perbualan
mereka,Asyraf tidak mengerti.Hanya memerhatikan dari jauh sahaja itu sudah
memadai.
“Awak tau,tugasan kumpulan saya sudah bermula tau Damia,saya
harap saya dapat buat yang terbaik”
“Ya! Baguslah Afrina,harap-harap takde la buat last minute
lagi.haha”
“Awak tau,saya tak suka menyiapkan tugasan ini disaat
akhir,bagi saya,sebagai umat islam,kita tak
boleh sentiasa bertangguh.bukankah
itu dapat melemahkan ingatan”
“betul.”
Tiba-tiba.
“Assalamualaikum Afrina”
Lantas Afrina memalingkan wajahnya,mendapatkan siapakah sang pemilik suara itu...
3 comments:
cerita awak ringan. Mudah difahami dan islAmik.. =)
nice....keep learning !
tak reti nak buat cerita berat-berat.hehe..
tq komen..^__^
Post a Comment