Tuesday, April 24, 2012

Kasih Untuk Afrina #Part 3

**sambungan dari Kasih Untuk Afrina #Part 1 | Kasih Untuk Afrina #Part2


 "oh! awak rupanya Asyraf."

Terkejut Afrina,lantas dia memperkenalkan juga Asyraf kepada Damia Husna.

"awak seorang aje ke,dah makan?"

Ujar Afrina lembut dan sopan.

"lembutnya Afrina ini."

Bisik hati Asyraf.Mulai rasa ada satu tarikan juga pada dirinya terhadap perempuan ini,peramah dan lembut,lebih lagi punya kecantikkan tersendiri.Melihat kawan disebelah Afrina,iaitu Damia yang cara pemakaiannya,berjubah,bertudung labuh bidang 60 seperti Afrina membuatkan Asyraf juga,merasakan Afrina pandai memilih sahabat.

Teringat sabda Nabi SAW " Sahabat yang baik seumpama penjual minyak wangi, biarpun kamu tidak membeli minyak wanginya, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau minyak wangi yang dijualnya. Sebaliknya, sahabat yang jahat seumpama tukang besi, kalaupun tidak terbakar baju kamu akibat api besi yang diketuk, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau hangitnya"

Maka beruntunglah Afrina kerana bersahabat dengan orang yang solehah.Bagi Asyraf Harir pula,dia bersyukur punya rakan sebilik seperti Aizat Hamdan,yang banyak mengajaknya kearah kebaikan.Yang dapat menegur kesilapannya disaat dia lalai dari jalan lurus-Nya,

"ya.saya seorang sahaja hari ini.kebetulan,saya cuma lalu kat sini untuk ke library mencari rujukan disana kebetulan ternampak awak,tak makan.maaf,saya puasa hari ini"

"oh ya! Puasa sunat Isnin ya.selamat berpuasa lah awak.banyak hikmah puasa sunat kan awak"

"Ya! Nabi kita pun menggalakkan kita berpuasa setiap Isnin dan Khamis.Sabda Nabi Muhammad,Berpuasalah kamu,Nescaya kamu akan sihat"

Afrina mendengar sambil angguk-angguk tanda faham bersama Damia Husna disebelah.sekurang-kurangnya bertambah satu ilmu agama hari itu untuk mereka berdua.Sejurus selepas itu,mereka beredar kerana untuk kekelas seterusnya dan Asyraf Harir perlu ke perpustakaan kolej untuk mencari rujukan.



*******


Seperti kebanyakkan mahasiswa lain,tak terlepas juga Afrina menjadikan waktu malamnya selepas Isyak berjemaah di surau bloknya akan membuat sesi mengulangkaji pelajaran sambil memasang alunan ayat suci al-Quran dilaptopnya.Disamping itu juga, Afrina merasakan itu terapi terbaik untuk melembutkan jiwanya.Itu juga yang dibuat oleh Damia Husna.

Sebenarnya,pada awal perkenalan mereka,Damia yang terlebih dahulu memulakan kebiasaaan memasang  alunan ayat suci al-quran supaya roh islam memenuhi ruang biliknya.Tidak seperti Afrina,yang terbiasa memasang lagu-lagu cinta dari negara seberang sebelum ini.

"Afrina,maaf ye Damia menegur.Damia sayangkan Afrina kerana Allah,jadi kita kan pelajar islam,jadi seeloknya,kita menggunakan telinga kita dengan mendengar sesuatu yang baik dan bermanfaat.Malaikat akan sentiasa mencatat apa yang kita lakukan.Tak silap Damia,lagu-lagu cinta yang melalaikan ini membuatkan kita lalai dan melupakan Allah"

Nasihat itu membuatkan Afrina merasakan ada betulnya juga dia mengikut seperti Damia lakukan.Afrina menggantikan seluruh koleksi lagu-lagu di laptopnya,MP3 nya dengan alunan zikir dan alunan ayat suci al-Quran.Masyallah!Indahnya persahabatan meraka.Sama-sama dapat mengingatkan diri pada Allah disetiap masa.


******


Suasana dibilik Asyraf pula,kelihatan dirinya kusyuk membuat suntingan tentang kerja kursus kumpulan itu bagi subjek teras itu.Terdapat masalah yang perlu diselesaikan,dia perlu meminta tolong pada Afrina.Lantas Asyraf mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Afrina.Dan kedengaran penggilan bersambut dipihak Afrina.
 
"Assalamualaikum Afrina,awak kat mana ini?"

"waalaikumusalam wbt,ya! saya kat bilik.ada apa ya?

"laa..saya ingatkan awak kata mana tadi,sebab dia belakang awak kedengaran alunan ayat al-Quran.Alhamdullilah,bagusnya awak.tak sangka dibilik awak,ingatkan dimana tadi."

"ohhh! alhamdullilah,memang macamni selalu buat.ye,ada apa?

Pintas Afrina laju.supaya perbualan dia dan Asyraf tidak meleret kepada sesuatu yang tidak penting.Ya! Batas harus ada.Bisik hati Afrina.

"saya nak tanya tentang kesimpulan keseluruhannya kerja ini,saya rasa macam ada masalah aje,tidak bersesuaian dengan apa yang dimintak pensyarah kita.Boleh awak tolong tengokkan dan tambah mana perlu,nanti saya emelkan kat awak.okey?"

Pinta Asyraf pada Afrina.Baginya,Afrina seorang yang boleh diharap dan sangat bersungguh dalam menyiapkan tugasan berbanding ahli kumpulannya yang lain.seolah-olah lebih suka "curi tulang".


********


"Aku terima nikahnya Afrina Batrisya binti Abdul Jabbar dengan mas kahwin Rm 80 tunai"

sah,sah,sah.

Disaat selesai upacara akad nikah yang dilangsungkan dalam suasana kecil tetapi meriah.Pasangan pengantin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi.Tiba masanya untuk pasangan pengantin itu untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tangan dihulur kepada pemaisuri hati,tiba-tiba satu debaran dirasakan..

"tik,tok,tik,tok!!! 

Jerit alarm disebelah Asyraf. Melihat jam berhampiran katilnya menunjukkan jam 4.30 pagi .Masyallah! Bermimpi rupanya.

"Aku mimpikan Afrina,apakah maksud semua ini ??" Asyraf menyoal dirinya.

Dia mengambil keputusan untuk bangkit solat sunat Tahajjud,solat sunat hajat dan solat sunat Istikharah.Mohon petunjuk! Ya! Petunjuk..



***to be continued..=)




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

reenapple said...

Asyraf suka Afrina bukan???

Layyinul Harir said...

ya...cuma suke aje.haha~