Thursday, January 26, 2012

bila kita berkawan dengan orang yang ada pakwe/makwe,kita rasa nak jadik macam diorang,nak ada jugak.supaya kita tak keseorangan.betul?

 assalamualaikum,

kalau kita berkawan dengan orang menjual minyak wangi,kita akan dapat wanginya.
kalau kita berkawan dengan pembuat besi,kita akan dapat percikan besinya..



pernah dengar kan?

ada kawan nak membawa kita ke syurga,
ada kawan nak membawa kita ke neraka.



setuju?

pentingnya dalam hidup kita memilih kawan yang terbaik.kawan banyak mempengaruhi hidup kita.yes! lebih lagi yang berjauhan dengan keluarga.yang tinggal diasrama ke.

bila kita berkawan dengan orang yang ada pakwe/makwe,kita rasa nak jadik macam diorang,nak ada jugak.supaya kita tak keseorangan.betul?



orang lain dating,kita tak dating.
orang lain sibuk bermesej manja dengan awek,kita takde.
orang lain sibuk berpegang tangan,tapi kita takde,
orang lain sibuk bermanja gelak ketawa dengan awek,kita takde.



perlu nak cemburu dengan semua itu?
perlu tak?

tak!..saya tak setuju.

buat apa jeles dengan orang yang lain.kita SINGLE sebab Allah sayang kita.lindung kita dari terjerumus kekancah maksiat.jangan cemburukan mereka sekeliling kita,fikirkan kemurkaan Allah,itu lagi penting.



   Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
                Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.



            Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

-hilal ayraf-

orang kata,kalau sayang kena buktikan?
kalau tak dating,tak cinta ke?
kalau tak manja-manja tak cinta ke?
kalau tak mesej tak cinta ke?
kalau jarakkan hubungan tak cinta ke?

kalau lelaki itu sayang makwe nya,takkan bawak kehulu,kehilir,
jagalah sket maruah wanita itu,
dahla bertudung,kesian pulak.

kalau lelaki itu sayang makwe nya,takkan sentuh segan silu makwenya depan khalayak ramai,
jagalah sket maruah wanita itu,
dahla bertudung,kesian pulak.


apa kata orang sekeliling?
apa kata syaitan sekeliling?mesti bersorakan gembira..
apa kata alam ini,tanah tempat kita berpijak,langit yang tempat kita junjung,mereka akan jadik saksi kita tau nanti.

tak takot ke?
maka,tindakan kita berubahlah,keluar dari kepompong kawan sekeliling kita,insyallah! bila kita mencari kawan yang baik.fikiran kita akan lebih terbuka tentang kebaikan.pilih kawan yang membawa kita jalan ke syurga,yang dapat ingatkan kita tentang Allah,tentang hidup ini..

berkawan dengan orang positif,maka positiflah kita,
berkawan dengan orang negatif fikirannya,maka negatiflah kita,



maka berubahlah!saya akui,semua manusia akan berubah kepada 2 keadaan iaitu kearah kebaikan dan kearah keburukan.

jika makin kearah kebaikan,doakan semoga istiqamah.
jika makin kearah keburukan,doakan moga kembali kepangkal jalan.


Antara faktor perubahan adalah:

1 - Ilmu.

2 - Suasana sekeliling.



Sebab itu, jika kita ingin berubah ke arah kebaikan, maka kita perlu menambah ilmu kita untuk memahami apakah sebenarnya kebaikan dan bagaimana untuk melakukan kebaikan.






Seterusnya, kita dudukkan diri kita dalam suasana yang soleh, bersama orang-orang yang soleh untuk membantu kita mudah melaksanakan kebaikan-kebaikan.-hilal asyraf-





Akhir kata,inilah perkongsian dari saya untuk semua.saya dapat idea ini masa kat Langkawi.ada lagi yang saya nak kongsikan.eceh!..insyallah!.panjang umur saya taip lagi..



Alhamdulillah. Kini aku tidak lagi bersendirian dalam mentarbiyah diri dan menggapai redha Ilahi 






-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

reenapple said...

yeah... saya setuju3.. kadang3 kawan mempengaruhi hidup kita sebab kebanyakan masa kita dihabiskna dengan berkawan..hehe

*harap saya tak bagi bad influence kepada awak..=)

Layyinul Harir said...

haha!!~

alah,awak tak pun.awak jugak antara kawan saya yang paling baik..

*mekaseh sudi jadik kawan saya*..=)