Sunday, January 29, 2012

Mencari KEBERKATAN dihari bahagia..

Assalamualaikum wbt,

sekarang banyak sangat majlis perkahwinan.maklumlah cuti kan?hee~.so,macam biasa bila aku tengok majlis kawen,aku suke wat kesimpulan aje.yelah,amik mane yang boleh diikut.tak kesah majlis tunang,akad nikah,majlis persandingan dan so on..




aku teringin bila adanya akad nikah,takmau mekap tebal-tebal.taknak baju ketat-ketat.sebabnya,aku kesian kat suami aku kena tanggung dosa aku..dahla jadik tatapan orang ramai.design baju akad nikah nak baju ala-ala jubah sket.sebab nak solat sunat selepas berkahwin dengan suami lepas tuh senang.nak nikah kat masjid..^_^



pastu,kalau mekap taknak kena cukur kening,taknak pakai bulu mata palsu..tak suke.haram plak tuh.kalau buat menda macam tuh,mana keberkatan dari Allah kan?nak cantik,tapi sebaiknya fikirkan jugak apa yang halal dan haram kan?



bersanding pun aku taknak..malu aihh..kalau nak jugak,untuk family aje..^__^...laahh,moga-moga dapat bakal suami yang tak DEMAND!..harap he will understand me..eceh!.pastu,taknak mewah-mewah.takut membazir,takut timbul riak dalam diri..ish!..mintak jauh..aku nak sesuai dengan pendapatan aku.biar sederhana,asalkan diberkati.=)




teringin dapat yang boleh sama-sama nasihat aku mengenal Allah.lagi indah..yeahh!..aku taknak suami aku jadik lelaki DAYUS.. aku nak yang boleh tegur aurat aku,boleh tegur mana silapnya aku..mungkin orang aku aku DEMAND,tapi memang kita perempuan perlu demand sebab nak memilih bakal imam,wanita perlu cerewet sket..=)




aku bukan nak sangat ustaz ke apa.tapi,cukuplah yang tau hal agama dan beramal dengannya kan?.lebih senang dalam bahasa mudah ialah kukuh asas fardhu Ain nya.yang mampu bimbing aku lagi kearah jalan yang diredhai-Nya..Amin...




disini aku kongsikan dari laman web INI,bagaimana nak tau dikategorikan beragama ini.:

Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama?
Sebenarnya ia amat mudah. Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.
Malangnya, ramai mengambil mudah frasa “fardhu ain.”
Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori. Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Ada juga yang tidak tahu dan sedang berusaha memperbaiki diri.
Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, “Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya.” [1] Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain.
Justeru, wujud masyarakat Islam yang bersolat, berpuasa, tetapi masih melakukan maksiat. Thats why laa ..
Jadi, buka mata kita. Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap.
Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w.



oh!..kalau itu yang aku inginkan,aku kena berubah jugak.ye,bagaimana aku sekarang itu yang penting kan?doakan aku dapat istiqamah pada jalan aku pilih sekarang..Amin.=)

kredit to INI

Antara ciri-ciri yang lain bagi calon isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.
“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya) , tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)
Dan mereka berkata (berdoa): “Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:
“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, cantik rupa parasnya, banyak hartanya, baik keturunannya atau kuat agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya..sumber SINI... 


Hatiku berbisik, "Aku tak mahu bf tapi mahu suami" .Once I fall in love..I'll give him all my love! 

“Wanita yang menawarkan diri sebagai isteri kepada lelaki yang baik bukan satu kecacatan sebaliknya tanda 

tinggi hasratnya kepada kebaikan” - Dr. Asri Zainul Abidin





Tetapi seandainya tiada jodoh antara kita, aku redha. Mungkin aku bukan yang terbaik untukmu. 
Aku pencari cinta tapi aku ingin mencari CINTA yang Hakiki dan biarlah ALLAH yang mencarikan cinta untuk aku kerana pilihan ALLAH adalah terbaik.Tapi ingatlah selalu : Bila melihat awak bahagia, itulah kebahagiaan saya :)




sebab rajin menaip sekarang,so banyak sumber aku gabungkan.=)..yelah,menda bermanfaat kan,untuk masa depan.sambil-sambil itu,masih memohon pada Pencipta yang Agung supaya memberikan yang terbaik untuk dunia & akhirat aku..mudah-mudahan..sekian..=)






-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

نورعيم said...

semoga akak mendpt suami yg soleh :)

ummiLIN said...

Akak suka sgt dgn entry ni... Ya dik, klu kita buat secara sederhana kita akan rasa damai selalu.

Biarlah org mengata kenduri kawen kita tu kecik, xde goodies, xde renjis2, xde salin2 baju, xde potong kek, xde karaoke, xde khemah cantik, hantaran sikit dan macam2 lagi.... asalkan ianya disukai Allah, rahmatNya akan terasa sentiasa....