tatkala bersendirian ditepi tangga blok aku,memandang kelangit melihat bintang,suasana langit..terpandang kebesaran kuasa Allah!..betol,terdapat tanda ciptaan-Nya bagi orang-orang yang berakal.
ini dari ALLAH! |
kutanya hati,kenapa baru merasainya sekarang?
kenapa dulu aku kufur nikmat?
kenapa aku lalai dengan dunia remajaku?
kenapa dulu aku tak takot wat dosa?
kenapa dulu boleh bergelak ketawa tanpa ingat mati?
kenapa dulu boleh hanyut dengan perasaan palsu?
kenapa dulu tak ingat mati?
kufurkah aku pada nikmat Allah?
diberinya kaki,bukannya untuk ketempat maksiat,
diberi muka,bukan untuk tatapan bukan ajnabi,
diberinya pendengaran bukan untuk mendengar hiburan yang lalai,
diberi mata bukan untuk melihat perkara tak sepatutnya..
kulihat anggota badan aku,
ini semua akan jadik saksi depan Maha Pencipta kita,
nanti anggota badan aku akan bercakap
jadik saksi aku depan Allah nanti..
walhal kulit pun akan bercakap.
aku takut.
aku takut..
aku takut..
semuanya akan disoal atas apa yang kita gunakan atas pinjaman-Nya.
aku malu dengan diri aku.
aku tak cukup amalan lagi nak bertaubat..
bagaimana aku nak menemui Pencipta..
dah bersedia ke aku?
aku pandang langit,
aku malu dengan Maha Agung,
kenapa aku murka sebelum ini?
hati aku lalai dalam mengingati-Nya..
kubukak tafsir al-quran,dalam firman Allah ada menyebut,
kiamat itu yang paling dekat dengan kita.
cukup ke persediaan kita nak menghadapi akhirat sana?
yang kekal abadi.dunia ini sementara aje.
cukup ke persediaan kita nak menghadapi akhirat sana?
yang kekal abadi.dunia ini sementara aje.
"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
kenapa manusia boleh lagi bergelak ketawa bila Dia mengatakan kiamat itu dekat?
tak ingat ke kita pada kiamat?
kenapa kita masih lalai?
malaikat Izrail datang tengok kita 70 kali sehari,senang hitung 21 minit sekali~
kalau masa tuh kita duk bergelak ketawa tak ingat dunia,
berkomen Facebook sakan tanpa ada faedah lagi-lagi dengan bukan muhrim,
bergayut telefon dengan bukan muhrim,mesej melalaikan,
malaikat Izrail datang tengok kita,tapi kita nak lagi berseronok?
Naudzubillah!~
menitis air mata,
mengenang dosa-dosa lama...
sebakk..
layak ke aku diampunkan??T__T..
kini,kau berikan rasa nikmat dalam mengingat-Mu dalam setiap perjalananku.akan kucuba pegang erat rasa cinta ini UNTUKMU YA RABBI~
izinkan aku sentiasa mencintai-Mu,mencintai-Rasul-Mu hingga penghujung hayatku.
aku sayang ALLAH!
aku sayang agama ISLAM aku,
aku taknak jadik wanita yang bawak fitnah kepada lelaki,
aku taknak,aku takut..
aku nak jadik wanita solehah..
doakan aku sentiasa kekal dalam cinta ILAHI ini..Amin.
Akhirkanlah umurku dengan kesudahan yang baik,dengan dapat menyebut kalimah-Mu..aku janji dengan diri aku,sementara aku hidup ini aku nak kumpul amalan aku..aku nak jadik aset kepada umi ayah aku di akhirat nanti.sebab akhirat itu kekal,dunia ini sementara sahaja.aku taknak hanyut dalam kepalsuan dunia,semua kegembiraan yang sementara aje.tak kekal.aku buang kebahagiaan sementara.aku yakin bahagia itu ada bila sentiasa mengingati-Nya..
aku sayang Allah!!!~
izinkanlah aku dapat sentiasa mengingati-Mu dalam setiap langkahku dibumi ini sementara aku hidup ini.Amin.
No comments:
Post a Comment