Sunday, January 15, 2012

Izinkan aku menjadi wanita solehah.




Aku ingin menjadi seperti Siti Khadijah,
Menjalinkan sebuah cinta yang agung,
Manginfakkan hartanya untuk fisabilillah.




Aku ingin sepatuh Fatimah,
Yang sentiasa akur tanpa menolak perintah,
Aku kagumi gedung ilmu Siti Aisyah,
Mahukan kejayaan mengiringi langkah.

 


Aku ingin menyelami ketabahan Siti Hajar,
Di padang pasir yang merekah,
Mengendong putera yang masih merah.
Tidak aku ingin menjadi wanita penggoda,
Fitrah dari sejarah Zuklaikha.


 

Jiwa ku ingin sekudus Rabiatul Adawiyah,
Tenggelam asyik dalam nikmat ubudiyah.
Ingin aku secekal Zainab Al-Ghazali,
Terkurung jasadnya di celah jeriji,
Teguh menjunjung akidah suci.





Tetapi aku hanyalah perawan..
Yang jiwanya tidak sekental Asma’
Belum teruji dengan deraian airmata Atiqah,

Yang mampu tersenyum dengan tabah.




 Izinkan aku Ya Allah..
Izinkan aku menjadi wanita solehah,

Izinkan aku menjadi sayap kiri perjuangan,

Yang rela mati dalam keunggulan iman,
Kerana Islam merindukan kemunculan,
Muslimah, mukminah, mujahidah
Mewarisi kegemilangan serikandi ummah..






Izinkan aku Ya Allah..

Menjadi penyemarak obornya….

amin ya ALLAH..



nota aku:


lAYYINUL HARIR...
dia seorang wanita yang sanggup berkorban cinta demi CINTA-Nya.yang cuba mencari cinta Ilahi terlebih dahulu.baginya,kelalaian zaman silamya tidak perlu berulang lagi.dia mengambilnya sebagai pengajaran.sebab Allah dah mengetuk hatinya agar kembali kepada Cinta-Nya.doakan diri ini dapat mencari maksud cinta sebenar pada Ilahi.semoga pencarian Cintaku Pada Yang Maha Agung ini kekal hingga ke akhir hayatku.Amin..


Semoga cintaMu selalu tercurah padaku.. kerana aku 

mencintaiMu… sungguh…aku rindu padaMu Ya Rabbi...





kredit to:


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: