Wednesday, August 29, 2012

Internship Place.

Assalamualaikum wbt

harini macam-macam jadik.eh!..haahla,sebab cari tempat untuk Internship lah. Entahlah,dalam hati semua tempat aku nak praktikum.hihi.tapi,sedar diri,tak layak dengan semua tempat..okey, sebab harituh dah post kat Facebook,mitak suggestion kawan-kawan.

sehinggalah aku terdetik untuk cuba masuk Resort yang bersepah kat Dungun ini..bersepah ke? hihi..bolehla tahan.termasuklah Mayang Sari Resort,Tanjong Jara Resort,Rumbia Villa Paka,selain itu juga,mahu try kat Awana Kijal Kemaman.

dah call semua, tapi satu dah reject.ala,takpe,takde rezeki.sebab dia kata kat tempatnya takda tempat untuk sesuai dengan aku. siap aku reply lagi emel dia,aku cakaplah tempat promotion ke,boleh aje taruk.tapi, dia kata semuanya berpusat di Kuala Lumpur. okey.redha.but,aku suka,sebab respond dia cepat aje.takda aku berharap sangat.tapi,yang best nya elaun dapat tau.itu yang aku berminat pada awalnya.dah takde rezeki, redha aje lah.

kalau Mayang Sari Resort,dia kata akan letak aku kat Sales Department lah,elaun ada,tapi penginapan takde.tapi,aku send jugak resume,cover letter dan confirmation letter UUM.

hmm, ada jugak apply kat Pasaraya sini.dia kata okey jugak,elaun pun dapat,tapi,dia akan letakkan aku pelbagai bidang.oh!..macam best aje.aku suka kerja yang banyak..ngahaha~!takda bosan sangat jap lagi.

satu aje aku nak, tempat praktikum yang aku dapat nanti takda yang perlu aku melangut aje.sebab aku pernah dengar senior-senior aku pernah praktikum,tapi takde kerja,so dalam buku log tak tahu nak tulis hape, buat report pun susah jugak.harap-harap dapatlah tempat yang serasi dengan jiwa raga ini.Ya Allah! Berilah tempat yang terbaik untuk hamba-Mu ini.

ada orang suggest jugak,supaya apply Petronas.hmm, macam malas aje pulak.cerewet.!=_=.. opkos peluang kat budak INSTEP, UTP itu didahulukan.tapi, kalau ada rezeki tak kemana kan? hihi. entahlah yang ini macam K.i.V..lagipun,susah nanti aku nak berulang-alik dari Kerteh ke Dungun ini.huhu.

ada jugak senior marketing aku suggestkan Bank Rakyat. hmm,aku dah call hari tuh, then memang kena anta form bagai jugak la kat HQ..ohh! tapi, ada kawan aku kata ada kontranya jugak internship kat bank bagi budak marketing macam aku ini. sebab better bagi kat budak finance, banking ke,okey jugak. Kalau Tabung Haji.masa aku call dia kata praktikum kat bank ibu negeri aje.alaaa, aku ingatkan boleh dapat yang cawangan daerah ke..totally macam dah taknak la Bank-bank ini.tapi,kakak aku kata try ajelah hantar dulu form semua tuh.

yela,kadang-kadang kita kena buat backup jugak untuk semua ini kan?..cari tempat praktikum macam pening aje,bila dah kerja nanti lagi banyak kerja kan?haha.takpelah,insyallah! ada rezeki,adalah kat mana-mana dalam Terengganu ini. kan aku dah kata, praktikum nanti memang aku nak dalam Terengganu aje.dah penat merantau..ehh!..hihi..

dan semoga kawan-kawan yang lain jugak dipermudahkan segala urusan untuk Internship nanti.Amin.dan bagi aku , kalau dah dapat confirm tempat praktikum masa cuti ini,takdalah pening-pening lagi bila masuk sem depan kan?hihi.dah tak lama nak masuk sem 7, yeayyy!! tak sabar nak keluar UUM...(^_^)...sekian.

nota aku:
Alhamdullilah! Statistik Gunaan aku lulus akhirnya.Officially result aku baru keluar jugaklah,alhamdullilah result semester 6 paling tertinggi dari sem-sem sebelum ini.Terima kasih Allah! (^_^)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: