Monday, August 6, 2012

Subhanallah 33 kali,Alhamdullilah 33 kali, AllahuAkbar 33 kali.


Assalamualaikum wbt,

"kita tak payah baca zikir panjang-panjanglah, terus baca doa tau."

Itulah aku manusia yang suka bersegera bangkit dari tikar sejadah lepas solat jemaah bersama sahabat.teruknya aku sebagai hamba Allah.ehh.tapi, berkat nasihat kawan aku, dan nasihat secara slow-slow membuatkan aku tertarik.

"aippp! bacalah zikir dulu,bukan lama pun Subhanallah 33 kali,Alhamdullilah 33 kali, AllahuAkbar 33 kali, dan zikir-zikir lain, tak sampai 5 minit pun.

"alaaaaa......okey-okey" -sambil terpaksa!..T_T

***********
dulu, aku tak mengerti kenapa perlu nak berzikir bagai lepas solat.Ummi pun ada bagi buku wirid lepas solat.siap bagi untaian tasbih lagi kat aku,sejak dari zaman matrik lagi.huhu.itu pun selepas ditegur ummi,

" syafa tak baca zikir lepas solat ke? lepas solat terus nak baca doa?"

"tak tahu nak zikir apa,lambat la ummi."

Terus ummi bagi kat aku buku bacaan zikir lepas solat.

***********
itulah aku, kadangkala ada zikir lepas solat,ada kalanya tak!..tapi kan, suatu hari tuh aku terfikir lah sesuatu.

"kenapa kena berzikir lepas solat siap guna tasbih ataupun guna jari tuh?"

ttiba-tiba, Allah bagi anugerah keterpaksaan pada aku.huhu.bisik hati aku:

"baik aku cuba paksa diri aku dari sekarang"

walaupun sambil tengok buku bacaan wirid lepas solat.walaupun aku tahu, sebahagian dari kawan-kawan aku sudah mahir dimulut setiap zikir lepas solat.

***********
Sehinggalah suatu hari itu,aku mengikuti Usrah, aku memahami sesuatu.

"kita kena latih diri kita untuk berzikir lepas solat,mula-mula memang susah.lama-lama akan sebati dengan jiwa kita,dan membuatkan kita akan rasa tak lengkap solat tanpa zikir lepas solat.Ini buku kecil,yang mampu saya bagi untuk awak semua.semoga dapat hayati bacaan solat dan zikir lepas solat."


buku inilah yang Naqibah aku hadiahkan..

seolah-olah terjawab segalanya apa yang aku rasa.Berkat terdorong dari orang sekeliling, baru aku tahu pentingnya zikir-zikir ini.selain itu,dapat lembutkan hati dan menghilangkan titik-titik hitam dihati yang berkarat ini.


***********

Cintailah Allah & Rasulullah!..Kalau kita berzikir,tandanya kita sentiasa Ingat Allah!!.=D

***********
Untuk sahabat yang jarang berzikir lepas solat,Cubalah try!..^_^
Jangan tinggalkan..

***********

Syukran untuk sahabatku,Siti Nor Hana & Hidayah kerana tak jemu tarik tangan aku ajak berzikir guna jari jemari tuh..=D....baru aku faham erti sayang kerana Allah!.sangat merindui mereka..=D

nota aku:
sekadar berkongsi untuk peringatan kepada diri dan juga untuk kebaikan umat akhir zaman yang seringkali lalai ..T_T



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: