Assalamualaikum wbt,
Masih aku ingat baru-baru ini ketika berbuka puasa pada hari ke-13 ,bersama-sama rakan perjuangan di UUM ini.kami diberi rezeki yang mencurah-curah oleh Allah.Syukur Ya Rabb!..oleh kerana terlalu gembira berbuka dengan lauk pauk yang banyak.kata kawan aku.
"syafa,ambil kamera,kita snap pict! nanti masuk Facebook"
Dengan keadaan aku yang agak rajin masa itu, terus pergi ambil kamera kesayangan.ambil gambar bagai la sebelum berbuka.ikot plan nak upload kat facebook lah selepas solat Maghrib.sejurus selepas mendaftar masuk,aku melihat di Home Facebook beberapa gambar rakyat Somalia yang di share di .keprihatinan sahabat-sahabat di Facebook terhadap kebuluran rakyat Somalia amat aku hargai dan menginsafkan aku.tetiba, bergenang air mata.Allah! Nikmat yang KAU beri kepada aku terlalu banyak..(T_T)
baru aku sedar,dalam hidup ini begitu banyak perkara yang perlu kita syukuri.. terus tangan tak jadik nak upload gambar kat Facebook. gusar andai ada insan terkecil hati tanpa kita sedar. aku tahu, ada insan yang lagi lebih berlapar dari kita.
ingatlah! disaat kita dihidangkan juadah yang mewah waktu berbuka,
ada umat islam yang lain tiada makanan untuk dimakan.
ingatlah! disaat kita sibuk menyediakan juadah untuk bersahur,
ada umat islam yang lain tiada apa untuk disediakan.
ingatlah! disaat kita sibuk merungut makanan itu tidak enak,
ada umat islam yang lain,tiada makanan langsung untuk ditelan!..
Allah!
Diri ini banyak lagi dosa,
suka mengeluh tentang makanan.
Allah!
Diri ini tiada fikirkan umat islam yang sedang susah!..
aku hamba yang masih pentingkan diri sendiri.
Allah!
lembutkan hati, berikanlah aku peringatan untuk fikirkan umat islam yang lain.
Astagfirullahalazim..
2 comments:
andai semua umat di bumi nih berjiwa lembut mcm syafa, aman lah semua... teringt pulak zaman seklh dulu, sbb keluarga susah,ada 2 ringgit je buat beli ikan haritu, untuk makan adik beradik 9orng...perit..alhamdulillah,skrg adik2 pon dah ada yg bekerja..ringan beban..
betul kak. kadang2 nak upload gmbr kat fb tgk keadaan dl.
mane la tahu ade org terasa nnti.
hati org kita xtahu kan.
Post a Comment