Sunday, December 5, 2010

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah~same2 kita baca petang esok.sebab maghrib esok dah 1 muharram 1432 hijriah



Doa Akhir Tahun
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.








Berikut adalah Doa Awal Tahun




Maksudnya:

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


maksudnya;

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


-




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, December 2, 2010

kisah cinta NuruL Nabila & Zulhelmi

"ila,ingat tau kalu mie tak mesej ila ke,tak call ila ke,ila jangan pikir bukan-bukan tau,mie tetap sayang ila.."

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu

masa tengah cakap tuh,kebetulan lak lagu Radja berkumandang dari radio umah mie..
mie cakap

"ila dengar tak lagu tu?..mie bagi untuk ila la tau.."

oh!..sayu giler ila mendengarnya.memang sedey sangat..mana taknya zulhelmi itu lah cinta pertama hati bagi ila.walaupun tanpa declare.rasa sayang untuk mie,memang susah untuk ila ucapkan dengan kata-kata.sebab emie punya hpon rosak masa g picnic ngan kawan-kawannya sebelum tu ,so dia on sim kad guna hpon housemate dia je.

itula,yang terjadik pada ila,bagaikan pungguk rindukan bulan.menanti bulan yang xkunjung tiba.genap sebulan emie pergi.ila bagaikan hilang arah,sebab emie pergi tanpa berita.iskk..iskk..

ila nekad,pemergian mie yang begitu sadis,perlu dilupakan.ila nekad.pada masa itula,ila menerima cinta seorang lelaki yang lain.tapi,hati ila masih ada emie.mungkin rasa itu patut dibuang jauh.dan membenarkan kehadiran lelaki itu yang bernama raznan.raznan yang baik,sangat-sangat caring membuatkan ila bahagia dengan raznan.tetapi,nama ila tetap untuk emie seorang aje.dengan raznan ila,gunakan nama Nurul.ehemm!!

hampir genap sebulan percintaan raznan dan nurul.tetibe,ila menerima satu mesej dari nombor yang amat dirindui..ila tak menduga..mesej itu berbunyi:

"teka,sape rindu awak seribu kali?oh!..bukan saya,sebab saya rindu awak lebih dari itu!.."

maunya x pengsan ila..emie telah kembali!..macamne dengan realitinya dia sudah kepunyaan raznan..

oh!..nak nanges ase..eh!asal lak aku touching..hehe..yela,sebenarnya Nurul Nabila itu aku la..haha~aku memang guna nama samaran.tapi,Emie memang terkejut lepas tau nama sebenar aku..Wan Nurul Syafawati.cantikkan nama tu?haha! eh!!malas la mau ingat kisah 4 tahun lepas.sebab realiti sekarang saya nak ingat siapa yang ada dengan saya aje sekarang..yang itu lebih baek,lebih bagos .saya sayang siapa yang ada dengan saya sekarang =)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-