Sunday, February 27, 2011

weekend with practise dancing by Danish @ Victor

assalamualaikum.seperti yang dijanjikan.saya & Mass pergi ke tempat latihan tarian mexico hari ini.So,semuanya memang best!.walaupun hanya latihan Victor bersama teman-teman tariannya.
sangat menarik kot!.saya & Mass pergi dalam 1 jam 30 minit aje,sebab nak balik solat asar kat umah.
kalau ikotkan sebenarnya,sampai Maghrib baru habis kot.huhu.tapi,xpe.tengok x habis pon,rasa cam seronok la.ini ada yang aku amek gambar & rakam video dari hpon yang x berapa nak canggih ini.sebagai bukti..ngahaha~

ini Danish..=)
amek gambar ini,masa kami dah nak gerak pulang.
berpeluh-peluh dia sebab menari.
kalau saya join diorang mesti dah lama peluh habis..haha

saya & Mass.

Victor masa persembahan dia yang hari tuh.

gambar dari sudut saya

suka masa ini..muzik pun menarik

Danish barisan depan yang paling kiri..haha

cantik dari atas.

cikgu tarian hensem jugak..haha!

ala-ala dikir barat g2..haha



video
video

ini video yang terpilih saya upload..
maafla kalau ada terdengar suara sumbang ke..=P


kalau ada persembahan betul,insyallah nak g sebok tengok gak.xkira.haha

sekian..itu aje kot..=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Chef Syafa masak ayam masak kunyit

assalamualaikum..tengahari ini,inilah lauknya.mentang-mentanglah dah dapat ayam.semalam ayam masak merah. Ini gambar yang dah siap kat bawah.Maaflah,satu aje.tengah memasak x tertangkap pulak gambar.malas sebenarnya..haha

maaflah gambar gelap sket   
Sekian.
ini sahaja entry ringkas dari syafa untuk tengahari ini.=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, February 26, 2011

Cukup cintai dia dalam diam

Cukup cintai dia dalam diam..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

 
 Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..



".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 ).

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


Yakinlah bahawa PILIHAN ALLAH adalah PLIHAN YANG TERBAIK

*saya copy dan edit dari Fesbuk,kredit tu Arif Ashadi~=)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Chef Syafa masak Makaroni goreng berkuah

Mass rebus makaroni..=)
  assalamualaikum.kami baru siap makan malam.Saya masak makaroni malam ini selepas kekenyangan makan ayam merah petang tadi.hehe..So,teruskan layan gambar saya masak okeyh!..hihi
lambatnya siap..T_T
 ini rupa makaroni.saya x nak buat pedas.cukuplah dah makan pedas petang tadi..hoho.
ini ala-ala biasa aje,x letak cili boh.letak cili potong aje..haha~~
berasap!haha
 tunggu naik bau semua tuh..tutup api..
siap!..
biasalah main campak-campak aje bahan apa.
xsangka lak Mass kata sedap!..saya sayang Mass sebab dia rajen komen masakan saya.
saya suka,sebab dari situ saya boleh belajar kalau silap!.
tapi,setakat ini,komen Mass positif la.=)
yang budak lelaki sorang lagi tuh..jarang sket nak komen sedap ke..haha.
yang saya dapat tahu,dia duk menambah tuh,kira sedap la tuh..haha!
lelaki memang g2 ke?susah nak puji?haha~~

 inilah rupanya dari atas~
alhamdullilah.
licin kuali tuh.macam biasalah kuali segalanya kita serahkan kepada lelaki untuk basuh..
sebab perempuan dah masak.hihi
betol x Mass??hehe~~

p/s:
saya penat sangat hari ini.
nanti esok saya update masakan ke kalau rajen.
ha,petang esok nak kuar tengok Victor@Danish buat performance.
ala-ala support member kot.huhu.
dia datang amek saya & Mass petang esok.

sekian~

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

kisah kami & ayam

assalamualaikum!..sebenarnya,hari ini satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya.Sebagai seorang yang xpernah sembelih ayam hidup..selama ini,kat Malaysia,selalu aje beli ayam dah dijual kat pasar.Dan balik umah potong aje.so,hari ini,seperti yang saya pernah bagitau,yang pihak U,nak bawak kami ketempat orang yang jual ayam hidup.pergilah kami bertiga,bersama orang ofis 2 orang kerumah penjual ayam.Orang opis tuh nama dioarang ialah Marco & Jose.sampai aje tempat itu,tengok suasana macam okey.xda macam meragukan.beli la seekor ayam..haha~seram kot!.nak pegang ayam hidup.pak cik tuh dah ikat kaki.Dan letak dalam guni.lepas timbang satu ekor 150 peso.gemuk sangat ayam nie..haha.Dalam van suh Naim jaga ayam kat seat belakang!.huhu
ayam dalam guni,Naim ikat kat tiang guni.takot terlepas pulak..haha
 lepas tuh,sampai umah,solat zuhur dan terus kekawasan lapang depan umah untuk penyembelihan cara islam..Naim yang amek peranan untuk sembelih.masa nie,xley tangkap gambar semua kami bertiga tengah pegang ayam.Ini pengalaman pertama saya,betol!.xpernah pegang ayam hidup.Geli sangat masa pegang.
Naim duk bahagikan tugas iaitu saya kena pegang kaki ayam,Mass pegang kepala ayam.Naim akan sembelih leher ayam..hoho.Putuskan urat leher.ayam gerak2..saya tahan aje.Dalam hati,Allah aje tahu.Naim macam perli aje saya dengan Mass.Maklumlah macam takut-takut.Saya suruh dia senyap!hahaha..Pastu ayam disembelih,pastu biar lama sket..baru angkat ayam tuh.letak dalam besen.Naim ada keja dengan kawannya.So,saya dengan Mass kena amek peranan proses ayam.hoho..sampai hati dia..=(
ayam gemuk dalam besen dengan air panas
so,proses seterusnya saya & Mass ambil peranan.
pastu,angkat ayam gemuk ni naik bilik.Dan,tuangkan air panas.
untuk kerja cabut bulu ayam.Ini pertama kali dalam hidup saya.
rumah saya selama ni beli ayam yang dah siap biasanya..maafla..T_T
cabut bulu
 best jugak cabut bulu ayam nie..haha~~
rasa cam sayang ayam.
haha.padahal tadi bukan main geli..haha~~
Ini Mass tengah semangat cabut bulu ayam..hihi
saya basuh tangan jap.semata-mata nak tangkap gambar ini..haha.
Then,sambung cabut bulu ayam nie.
 badan ayam makin botak..
yeay!
x sabar..=)
peace untuk ayam.=)
 lepas siap..seterusnya untuk potong ayam pulak.
Itu tangan sape ntah..=P

gaulkan dengan tepung gandum,bagi hilang bau ayam.
 lepas settle semua.
saya amek alih untuk bersihkan ayam.Mass saya suruh rehat.
padahalnya,Mass pun turut sama penat bersihkan semua.
so,kami memang kerja kuat demi sesuap daging ayam=)
maafla x jelas gambar ini.=(
 basuhkan ayam sampai bersih.sebab saya teruskan untuk masak tengahari.
Menu ialah ayam masak merah..huhu
saya potong ayam dadu.bagi nampak banyak sket..haha
 teruskan masukkan bahan semua la.
saya rindu nak makan ayam merah Umi saya kat umah..waa!
tapi,kali ini saya yakin saya boleh buat..ecece..
kena tunggu sampai kuah pekat dulu baru tutup api.
saya ingat cara umi saya buat.=)

siap..masa untuk saya & Mass makan.

alhamdullilah.
best ayam ini.Mass kata sedap,saya rasa cam kembang jugak la..haha!!
nikmatilah kami berdua boleh tambah-tambah nasik lagi..hihi.
tapi,kami dah simpan untuk Naim.malam kang dia balik,dia makan la.
yela,kan dah beli sama-sama.Makan pun kena sama adil.=)

p/s:
saya dah pandai proses ayam taw..
awak boleh ker??haha.=P

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, February 24, 2011

webcam with my classmates subject sales management..=)

 hari ini,padahalnya takda pun kelas untuk subjek ini
kebetulan diorang panggil aku & mass
untuk berwebcam masa kitaorang tengah lalu kelas ni
walaupun ada kelas new product development masa nie..haha~
 aku bersama mereka..-)
layan aje lah gambar-gambar k..haha~
 aku tengah minum air kotak.
sebab masa ni aku & mass baru balik dari beli air
untuk kekelas sebenar..haha~~
maafla teacher!=)
 Mass jadik rabbit sudah!haha
 muka kena tarik semua..haha
 peace..^_^
okeyh!
adios~
itu sahaja!.
kami pun beredar pergi kekelas subjek sepatutnya..haha~


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, February 23, 2011

Chef Syafa masak paprik udang

assalamualaikum..alhamdullilah.kami bertiga baru lepas menikmati makan tenghari.so,lepas balik kelas,solat dan terus memasak.Mass masak nasik,saya masak lauk.ha,sekarang xmau dah guna Chef Wan,nak guna Chef syafa aje.Nanti takot chef wan sebenar tercabar..huahua..okeyh!..masakan saya hari ini.,ala-ala paprik udang walaupun xda daun limau purut.ala,takpe.saya buat setakat yang mampu..=)


macam biasala,masukkan udang bila bahan menumis dah naik bau.
 waa~lambatnya siap.
nak aje masa masak amek curi-curi udang ni dalam periuk~haha!
mendidih sudah udang tuh
 menanti saat untuk dimasukkan sayur pulak.kalau nak masukkan sayur awal-awal layu pulak nanti.
xsegar dah.baik masuk kemudian.
maafla,saya main campak-campak aje.
kalau salah ke mitak maaf..T_T
sayur dimasukkan
 ikotla sayur apa pun,asalkan bersesuian dengan paprik..hihi
adala jugak rupa paprik kan?hehe
kemudian,nikmatilah kami bertiga makanan ini..
semuanya licin..haha~~
mekaseh la kamu berdua sudi rasa air tangan saya.=)

p/s:
.ngantok~~

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, February 22, 2011

Chef Wan masak ikan masak kicap

 salam~
saya baru lepas masak untuk makan malam kami bertiga.nanti lepas solat boleh makan terus.
ini bahan-bahan yang ditumis la..hihi.
sebelum tuh,saya goreng ikan  yang ala-ala tenggiri separuh masak.

 lepas tuh,macam dah hampir siap kuah kicap yang xberapa nak hitam ini,saya masukkan ikan yang telah digoreng.dan siap!..=)


yang nampak hitam kecik tuh,saya letak lada hitam..huhu

selepas itu,angkat dan hidangkan kedalam pinggan..
senang aje.hihi..seronok ase.
rasa macam sedap aje.walaupun xberapa nak hitam.
rasanya pun ada kicap.
tapi,warna gelap pun okey la kot..
maafla,saya kan suka masak main campak-campak..=)

p/s:
okeyh!.
mahu solat maghrib dan makan bertiga
terus mahu buat keja sekolah~
sekian~

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

macamne kami boleh masak guna bahan yang terhad.

salam..selamat pagi waktu malaysia!..hihi.sekarang ini,saya mahu berkongsi macamne saya boleh memasak di perantauan dengan bahan-bahan yang saya guna.saya buat entry ini,sebab ada blogger ummiarissa yang bertanya.terima kasih kerana bertanya..=)

so,sekarang saya jawab melalaui entry ini.cerita nya macamni..hihi..Pada awalnya,kami sampai di Mexico ini.saya x jangkakan yang semua barang boleh dapat disini.terutama beras!..minggu pertama disini,hanya makan beras yang cukup-cukup makan yang dibawa oleh Mass.beras tuh,kami asyek masak nasik goreng aje,sebab belum jumpa bahan-bahan mentah.huhu..yang ada hanya la bekalan stok sendiri yang dibawa.susahnya idop!..tapi,alhamdullilah,ada yang masa kami kebetulan,pergi tempat yang ada jual sayuran.mahunya xgembira.Semakin hari,sedikit-sedikit Allah bagi nampak rezeki yang boleh kami guna untuk memasak.Masakan yang pertama yang berlauk saya buat tomyam.sebab perencah ada bawak.Masa tuh,macam nak sujud syukur aje..

Selepas tuh,kami dibawa oleh Madam Miriam ke Walmart untuk beli barang dapur.Alhamdullilah.lagi jumpa bahan-bahan mentah semua.Walaupun ada jugak yang xda.Contoh:mee kuning,saya gunakan spagetthi sebagai alternatif.Kalau yang masak lemak,nasi lemak.Sebab stok untuk santan ada lagi,Mass ada bawak 2 paket yang dah siap,cuma perlu bancuh aje.Kalau ikan bilis,Naim yang bawak.tapi,hari tuh,masa g pasar ada usha-usha,ternampak jugak ikan bilis.Tapi,belum cuba lagi.

Saya tahu makin hari,semuanya stok akan habis.lepas nie,kalau nak masak lemak,kena ganti dengan susu la.macam-macam lagi la.yang pastinya,saya akan cuba cari yang halal.satu lagi,tentang beras.Alhamdullilah,ada jumpa beras.tapi,paket nya kecil.hanya 1 kg.so,xpelah.nasib ada,kalau x,mahunya saya kurus..hihi.tapi,kalau beli,kami beli banyak la.ala,kalau 1 kg untuk 3 orang,3 kali masak aje.tak kesahla.janji perut ini masih dapat makan makanan malaysia.

Kalau tentang ayam,memang kami xmakan.sebab x yakin dengan sembelihannya.tapi,yang berita yang paling menggembirakan setakat ini ialah,pihak u,ada nak bawakkan kitaorang ketempat jual ayam hidup akan datang.so,Naim kata dia tau nak sembelih ayam hidup.moga-moga,dapatla.sebab setakat ini bahan mentah yang utama wajib beli untuk lauk ialah telur,udang dan ikan.

Tentang cili kering pulak,memang eksaited masa jumpa g pasar 3 minggu lepas.terus beli.yela,teringin jugak makan pedas..hehe.2la,asyik masak sambal aje..hehe.takpe,kami bertiga mempunyai minat lauk yang sama.haha~lagi bahan yang kami jumpa ialah halia,bawang putih,bawang merah,asam jawa.banyak lagi.yang paling best,semalam ternampak kicap Maggi pun ada kat Walmart masa borong bahan dapur..huhu

Cukupla kot penerangan saya ini.Sebelum terlupa,saya memang minat memasak.kalau kat umah,memang suka memasak.kalau x caye,tanya Umi saya..hehe~xpelah,hidup disini mengajar saya lebih banyak menimba pengalaman dan mengajar saya erti keibuan..haha~~betol x Mass??haha~

sekian..banyak lagi kot.tapi,x larat nak cerita detail.Malam nie,chef Wan mahu masak ikan masak kicap..-=)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, February 21, 2011

Chef Wan masak Mee Udang lagi.

tangan gemok sape entah..=P
 assalamualaikum semua!..x jawab dosa..hihi.masakan malam ini ialah mee udang..sebabnya ini permintaan Mass untuk saya buat.seronoknya.x sangka permintaan ada lagi.so,saya buatla.tapi,kali ini lebih detail keterangan,pedas,banyak udang kot!.hihi.sayur lain lak saya guna.kan dah kata kena kreatif..haha.saya amek jugak gambar.layan aje k..haha..walaupun dah pernah update kat SINI


penyediaan barang untuk diguna macam biasalah,pastikan cukup,bersih & kemas..=)

 bahan-bahan disediakan untuk ditumis sebelum mee dimasukkan..
ala,senang aje.yang penting baca doa,selawat taw sambil kacau dengan penuh dengan kasih sayang..=)


 dah naik bau,udang pun macam dah masak.
masukkan mee kuning tuh..
kalau ada mee hijau pun boleh..haha

tangan sape entah.maafla..=P
 yeah!..kacau-kacau dengan penuh perasaan dan kasih sayang untuk Mass.haha

 hampir siap..
maaflah x merah sangat.
tapi,kalau rasa,meleleh air hingus semua..haha.
pedas giler..
xpe,best itulah syok!..
kami bertiga suka pedas~
kusyuknya dia bercerita sambil makan.=P
.
ha,sampai boleh tambah.sebab buat banyak.
yang paling saya rasa puas,bila kuali licin..hihi.
ala,yang kuali tuh,bagi budak dalam gambar tuh basuhkan..
sebab saya penat dah masak..haha!

p/s:
itu sahaja.
mahu buat keja sekolah pulak!salam~

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Chef Wan Masak nasi,Chef Mass masak Asam Pedas

 salam!..hari ini,Chef Mass yang memasak,Chef Wan rasa tercabar taw
yela,rasa macam x best la tangan ni x memasak..haha~
sebabnya,Chef Mass mahu suh saya duduk rehat aje.saya mana tahu duduk diam.
xkira,saya amek kamera saya tangkap gambar dia.
Chef Mass kata,dia nak buat asam pedas.jom2 kita saksikan..hihi

Chef Mass suh saya masak nasik aje.sebab dia kata sebelum ni saya selalu wat lauk aje.waa!~=(
ini saya hancurkan..pedih tangan x hilang lagi.wat stok 1 bekas senang!
 saya x guna blender taw.guna kaedah tradisional aje.2la xlumat sangat.Maafla.T_T
dalam entry bulan lepas ada saya citer.malas dah nak citer semula..
malas nak taip.haha
 ehem!.siap jua akhirnya Chef Mass buat.tapi,saya jeles.
dia memang xbagi saya buat apa-apa melainkan masak nasik..=(
xpela,nak merajuk dengan Mass.
bising duk dapur dengan Mass.
saya la,nak juga masak.dia xmau bagi,
ha,nasib baek jadik jugak air tangan asam pedas orang Penang nie..hihi

sape kenal Mass ni,akan tahu ketinggian dia macamne..haha
eh!.jangan marah yer Mass..=)
bersungguh-sungguh dia masak,sampai kena jongket kaki..hihi..
 sayur goreng pon dia buat semua.
geram ase!!..haha.
yela,xpela .
pendek cerita,Chef Mass dah makin advance skang..haha

so,makanlah kami bertiga bersama asam pedas & sayur goreng Chef Mass.

p/s:
lepas ni,Chef Wan goyang kaki aje la..haha~

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-