Thursday, March 31, 2011

Sakit itu satu nikmat


Kenikmatan sakit, hanya disedari mereka yang berhubungan dengan-Nya
Kenikmatan sakit, hanya disedari mereka yang berhubungan dengan-Nya

Nikmat Peringatan
Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.
 
Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.
 
Kadangkala kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.
 
Ada pepatah berkata:
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
 
Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Maka wajiblah kita memperingatkan diri

Allah SWT berfirman:

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.

Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Penutup: Maka bersyukurlah atas nikmat ini

Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
 
Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?
Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
 
Namun Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
 
MasyaAllah… sudahlah segala bencana, sakit, adalah disebabkan oleh kita – tak jaga kesihatan, buat makar, buat onar, dll – tetapi Allah ampunkan sebahagian besar dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.
Bukankah kita sentiasa mendegar: Sakit itu kaffarah dosa?
 
Di sini kita muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.

P/s:semoga aku cepat sembuh..Amin..
p/s/s: kredit to http://ms.langitilahi.com


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, March 26, 2011

::saya mahu jadik sahabat yang baik untuk sahabat saya::

p/s:
maafkan aku andai terkurang ciri tersebut dalam persahabatan antara kau dan aku..
T____________T

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

takda masuk 1tube pun takpe | impian sekian lama tertunai..hahaha

pssstt..nak citer ni..semalam kan,masa sedang duk masak tengahri Carollina call aku.dia antara yang menguruskan bahagian akademik pelajar Malaysia.so,aku cuak gak masa dia cakap.rupanya,dia bagitahu aku akan di shooting esok..maknanya hari ini lah.rasa macam nak lompat tembus atap atas aje.mana pernah aku beraksi depan kamera tuh.dia tanya la,tentang jadual waktu aku semua.sebabnya video tuh,dia akan gunakan untuk promote universidad de colima nanti.aku pun setuju la.aku sorang pulak tuh.so,diorang akan datang dalam kelas.rakam aktiviti aku,dan akan bertanya aku macam-macam soalan tentang pendapat aku kat sini.

so,hari ini masa,waktu yang dijanjikan pukul 12pm.so,aku masa tuh dalam kelas Quantitative Marketing Research.aku dah macam xsedap duduk dah. berdebar-debar aje..haha~tetibe mata ini rasa macam ngantuk.nak terlelap pun ada,lepas tuh,
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, March 25, 2011

bubur nasik campak-campak | best lorr..^_^

dengan semangat waktu petang disini selepas solat asar.teringin nak buat bubur nasi kosong untuk dimakan bersama serunding daging dan serunding ikan.dengan pantasnya,aku mengambil segenggam beras bersama sukatan air yang sesuai kedalam periuk kecil dan diletakkan diatas dapur..hoho..

lepas macam dah mendidih bubur tuh.plan asal,x jadik sebab rasa macam nak main campak bahan-bahan yang ada kat rak kabinet atas dapur.apa lagi,terus taruk kiub pati ikan bilis,garam,lada sulah, serbuk cili,kicap dan kacau.lepas tuh,aku angkat alih kedalam mangkuk.lepas tuh,baru aku campurkan serunding ikan & daging.kacau atas darat katakan.

Then,teringat ada daun sup dalam peti ais.terus potong..taruk dalam bubur ini dan kacau dalam mangkuk tuh.lastly,aku masukkan sayuran apa entah nama dia yang aku beli tengahari tadi,dalamnya ada tomato dadu,bersama udang.so,aku taruk sekali dalam bubur itu.
macam dalam gambar tuh korang boleh tengok.~

p/s:
aku menaip sambil makan.huahua~
okeyh!nak basuh mangkuk lak.dah hampir licin ini makan sorang-sorang.
lepas ini,mahu buat lagi.

p/s/s:
kan best kalo ikan kering,telur masin ker.huhuhu~

p/s/s/s:
disebabkan takda nama khas untuk bubur ini.
so,aku bagi nama.
Bubur Nasi BebOb~~
eh! takpe ke si awak?
^_^

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, March 24, 2011

begedil vs bedegil @_@

gambar ini yang last week punya.tapi,yang semalam takda tangkap gambar.
tapi,alang-alang dah rasa nak taip.aku taip jap ea bersama gambar minggu lepas
semalam pun aku buat begedil lagi untuk kami bertiga sebagai sampingan bersama kari udang.
oh!.nasib licin taw~~nak dijadikan cerita
semalam waktu tengah duk makan tengahari,Naim kata nama makanan ini bedegil!
punya la degil aku dengan dia,boleh pulak dia ubah nama makanan ini.
okeyh FINE!..
tak mau kawan dengan kau dah!.
@_@

p/s:
so,sekarang kalau aku buat begedil dari air tangan aku.
akan jadik
Bedegil Syafa..
menarik kan?hihi
^_^

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

::result SPM Najwa & Munawwar::

result SPM bagi calon spm 2010 sudah keluar semalam.so,aku sebagai kakak yang boleh dikatakan agak baik dengan adik-adik aku ni.merasakan debaran itu.yela,tahun ini calon 2 orang dari adik aku untuk SPM..huhu.

so,aku dapat tau dari Berita Harian.yang result akan keluar pukul 10 pagi 23 march 2011 waktu malaysia.so,aku yang begitu prihatin ni.terus mengira masa untuk sama dengan waktu malaysia.iaitu 8 malam 22 march 2011..aku mesej kat ym mobile la.senang adik aku reply situ..huhu..

wah!.sekejap jer,dia balas.dia kata dapat 5A.adik aku yang sorang lagi dapat 4A.yang pasti,semuanya kredit.oh!..xda beza sangat!..ALHAMDULLILAH.aku tumpang gembira,walaupun mereka berdua takda dapat straight A..hehe.tapi,kira puas hati la jugak..hehe..katanya lagi,kat sekolah dia,paling tinggi 6A..oh!..kira,okeyla.=)

ini bermakna aku masih direkod pertama dalam keluarga aku untuk SPM..!!~hoho~konpem abang aku marah dengan statement ini..muahaha~~penat taw gaduh dengan abang sendiri dalam ym..haha~~*WINK!
lagipun,aku dulu amek akaun.majoriti adik beradik aku memang amek sains tulen.so,sebab itulah senang nak skor masa zaman aku spm dulu.tapi biasalah,bila adik beradik ini ramai,suka main lawan-lawan..terutamanya dengan abang aku yang sulong..hihi. sampai sekarang,dia boleh ungkit lagi result PMR aku..uh!terasa diri x berharga ketika itu..kecewa~~~

nak dijadikan cerita, masa zaman aku SPM dulu.aku naik masa SPM sebab CINTA!hoho~~zaman muda-muda katakan..walaupun,tak terbalas~uh!kecewa jugak la 2,3 tahun..orang tuh,dah kahwin pun baru ini..saya tumpang gembira la.ala,x rugi pun.sebab saya dah jumpa orang lagi baik dari dia.hihi..*ehem! (disebalik ayat ini ada 1001 rahsia sebenarnya)..=)...FULLSTOP!..

anyway!..harap najwa & munawwar dapat sambung belajar nanti ea.dengan tempat yang sama.takdala umi susah nak hantar kamu berdua kalau dapat tempat asing-asing..haha.

semoga adik-adik aku dapat lebih berjaya dimasa akan datang..dalam tak sedar,adik-adik aku semakin membesar.baru terasa aku semakin menjadi perempuan dewasa...hihi..*blushing!!..

sekian..

p/s:
kalau aku tak malas masa sem 1 matrik dulu,mesti result aku dah melayakkan aku mintak akaun kat UUM kan..hihi.terkubur ajelah impian aku masa isi UPU dulu..huhu.tapi,takpelah.!marketing pun marketing lah.mungkin ada hikmah yang Allah rencanakan yang terbaik untuk aku..siapa tahu kan? ^_^

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

fuh!datang sini baru sibuk nak jogging| terasa hidup sehari x lengkap tanpa jogging.hahaha

 dah lama x tangkap gambar camnie depan cermin besar.
dulu depan opis proton selalu aje tangkap,situ ada cermin besar.haha~
ha,berbalik kepada yang asal,hari ini aku keluar petang untuk jogging untuk kali ke teeeeeeeeettttttt.
(dirahsiakan)..^_^
ajak Mass sekali.kami berdua mana boleh dipisahkan taw~
sampaikan orang ingat kami adik beradik.asyik berkepit aje.haha~


sambil tunggu Mass bersiap untuk jogging,tangkap gambar pemandangan luar pagar rumah..hoho~
 aku & Mass.kami berdua aje.
takmau ajak Naim,nanti dia lari laju~uh!haha
 kami lari-lari,sampai ke taman permainan.
jakun jap!haha~~
 sejak panjat bumbung malam tuh dengan bukit hari tuh,
aku jadik suka pulak panjat-panjat nie..haha~~
 pastu,kami beredar ke taman permainan satu lagi.
hoho..main buaian..seronok~~
macam kanak-kanak riang~hoho
 kat sini,tenang aje taw~~
sukeenya..
merehatkan otak selepas penat belajar~muahaha~

 berani betol si Mass ni.
aku xberani main gelongsor.
takot badan terlekat kang masa nak turun..haha!!

uh!muka selepas siap main dan jogging.
penat la,main round-round taman nie.haha~
ada nampak kurus tak aku?muahaha~~


p/s:
sejak orang tegur aku makin tembam
semangat nak kurus tuh,membuak-buak.
sempat kot nak kurus.
3 bulan aje lagi~hoho~

p/s/s:
hari-hari makan aiskrim.
mahunya x kembang aku..haha~

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, March 23, 2011

political marketing event

 hehe..saya busy hari ini..so,layan gambar aje k xsempat nak cerita...biar gambar yang bercerita..hehe..










p/s:
mekaseh sudi tengok walaupun takda penerangan.
harap maaf..
salam~
sekian.

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, March 21, 2011

siapa gigi dia pernah rongak.sila angkat tangan!haha

kredit to google.
masa dulu kan,ala masa kecik-kecik la.mesti korang gigi rongak kan?sebab suka makan gula-gula.balik sekolah beli gula-gula.balik kelas mengaji beli gula-gula.ala,beli 20 posen,dapat 4 biji..haha.mahunya gigi tu tak rongak!..masa aku darjah 3 dulu kan,selalu jugak,kena pergi klinik gigi,sebabnya gigi teruk.nak patah la.goyang la.arwah ayah yang bawakkan aku ke klinik.lepas gigi kena cabut,kena tekap dengan kapas.lepas tuh,darah. yang paling best,kena ceramah free dari doktor gigi..haha~xpandai jaga gigi!!..hik.hik..

tapi kan,bila semakin besar ni,baru aku tahu,kepentingan kita jaga gigi.sebab gigi akan nampak bila kita mulakan percakapan dengan seseorang.ada ke cakap tak nampak gigi?..hihi.itu mungkin nampak gusi aje kan?hehe.itu kes terpencil,takpe.yang penting kita dapat bercakap kan?hehe.

lepas tuh,janji kat diri sendiri.akan jaga gigi.aku nak sangat gigi akan nampak cantik bila mengukir senyuman.walaupun muka ini takda lawa sangat.apa yang penting kita murah dengan senyuman.^_^

aku dah lupa sejak bila entah bermulanya pujian keatas gigi aku.kalau tak silap,sejak masuk sekolah menengah kot!.kalau ada bab-bab check gigi ini.doktor akan cakap macamnie;

"cantiknya gigi awak!
"pandai awak jaga gigi ini"
"takda masalah!.semuanya elok!"

masa mulanya kena puji tuh,mahunya tak lebar senyuman aku..haha.so,bila sekarang orang cakap macam tuh.macam dah lali dah..hoho.alhamdullilah la.takda rongak macam dulu lagi.agaknya kalau sekarang aku rongak,ada tak orang nak kawan dengan aku..haha~~

pernah jugak orang tanya aku macamnie:

"syafa pakai ubat gigi jenis apa ek?nampak macam putih aje gigi tuh"

ayoyo..aku pakai ubat gigi yang HALAL la..haha.dulu pakai cenkudu punya.lama tuh,dah tukar yang HPA pulak.sampai ke Mexico.aku jarang la guna yang Darlie ke,Colgate ke.melainkan terdesak.bila stok habis la biasanya.

tetibe tadi,lepas makan.aku dengan Mass cakap pasal gigi.Mass kata macamnie la lebih kurang ayatnya:

"cantik gigi syafa, Mass suka tengok.nampak macam gigi palsu aje.Mesti syafa jaga makan kan?tak makan ais,tak makan manis-manis kan?"

meletus gelak aku yang kuat!! aku gelak besar.yela,sejak datang sini.tak dengar lagi orang cakap macam tuh.ingatkan takda orang perasan..huahua~kalau ikotkan pengalaman aku menjaga gigi ini.aku akan gosok gigi selepas makan.WAJIB!.yang pastinya,sebelum tidur akan terbiasa amalkan gosok gigi.kalau tak gosok,nanti tak selesa nak tidur malam.selain itu,setiap kali nak solat ke,aku akan gosok gigi jugak.dan alhamdullilah jugak setakat ini,aku xpernah lagi kena tampal gigi.tak tahulah bila dah tua nanti kan?huhu

datang sini pun aku angkut ubat gigi HPA biar sampai cukup hingga bulan 6 nanti sebab aku dah tau,takkan dapat kat Mexico ini.Berus gigi lak,aku bawak 5 sekaligus.aku akan pastikan,berus gigi akan sentiasa ditukar paling kurang,1 batang berus gigi untuk 1 bulan.

apapun,aku bersyukur dengan kurniaan-Nya yang menjadikan gigi aku ini sihat & kuat macam harimau!..eh!..haha.yang pasti,kita sebagai hamba-Nya harus menjaga sebaiknya nikmat yang dikurniakan sebelum ditarik kembali.

sebenarnya,aku malu nak tengok balik gambar aku masa sekolah rendah!.gigi senget!..haha.x sama.ada besar,ada kecik.haha~kelakar la!.

so,apa lagi.ayuh!.jaga gigi anda..haha~tetibe aku jadik doktor gigi kan?=)kan anak nurse!haha~~apa kaitannya?muahaha~

bukan mendabik dada mahupun riak.sekadar perkongsian~

p/s:
sebab itu,aku xsuka perokok!.
kebanyakkan giginya tak lawa..T_T

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

happy besday Victor@Danish!

 selepas settle yang SINI punya.
plan dengan Mass nak belikan kek untuk Victor sempena besday dia
dia lahir 20 March 1990.
sebaya dengan aku rupanya.muahaha~
so,selepas settle semua tuh,pergi WallMart untuk beli kek.
plan asalnya nak share duit dengan Mass aje.
tapi,kawan Victor yang nama Jil,Khaty,Janet pun nak share sekali duit.
^_^
 suruh dia pilih sendiri kek yang mana dia berkenan
dia macam tak kisah sangat.
dia tanya aku & Mass yang mana kami suka..
aik!..besday saper nie..haha.
lastnya,amek kek coklat.
sebelum  nak pilih kek tuh,dah tanya bahan-bahan yang digunakan untuk kek.
okey..next....
 muka dia ini sentiasa senyum..sangat comel..eh!!..hehe
 inilah keknya..
happy birthday!
 meleleh beb!!..^_^
pastu lepas ambil kek,beli gelas,pinggan,sudu plastik la.
kami berlima bawak barang semua pergi makan kat Food Court dalam tuh aje.senang!
 dari kanan:
Khaty,Janet,Victor,Jil & Mass..
sama aje macam atas.cuma aku yang masuk..muahaha~~

 aku tambah 2 kali kek!..sedap,best!!

 yeay!..Victor dah besar..haha~

hoho..~~
bye..bye..Victor!!
See u again..^_^

p/s:
besday si awak 13 Mei ini..
so,apa kaitannya??
^__^

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Ballet Folklorico de Universidad De Colima

siapkan makanan sebelum keluar untuk melihat pementasan ballet..hehe..
bestnya..hehe..aku masak udang masak merah..saje upload 2 gambar..muahaha.
sampai kat tempat ini.
persembahan ballet bermula pada pukul 12.00pm.
aku pergi bersama victor,mass,khaty,Jil,dan Janet..kat bawah ada video.layan aje ea..hehe
video
video
video


maafla kualiti kamera x memuaskan..T_T

tetibe rasa nak menari lepas balik..haha..

p/s:
sangat teruja tengok! sampai terlelap aku kat kerusi..haha~~
okeyh!

p/s/s:
Ballet Folklórico de México is a folkloric ballet ensemble in Mexico City. For five decades it has presented dances in costumes that reflect the traditional culture of Mexico. The ensemble has appeared under the name, Ballet Folklórico de México de Amalia Hernández.
sumber wikipedia..hehe..


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

panjat bumbung rumah semata-mata nak tengok supermoon..hoho.pemandangan dari Colima,Mexico.




p/s:
sekian..sangat kotor seluar aku,sebab main panjat-panjat bumbung atas rumah.
kami berenam naik atas.aku,Mass,Naim,liliana,Yuta dan Eriqa..

p/s/s:
gambar takda lawa sangat.tapi,nak setakat perkongsian boleh la..hehe..

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

umi,engkaulah ratu hatiku..=)

Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan .. 

cerita ini aku gabungkan sekali cerita bersama umi disaat pemergian arwah ayah.kenangan yang paling aku tak boleh lupa,masa saat-saat arwah ayah pergi meninggalkan kami.masa tuh,tahun 2003.aku baru tingkatan 1.siapa sangka kan,perjalanan ayah mengantar aku ke sekolah asrama di kuala terengganu itulah yang terakhir.siapa sangka perjalanan yang pada awalnya gembira,berakhir dengan kesedihan.aku tak sangka!..serius!.perjalanan aku bersama,umi,ainuddin,adibah dan pok Bar(pak sedara).kebetulan,mahu menghantar pak sedara aku jugak.

awalnya,perjalanan kami dari Dungun hanya biasa-biasa sahaja.tapi,dipertengahan jalan itu,tiba-tiba hujan turun lebat sangat.tau-tau aje,aircond rosak.so,xleh nak bukak tingkap kereta lak.macam pengudaraan terhad la.masa tuh,ayah dah start batuk-batuk.aku ingatkan batuk biasa aje.aku ni kat seat belakang,tengok ayah.sayu aje.

ketika dalam perjalanan itu,ayah suruh pak sedara aku,yang kebetulan belajar di IPG Batu Rakit,Kuala Terengganu.menggantikan tempat pemandu.ayah masa tuh batuk-batuk.then,ayah kata kat aku.

"masuk lambat sikit asrama xpe kan?.

aku iyekan aje.ayah makin batuk-batuk.umi suruh terus kehospital kuala terengganu.ayah tak nak.dia kata nak pergi rumah sepupunya.sampai aje,kat umah sepupu ayah aku di Gong Kiat,K
uala Terengganu ayah diusung masuk.ayah dah xlarat nak jalan.aku sebagai anak macam xtau nak buat ape.semua orang dah kelam kabut.Ayah bersandar kat kerusi sofa.

masa tuh,umi masuk bilik untuk solat asar.aku baring kat katil sambil tengok ayah dari sudut bilik.aku macam tak tahu la nak buat apa.lepas solat asar,umi x cakap apa-apa kat aku.aku pun senyap aje la..lepas tuh,umi g kat ayah,ajar ayah mengucap.sambil kaki kanan diurut oleh pak Bar,dan kaki kiri diurut oleh aku.

dipendekkan cerita.(nanti aku nangis lak tengah taip)!...ayah pergi petang itu jugak pukul 7.15pm,3 mei 2003.hari sabtu.

sejurus selepas ayah pergi.baru umi bagitahu aku yang sebenarnya,umi dah agak ayah akan pergi,sebab nampak macam lain macam aje ayah masa tuh,mata semua dah lain,naik turun nafasnya.tapi umi xsanggup nak bagitahu,takot aku & adik-adik aku sedih.satu lagi,umi pun sebak nak cakap.

itulah umi aku.pengalaman sebagai seorang jururawat yang terbiasa berdepan dengan cara kematian membuatkan umi tahu petanda itu semua.asal aku macam bodoh aje masa tuh?aku pun tak tahu!.aku redha pemergian arwah ayah.

semangat umi membesarkan kami seramai 9 orang yang masih belajar.masa tuh,abang sulong aku 18 tahun adik bongsu aku 3 tahun.sangat aku kagumi.seorang diri membesarkan anaknya.kuatkan umi aku?.tabahkan jiwanya?begitu kuat jiwanya.kesusahan membesarkan anaknya siapa tahu kan?mungkin kesusahan membesarkan sendirian,hanya ALLAH SAHAJA MAMPU MEMBALASNYA!

sekarang,umi sudah bersara.umi mintak bersara awal.katanya,mahu mendalami ilmu agama.itulah umi aku.Kini,umur abang sulong aku pun sudah 26 tahun dan adik bongsu aku 11 tahun.semoga dengan kejayaan kami 9 orang dapat membuatkan jasa umi membesarkan seorang diri kami ini berbaloi!..walaupun hampir 8 tahun ayah pergi.umi tetap kuat.menjadi ayah & umi,2 dalam 1 bagi kami.


 Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe... 

dua-dua..=)

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 

takkan sanggup!..umi seorang boleh besarkan kami 9 orang,takkan umi seorang takda orang yang sanggup jaga sendiri dari hantar kerumah orang tua.

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka .

ini semua sebab dalam kepala asyik fikirkan harta sejak orang tua mereka masih hidup.dalam kepala,hanya harta yang melambak!..padahalnya, itu hanya semata-mata memenuhi kehendak nafsu yang tamak haloba.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

pengalaman sekolah masa 5 tahun

aku ingat lagi masa aku lima tahun,umi ayah hantar aku kesekolah PASTI(pusat asuhan tadika islam).so,tadika tuh dekat umah aje.hujung kat simpang jalan rumah aje.jadi,balik boleh la sorang-sorang.kalau korang nak tahu,PASTI ini pakaian rasminya berjubah hijau dan bertudung.wah!.memang aku suka sangat nak bersekolah ini,dari umur 4 tahun,memang teringin sangat nak masuk sekolah.kalau nampak kakak aku g sekolah mesti jeles.kalau umi duk kat sinki dapur,aku datang sebelah umi.dengan ketinggian aku masa tuh separuh pinggang umi..hehe

"umi,bila sopa boleh pergi sekolah macam aida?"
"tahun depan la,sekolah tuh start 5 tahun"

tapi,bila dah 5 tahun.malas pulak jadiknya..hehe..biasalah!..maklumlah rumah kan dekat dengan sekolah.bangun lambat la.hehe.yang paling best,bila dengar bunyi motorsikal lalu,aku cam yang itu bunyi motorsikal arwah ayah aku.selalu aje bangun,pastu bagitahu orang..

"ayah saya lalu!!"

wah!happy bukan main nampak arwah ayah lalu.padahalnya,macamlah ayah nampak aku.kan aku kecik sangat.haha.kat sekolah ini jugakla bermulanya aku belajar cara solat.cara makan dalam dulang cara sunnah nabi.yela,tadika ini islamik sket.hehe.

yang paling aku tak lupa,masa mula-mula cikgu ajar cara solat.mula-mula okay lagi.masa part duduk tahiyyat akhir.kaki aku xbetol.aku lenguh.maklumlah mula-mula belajar.cikgu masa tuh,tengah duk betolkan kedudukan kaki kawan-kawan aku yang lain cara kaki kanan,kiri cara nak duduk.aku ini manala tahan.sakit.aku pun duduk berSILA..haha!!..pastu cikgu cakap..

"syafawati!!betulkan semula kaki awak!..
"sakit lah cikgu!..T_T
"mana boleh kata sakit,tengok kawan-kawan awak duduk okay aje"

lebih kurang macam itulah dialognya.huhu.apa lagi,menahan kaki duduk tahiyyat akhir.haha!..sampai sekarang,alhamdullilah la dapat duduk tahiyyat tanpa sakit lagi..haha.dari mulanya kita belajar memang perit,untuk kebaikan akan datang.

masa tuh,takda lagi telekung solat sendiri.kena guna yang kakak aku punya.tapi,masa tahun 1998.arwah ayah nampak aku mula macam suka solat kot!..hehe.

kebetulan pulak waktu sekolah untuk darjah 2,ialah waktu petang pukul 2 sampai 6 petang.so,balik sekolah petang itu,kakak aku kata ayah ada belikan telekung solat kat aku!..terus berlari ambil dalam bilik.wah!.suka sangat.yela,memang xpernah sangka ada kepunyaan sendiri akhirnya.

nak dijadikan cerita,punya la suka ada telekung solat baru sampaikan tak mau buang plastik telekung tuh.ala-yang ada pelekat tu la..asal lepas solat,suka masukkan semula dalam plastik.padahalnya,kalau lipat aje letak atas almari kan boleh.itu lah aku.eksaited sangat dapat telekung solat..hehe.

alhamdullilah la,semakin matang ini,menjadikan aku rasakan solat itu wajib ditunaikan.selain itu,menjadikan solat sunat dhuha sebagai tambahan wajib kalau kelapangan waktu pagi,disamping solat hajat.

mula-mula dulu,nak solat dhuha malas giler.biasalah jiwa remaja.pastu,umi aku kata la satu hari tuh.kalau kelapangan waktu pagi,apa salahnya tunaikan solat sunat dhuha 2 rakaat aje.rezeki pun murah.itu rahsianya kalau nak rezeki murah,senang masuk.tambahan pula ,boleh macam tampung mana ibadat wajib yang terkurang tu.oo!.baru aku mengerti.

sekian..sekadar perkongsian..^.^
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, March 19, 2011

sejak bila korang mula bertudung?

kalau korang ini perempuan, masih ingat tak sejak bila korang mula bertudung?yela,tetibe rasa macam nak bercerita.aku dulu,masa kecik zaman tadika pakai la tudung sebab tadika tu wajib kena pakai tudung.wah!.rasa macam comel sangat..tudung takda jadik sangat pun dah rasa comel..tak macam sekarang,asal x jadik aje,nak jugak baiki,tiup tudung bagi jadi.sampaikan depan skype pun rasa nak baiki tudung..haha..sampaikan si awak tuh cakap "saya bukan cermin,maafla xdapat tiru gaya awak"..haha!!.geram ase kat si awak nie..huhu.

lepas tuh,bila dah masuk darjah satu.umi tak bagi aku bertudung kat sekolah.ala,nak jugak!..ecece.sebab umi kata aku makan tumpah,takot kotor tudung..so,xpelah.tak pakai la tudung.g sekolah free hair lagi.yela,masa kecik-kecik kan.sekolah rendah aku diwajibkan bertudung untuk tahap 2.Tahap 1 takpe lagi.asal aku tanya lagi umi,umi kata x boleh.sebab aku ini makan tumpah!!..alololo.nak aje jahit sendiri.T_T

arwah ayah takda komen apa.kakak aku ain dah betudung,kan dia darjah 4.jeles jugak la..waa!..nak buat macamne.sabar aje la.so,bila dah x bagi pakai tudung ni,hari-hari nak pergi sekolah,kena suh umi ataupun pembantu umah aku ikatkan.manala reti kan?..kata nak nampak kemas.hihi.

so,bila nak masuk tahun 2000 aku darjah 4.suka sangat.aku ingat lagi satu malam tuh,umi pulang dengan bawak balik tudung dah siap dijahit.umi tempah dengan kawannya kalau xsilap.wah!!sukanya.maklumlah kan nak masuk sekolah dah januari 2000..sukeenya..yela,nanti dah boleh sama dengan kakak-kakak aku la.kakak aku yang 2 orang tu,kemas sikit dari aku.aku nie,entah la.macam x terurus aje.tapi,otak pandai..muahaha~~~

hari pertama pergi sekolah darjah 4,boleh pulak berbangga dengan tudung.walaupun tudung xtau jadik ke tak.rasa macam bahagia aje hidup..yela,ingat senang ke umi aku nak bagi aku pakai tudung kesekolah..haha.
tapi,masa tuh x istiqamah lagi bertudung.balik sekolah elok aje buang kalau kemana-mana.huhu..masa tuh jugak la darjah 4 dah masuk kelas agama semua.baru sikit-sikit tahu tentang bertudung ini.

semakin meningkat usia,semakin matang la katakan.tudung menjadi kewajipan aku sebagai perempuan islam.sehinggalah,masuk sekolah agama tingkatan 1 semua sampai sekarang.tak rasa lagi la untuk bukak untuk khalayak.macam x best aje.best ke bukak tudung ni?aku xtau la.aku takda perli orang.sekadar perkongsian.

xsangka bila datang sini,ramai jugak tanya.tak panas ke?rambut macamne?rambut kat dalam tudung,x rosak ke?memang sekali pun xley bukak ke? rambut warna apa?x boleh ke nak warna? ~ayoyoyo!..macam--macam seyh!.ada pulak masa aku g pasar dengan Mass,pakcik penjual sayur kata,kat Mexico boleh aje bukak,xpayah pakai baju tutup semua ini.aku cakap x boleh.agama saya mewajibkan semua ini.lagipun ,kami x panas pun macam ini.harap pakcik tuh paham la..kalau catat semua soalan yang ditanya berkaitan tudung ini,mahu esok xhabis..haha.

itulah dunia sini.kelihatan pelik bila kami bertudung.kadang tuh,kalau nak lintas jalan,semua kereta slow,sebab tengok aku & mass..haha!!..glemer jap!..bagi diorang 1 keunikan..haha.entahla,kadang tuh,nak tergelak pun ada.ada pulak,kalau yang berminat,datang kat kitaorang bergambar sekali..kalau masuk pasaraya ke,semua duk tengok.macamlah aku ni pencuri.sampaikan aku geram semua duk perhatikan aku,aku amik spek hitam aku pakai.haha!kaver muka.yela,kalau kat malaysia,xda orang nak tengok pun.tapi,yang best.kena puji,diorang kata cantik..hihi..

sekadar berkongsi cerita.biasalah bila mood datang semuanya nak taip kan.semoga kita sentiasa diampuni dosa-dosa yang lalu..amin.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, March 17, 2011

SEGMEN BLOGGER : LELAKI vs PEREMPUAN ( FIZIKAL )

 

Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?

pernah la !..saya pun xtau kenape tetibe rasa jatuh cinta.biasanya kerana peribadinya la..
xpernah lagi jatuh cinta sebab rupa.xtaw la akan datang..muahaha~~
Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
oh!..tidak..itu yang paling last kot..sebab utama saya pilih kerana pengetahuan agmanya lebih  dari saya..dengan itu insyallah ciri yang lain akan nampak sempurna dimata saya.=)

Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?

kan dah kata.saya suka tengok mata..huhu

Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?

setuju!..sebab suka ada orang masakkan..eh!!hehe..entahla xbape reti nak jawab soalan ni..haha.

Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda .. 

x jugak la..x berapa setuju..(pendek aje jawapan,jangan potong markah saya Ben!!..hehe)

Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..

berangan boleh la.sebab kan dah kata single aje lagi.saya bercinta dengan buku aje dulu..hehe..jap nak berangan.hehe~lelaki idaman saya..pertama,kalau boleh kena terima seadanya saya..sudi dengar saya mahu cerita walaupun kadang-kadang terlebih bercerita..haha..boleh buat saya tersenyum. boleh jadik telinga untuk saya berkonsi rasa.boleh jadik bahu untuk saya bersedih.dan sentiasa ada untuk saya bila saya memerlukan.dan saya jugak akan selamanya sudik untuk buat itu semua untuk si dia..@_@

Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ? 

takde pasangan lagi!!~yang ada buku Marketing Research pasangan yang sesuai dengan saya sekarang..
^.^

Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ? 

syukur apa adanya.tapi,dalam proses mahu kurus..hehe

Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?

 perlu jugak.tapi,kalau dah punya pasangan itu,perlu terima apa adanya pasangan anda.setakat tubuh badan apalah sangat,yang penting hati..=)

Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..

hehe..tgok iklan macam tipu aje..hehe..try tanya Dr.Rozmey la..^.^

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-