Thursday, May 31, 2012

Erti Kehidupan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Sebenarnya kan,hidup ini satu anugerah.dalam erti kata sebenar,ialah satu HADIAH.ya! hadiah daripada pencipta kita kepada diri kita ini.

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu sebaik-baik penciptaan" At-Tin Ayat 4.



Tidakkan kita terfikir seandainya kita dicipta menjadi batu.rasa-rasanya apa yang kita akan lakukan?atau kita ditakdirkan menjadi ayam.yang hanya menunggu masa untuk disembelih,apakah yang kita akan rasa?

Tidak ramai yang mahu berfikir sehingga sejauh ini.sebab itu mereka yang tidak mahu berfikir akan melakukan sesuatu yang sia-sia dalam hidup.sesungguhnya penciptaan kita dibumi ini,bukanlah sesuatu yang sia-sia.bukanlah sesuatu yang main-main.kita diptakan bersebab bukan saja-saja.



 ”Maka apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja)? Dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ?“. – Surah al-Mu’minun, ayat 115 


"Tidakkah Allah yang menciptakan makhluk itu tidak mengetahui segala-galanya? Dan Dia Maha Halus,Maha Mengetahui" Al-Mulk Ayat 14



Sebenarnya hidup ini perlu dihargai dengan perkara yang bermanfaat.bukannya perlu dilempar jauh-jauh begitu sahaja.

Tetapi,kenapa manusia sendiri sukar merasakannya?

Mungkin juga kerana tidak sedar dengan 3 perkara penting ini iaitu:

  • Dari mana kita datang?
  • Kenapa kita didatangkan?
  • Kemana kita akan pergi?



Mari kita bertanya pada diri kita tentang soalan ini.Hakikatnya,inilah soalan asas untuk kita memahami erti kehidupan kita dan merasakan bahawa peluang kita dihidupkan ini satu anugerah,iaitu hadiah daripada Allah Swt.



Persoalannya,adakah kita cuba mengenal diri kita?

Mari kita sama-sama menelaah 3 soalan tadi..

Semoga kita akan temui hikmah-Nya...

Sekian.


Nota aku:
Perkongsian dari Buku Langit Ilahi-Tuhan Tidak Lupakan Kita by: Hilal Asyraf..



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, May 30, 2012

#Wordless Wednesday







-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Perlukan pertukaran hati?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Apabila hati gelisah,tidak kiralah masalah apa sekalipun.hendaklah kita kembali kepada "pemilik" ketenangan, itulah Allah yang membolak-balikkan hati kita dan menguasai segalanya.

'Ketahuilah,dengan mengingati Allah hati akan menjadik tenang"

mudah bukan?Itulah firman Allah yang selalu memujuk kita,yang selalu ingatkan kita.tapi,kita juga yang seringkali melupakan-Nya.



Itu formula untuk dapatkan hati yang tenang.disaat aku sendiri rasa tidak tenang,rasa tidak bahagia dengan hidup ini.rasa gelisah yang tidak menentu.cuba recheck,dimana Allah dihati kita?




Itu sahaja.mudah.tapi,mahu menggapai,mencari semula hati tenang itu sangat sulit jika tidak disertakan dengan niat yang tinggi dan kuat untuk mencari keredhaan Allah.bukankah hidup ini,apa yang kita lakukan dalam hidup ini semata-mata mahu mencari redha Allah?

kegelisahan hati,ketidakbahagiaan dalam hidup ini dapat kita jauhi melalui:

  1. pergi ketempat yang menenangkan jiwa.Contoh: masjid,majlis ceramah agama.
  2. duduk bersama sahabat yang baik.dalam erti kata sebenar ialah sahabat yang sama jantina.
  3. melaksanakan ibadah diwaktu malam.contohnya: bangun qiamulail.

Menurut Ibnu Mas'ud cara-cara untuk menghindarkan rasa gelisah ialah melalui bawalah hati pada 3 tempat iaitu:
  1. ditempat orang yang sedang membaca al-Quran.tidak kiralah samaada kita yang mengikut membacanya ataupun kita sekadar mendengarnya sahaja.
  2. menghadiri majlis ilmu yang dapat ingatkan kita tentang Allah.
  3. mencari satu waktu yang sunyi.dan beribadatlah,memohon pada Allah agar diberi ketenangan dan kedamaian hati.
Jika selepas itu,masih juga rasa tidak tenang,mintalah hati yang baru dari Allah.kerana hati yang kamu miliki sekarang,bukanlah hatimu.




Lihat sahaja,itulah cara-cara nak hilangkan kegelisahan menurut Ibnu Mas'ud. Ini menujukkan betapa pentingnya hati yang tenang kepada orang muslim.sampaikan perlu meminta ditukarkan kepada hati baru..Masyallah!.tersangatlah penting sebenarnya setiap muslim itu memiliki hati yang tenang.

Ketenangan itu adalah satu nikmat yang patut kita hargai..

Bagaimana kita?

Adakah kita berusaha menghindar kegelisahan dan menjemput ketenangan untuk datang?

Atau kita yakin hati kita sentiasa tenang?

Atau hati kita sudah tiada kepekaan dalam mengesan satu peringatan?

Perlukan pertukaran hati?

Mintalah kepada "PEMILIK" ketenangan..

Sungguh Allah Maha Malu untuk menolak doa hamba-Nya yang bersungguh-sungguh memohon doa dari-Nya.



"Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"


nota aku:
bermula entry ini dan Inshallah post selepas ini untuk sepanjang Jun.aku akan mengolah dan berkongsi sedikit tentang buku yang dipinjamkan oleh Aufa Najihah untuk aku,iaitu "Langit Ilahi-Tuhan Tidak Pernah Lupakan Kita" yang dikarang oleh Hilal Asyraf..sekian..



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, May 28, 2012

saya tetap akan pilih bahagia.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Ya ALLAH! Berikan aku bahagia yang sebenar-benarnya untuk jiwaku ini sebelum aku menutup mata untuk selama-lamanya~

Actually,very deep from my heart always pray this..for persuade my heart...=)


ada kawan aku kata,mereka cemburu dengan orang yang bahagia.tapi,aku tegaskan bahawa semua orang akan dapat bahagia itu.tapi,dengan cara berbeza..mengertikah? jangan bandingkan dengan kebahagiaan orang lain.


ingatlah! bahawa Allah akan berikan bahagia itu dengan cara berbeza. seperti mana Allah ciptakan wajah kita, perangai kita berbeza. Allah juga mampu datangkan bahagia juga dengan cara berbeza.mengertikah?tapi,aku yakin setiap orang berhak bahagia.


kadangkala aku renungi diriku,begitu banyak nikmat yang KAU beri,tapi aku masih lagi tidak bersyukur.

Allah, tak pernah sekalipun dalam hidup ni aku cuba bahagiakan diri-Mu. Hanya Engkau sahaja tidak putus-putus mengabulkan doa-doa supaya aku rasa bahagia dalam menjalani hidup. Allah :(  (Rusydee Artz)






Pilih bahagia..
sebab..bahagia  adalah cara untuk kita terus berfikiran positif........
takkan mengalah..takkan putus asa untuk mencari bahagia itu...
walaupun menanti lama..
tetap akan pilih bahagia....tetap akan gembira
tetap akan senyum.....
hati?
                         fikirlah cara untuk memujuk hati sendiri dalam mencapai bahagia itu.

                                                            cc: diary anugerah terindah





saya akan tetap pilih bahagia walaupun masih ada halangan untuk saya mencapai bahagia.
~
saya takmau pilih kesedihan sepanjang perjalanan hidup saya...
Dunia ini tak layak untuk ditangisi untuk sesuatu yang sia-sia.~sekian.





-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

The Appreaciation Night: World Of Cartoon.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


berakhir sudah dinner yang berlangsung di Edc,UUM pada 27 Mei. Anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) PROTON.majlis ini sempena meraikan pelajar semester akhir dan jugak malam anugerah bagi yang selayaknya..hihi.best sangat!.sebab tema kartun.walaupun kami tak mengikut tema..aihh! mana nak cari baju kan? so,aku dan kawan-kawan memang sepakat pakai baju biasa ajee..heee~last minute petang tadi,aku teringatkan Ana Muslim.so,itu pun kartun.haa,amek kau..jadik pink lah aku sket.walaupun tak menjadi kartun..haha~pakai aje mane baju yang ada dalam loker..ehh!=P


ohhh!


 ya.ini kami,duk meja nombor 13..hihi~


lepas itu ada persembahan cinderella tau..


yang paling membuatkan aku teruja ialah,pengarah terbaik bagi projek DPP Proton sepanjang 2011,dimenangi oleh Net. pengarah Bakti Siswa Kemboja..u know,projek apa? ala..projek yang aku pergi Baksis Kemboja tahun lepas..Alhamdullilah~



untuk kali keduanya, diumumkan pulak,projek antarabangsa yang terbaik sepanjang 2011, dimenangi oleh Program Bakti Siswa Kemboja...wahhhhhhhhhhh!!! aku memang seronok,syukur Ya Rabb~~=))


aku suka dengan Background tuhh..~=)


aku sukeee dia punya style..haha!comell..~
kan jadik cartoon jugak kan?hee~


ecehh! posing jap dengan sijil anugerah ini..=)..haa,dinner ini pun ada diumumkan Queen & King! tapi,aku prefer tak upload gambar itu..biarlah menjadik simpanan aje..heee~actually,banyak lagi yang jadik kartun.jadik cinderella pun ada,batman,angry bird...tapi,aku tak mampu ada gambar dengan mereka..T.T.



gambar tak jadik..=_=


orang ini buat gimik aje masa majlis tadi..=_=


persembahan tarian dari Haizad.aku rasa badannya sangat lembut..huhu~ bolehh aje menari dengan lemah gemalai..hee~ haa,itu aje lah kot!..tak larat upload banyak-banyak gambar..hihi~

nota aku:
haaa..aku rasa bahagia aje takda FB tuh,takdalah emosi aku terganggu lagi..wink!.okei.sekian~



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, May 27, 2012

Orang yang berubah ialah orang yang hebat.



 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Begitu banyak halangan.ye! kekuatan itu diperlukan untuk berubah.here, i share story from blog
Atikaah Madiah..nice story from her.Just read this: 




Perubahan diri..itu yang perlu. Satu penghijrahan dalam diri.
Saya dapat rasa diri saya berubah..
Nak berubah bukan suatu perkara mudah, tapi perlukan 1001 kekuatan. Betul kan? Orang yang berubah ialah orang yang hebat. Mereka dah tau pasti akan ada 1001 halangan dan dugaan yang menanti mereka di hadapan. Namun, apa yang menguatkan kita? Hanya lah berfikir bahawa Allah sentiasa ada bersama (^^,)


Kenangan lalu

Dulu, penampilan saya memang berbeza daripada sekarang. Saya bukan lah seorang yang pakai tudung besar, masih pakai tudung yang jarang, pendek. Bila keluar, tak pakai sarung kaki. Kesimpulannya : Hanya pakai tudung, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Mungkin waktu tu saya tak sedar, walaupun belajar di sekolah agama, mungkin kesedaran tu masih tak wujud dalam diri. (Semua tu kenangan lalu, saje nak share =.= ) 

Ada seorang kawan yang muncul dalam hidup saya, dia yang telah mengubah penampilan dan diri saya. Pada mulanya, saya susah nak terima. Lama-kelamaan..saya sedar dan makin sedar. Akhirnya saya berubah. Berubah bukan kerana dia tetapi saya ikhlaskan diri dan saya percaya bahawa semua ini adalah atas perintah Allah. 

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Semoga Allah memberkati hidupmu sentiasa :')



Hari ini

 
Ni bukan saya..ambil dari google je :)

Bukan nak mengaku diri lebih baik daripada orang lain dengan berpenampilan sedemikian rupa. Tapi, saya bersyukur kerana saya mampu berubah. Biarlah perubahan itu hanya sedikit, yang penting kita berubah dan biarlah kita mampu mempertahankan apa yang kita perjuangkan itu. Bukankah lebih baik kita berubah walaupun sedikit berbanding daripada tetap berada di takuk yang lama sahaja? Pastikan dalam hidup kita, setiap hari kita berubah menjadi yang lebih baik, jangan pernah berhenti kerana kita sentiasa perlu berubah!! Kuantiti bukan menjadi ukuran, apa yang penting ialah kualiti. Biar sikit, asalkan istiqamah. 

Kenapa mesti bertudung besar?!

Tudung kecil atau besar, bukan lah satu nilaian utama kepada diri seseorang. Tapi, kadang kala ia juga menjadi satu penilaian orang lain kepada diri kita (jangan pening baca ayat ni.hehe). Bukan tudung yang dinilai, tapi sejauh mana aurat itu ditutup. Mungkin ada sesetengah wanita, hanya dengan memakai tudung besar, auratnya akan tertutup dengan sempurna dan mungkin ada sesetengah yang hanya pakai tudung biasa je, aurat dah sempurna ditutup.

Analogi 

Saya pernah terbaca..pakai tudung besar dianalogikan dengan memakai seat-belt (tali pinggang keledar).

Kenapa kita kena pakai seat belt?
Peraturan jalan raya, kalau tak..kena denda.

Tak rimas ke?
Untuk keselamatan, kena la pakai.

Boleh kan kalau tak pakai? Sebab tak berdosa pun..
Boleh je..tapi untuk keselamatan, pakai la. Kalau tak pakai, tak dapat dosa.

Tak payah pakai, kita bawak kereta berhati-hati. Konfirm tak kan eksiden..
Boleh jamin ke, kita dah berhati-hati..tapi takut orang lain pula yang langgar kita. Kita sendiri tak dapat nak jangka, lain orang..lain ragamnya. 

Kalau pakai pun, eksiden mungkin boleh terjadi jugak kan? 
Memang la..tapi, sekurang-kurangnya tidak lah secedera kalau tak pakai.

Ayat rekaan sendiri, tapi isi nak disampaikan tu mungkin sama :) Mungkin ada yang dah dapat tangkap, mungkin ada yang belum. Ok, saya cuba jelaskan..


Kenapa kena pakai tudung besar? 
Salah satu saranan Allah dalam surah al-Ahzab (33:59)

Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

melabuhkan pakaian termasuklah tudung juga kan..pakai yang labuh-labuh lagi baik.


Tak rimas ke?
Memang la kadang-kadang agak rimas, tapi untuk keselamatan. Lebih baik kita pakai. Lagipun, niatkan kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan..biar panas di dunia, jangan panas di akhirat. Tak sanggup.

Boleh kan kalau tak pakai? Sebab tak berdosa pun..
Yang penting ialah menutup aurat, namun digalakkan untuk melabuhkan pakaian.

Tak payah la pakai, tudung kecik pun tutup aurat. Orang lelaki pun tak kan ganggu..
Kita sendiri pun tak dapat nak jamin, tak dapat jangka. Tudung besar tu lebih kepada menjaga keselamatan diri sebab lebih banyak anggota atau bentuk tubuh badan yang ditutup. 

Kalau pakai tudung besar, konfirm ke tak kena ganggu dengan lelaki?
Pastikan tudung dan pakaian yang kita pakai, meskipun besar..tidak menjadi tarikan kepada kaum lelaki. Kita cuba sehabis baik untuk menjaga diri sebab kita tak tau apa yang bermain dalam fikiran lelaki yang ber"hidung belang" kat luar sana. Mungkin jika diganggu pun, tidak seteruk mereka yang tidak menutup anggota badannya dengan lebih sempurna. 

 

Mungkin dulu tudung sikat, sekarang dah jadi labuh. Mungkin dulu kainnya jarang, sekarang dah jadi tebal. Bukan masalah tudung, tapi aurat. Mungkin juga dulu baju ketat, sekarang dah jadi longgar. Mungkin dulu baju kecik, sekarang dah jadi besar. Bukankah itu satu perubahan? Yang penting, kita sanggup berubah dan tetap lah beristiqamah pada jalanNya. Alhamdulillah, ramai artis yang mula bertudung, kita doakan semoga mereka berterusan dalam kebaikan. 

Nak berubah atau tidak? Tanya diri sendiri. Kata kunci nya, berubah!!

P/s : 
Tidak berniat untuk memperlekehkan sesiapa, tidak berniat nak cakap mana yang lebih baik. Cuma nak ajak kawan-kawan sama-sama berfikir untuk kebaikan masing-masing..itu je c: Saya sendiri nak pastikan diri saya sentiasa berubah menjadi yang lebih baik, bukan mudah nak "berperang" dengan diri sendiri kan~





-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Dalam Erti Kata Sebenar.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.






"Mereka  yang menyayangimu, tidak akan membiarkan kamu terus tersesat. Mereka yang mencintaimu tidak akan terus membawa mu ke Neraka." 


Sincerly: Me.=)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Bolehkah Lelaki Dan Wanita Bersahabat?



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.




PERGAULAN DAN PERSAHABATAN
Islam tidak menyekat manusia untuk maju. Bermakna, Islam juga tidak menyekat manusia bertindak atau melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan mereka maju. Antara cara manusia maju adalah dengan bekerja, terlibat dengan bisnes, mendekati masyarakat dan sebagainya.
Secara dasarnya, kedua-dua lelaki dan wanita tidak disekat untuk memajukan diri mereka dalam apa sahaja aspek yang mereka ceburi. Tidak ada istilah hanya lelaki boleh maju, wanita perlu duduk di rumah. Islam itu prinsipnya bukan menyekat, sebaliknya memberi saluran dan alternatif.
Apabila manusia bergerak untuk maju, mereka akan bertemu dalam lapangan-lapangan tertentu. Seumpama kehidupan di kampus, kerja di pejabat mahupun turun memberi sumbangan pada masyarakat. Manusia yang bertemu ini, bukan hanya sesama jantina sebaliknya lelaki pasti akan bertemu wanita, dan wanita pula akan bertemu lelaki.
Islam tidak menghalang perkara tersebut.

Tidak haram lelaki bertemu wanita dalam satu-satu lapangan kerja, begitu juga wanita tidak haram bertemu lelaki. Mereka boleh berhubung, bergaul dan bekerja bersama-sama.
Cuma, Islam menyalurkan manusia dengan etika yang betul. Etika inilah yang akan menjadikan pergaulan serta perhubungan tadi selamat, bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat. Antara etika yang Islam tetapkan adalah menjaga pandangan.




Dan bab menjaga pandangan ini cukup teliti dan panjang untuk diulas. Apa yang penting, tersirat satu hikmah besar di sebalik arahan Allah supaya lelaki jangan pandang wanita dan wanita jangan pandang lelaki.
Habis tu, lelaki kena jalan pandang bawah je la?
Bukan.
Menundukkan pandangan maksudnya jangan pandang tanpa ada keperluan untuk pandang. Jangan pandang dengan nafsu. Jangan pandang dengan keinginan tertentu. Jangan pandang tempat-tempat tertentu.
Jangan dan jangan ini, untuk kebaikan manusia sendiri. Apabila suka pandang, dari mata jatuhlah ke hati. Salah. Dari mata jatuhlah ke NAFSU. Timbullah keinginan-keinginan tertentu. Akhirnya bila bertemu jalan buntu, zinalah menjadi jalan keluar paling mudah.
Itu baru satu etika.
Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk patuh dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Antara lain :
1. Jangan berdua-duaan
2. Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah
3. Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan
4. Jangan bermain soal hati
5. Jangan bergaul dengan lawan jantina, seperti bergaul sesama jantina
6. Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh ‘open’
7. Jangan bersubahat dalam perkara maksiat
8. Dan banyak lagi ‘jangan’ yang lain.
 
JADI, BOLEHKAH BERSAHABAT LELAKI DAN WANITA?
Sebelum dijawab, saya kira ada sedikit beza antara istilah ‘sahabat’ dan ‘kawan’ pada pengertian umum. Kawan atau rakan atau kenalan, sifatnya tidak terlalu rapat. Tapi istilah ‘sahabat’ menampakkan keakraban dan mungkin juga kemesraan.
Tak mengapa, itu isu istilah. Kita tidak mahu berbicara tentang istilah, tetapi mahu memfokuskan kepada apa yang diistilahkan. Kaedah Fiqh menyebut : ” Hukum dikira kepada apa yang dinamakan, bukannya pada nama “. Maknanya, kalau arak ditukar nama menjadi soya sekalipun, hukumnya tetap haram.
Begitu juga bab bersahabat atau berkawan dengan berlainan jantina.

Mudahnya, mari kita sama-sama fahami prinsip asas yang digariskan Islam :
1. Lelaki dan wanita berbeza ciptaannya. Bersentuh tangan atau duduk dekat-dekat sesama jantina, tidak sama dengan bersentuh tangan atau duduk rapat-rapat dengan beza jantina. Ada ‘cas’ tertentu yang akan mengalir. Oleh itu, Islam sama sekali mengharamkan sentuh menyentuh, pegang memegang, tepuk menepuk, dakap mendakap dan yang sewaktu dengannya oleh manusia yang berbeza jantina – kecuali setelah berkahwin.
2. Bersahabat mesti ada tujuan. Dan tujuan yang dibenarkan dalam Islam adalah tujuan yang membawa kepada Al-Birr (kebaikan) dan At-Taqwa (ketaqwaan). Sebagaimana Firman Allah ta’ala dalam Surah Al-Maaidah :

” dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan , dan janganlah kamu sekalian bertolog-tolong dalam perkara maksiat dan permusuhan “
Jadi, kalau bersahabat atas dasar taqwa dan kebaikan, caranya juga mestilah ada ciri-ciri orang bertaqwa dan orang yang membawa kebaikan. Orang bertaqwa tidak akan sembrono sahaja bergaul dengan bukan mahramnya. Dia pasti akan memelihara adab dan sahsiahnya. Begitu juga, tujuan yang sama-sama diusahakan juga tentulah yang menuju kepada Allah, seumpama dalam satu team dakwah, program untuk masyarakat dan sebagainya.
3. Batasan sesama bukan mahram. Atas nama apa sekalipun, jika hakikatnya mereka bukan mahram, maka hukumnya tetap haram jika batasan pergaulan dilanggar. Bermakna, walaupun kita ada sahabat / sahabiah berbeza jantina, tidak bermakna mereka boleh sampai ke tahap saudara kandung kita. Prinsipnya tetap sama. Justeru, selagi batas perhubungan sesama bukan mahram tidak dilanggar, maka persahabatan itu tidak salah.
ATAS NAMA KAWAN / SAHABAT?
Mereka keluar berdua, makan-makan dan melepak atas bukit. Ambil angin katanya. Bila ditanya, mereka jawab : ” kami hanya kawan biasa. Kebetulan dia ada masalah, nak cari tempat meluah, jadi saya luangkan masa. Lagipun, kami masing-masing dah berpunya “.
Sila ambil perhatian. Bercouple itu menjadi haram bukan kerana namanya couple atau semata kerana isu ‘aku cinta kau, kau cinta aku’. Couple menjadi haram dek kerana wujudnya gejala berdua-duaan, bercakap dari hati ke hati tanpa had batasan dan sebagainya. Jadi, jika berlaku elemen-elemen tersebut, tidak kiralah namanya ‘kawan’ , ‘sahabat’ ataupun ‘couple’ , hukumnya tetap adalah haram. Ia termasuk dalam kategori khalwat dan mukaddimah zina.Ada lagi contoh situasi lain.


Si lelaki aktif dalam sesuatu pertubuhan. Ada kenalan ataupun sahabat wanita dalam pertubuhan yang sama. Mereka ramai, bekerja dan bergerak bersama. Tetapi dalam diam-diam, si lelaki suka ‘mengadu masalah dari hati ke hati’ dengan salah seorang kawan atau sahabat wanitanya. Hampir setiap malam bergayut di telefon. Bila ditegur, katanya ; saya mengadu kepada sahabat saya. Soalnya, mengapa sedemikian ramai sahabat sama jantina yang ada, sahabat lain jantina juga yang dicari?

Kalau jawabnya ; yang wanita lebih memahami, saya selesa mengadu kat dia, dan kadang-kadang dia pun mengadu kat saya – maka jatuh hukum haram, kerana wujudnya elemen mukaddimah zina dan ‘khalwat’ dalam telefon. Apatah lagi tujuannya langsung tidak ada ciri-ciri Taqwa.

BAGAIMANA YANG BOLEH?
Cuba lihat di mana anda berada.
Kalau dalam situasi anda di kampus, anda tentu punya rakan sekuliah atau sepersatuan. Mungkin terlibat dalam program, kerja bersama dan sebagainya. Maka anda boleh saja menganggap ‘muslimin itu sahabat saya’ atau ‘muslimat itu sahabiah saya’. Bahkan ia berpahala kiranya disandarkan kepada firman Allah : Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.
Tetapi, menganggap mereka sebagai sahabat atau sahabiah, tidak bermakna kita boleh ‘masuk’ ke dalam kehidupan mereka seperti kita masuk ke dalam kehidupan sesama kita. Maka, undang-undang pergaulan sangatlah perlu untuk dijaga.
Kalau dalam contoh bekerja pula. Katakan kita sebagai wanita, dan ketua kita adalah lelaki. Masing-masing boleh menganggap sesama sendiri sebagai sahabat. Tetapi jika berhubung, perbincangan hanyalah tentang hal-hal kerja sahaja. Selagi mana topiknya tidak tersasar, ia tidak menjadikan kita salah. Kita akan mula menjadi salah, apabila topik sedikit demi sedikit beralih dari hal kerja kepada hal peribadi, dari satu jam kepada berjam-jam, dari menaip kepada bergayut dan sebagainya.
Justeru, yang boleh tetap boleh, selagi mana tidak diresapi unsur-unsur yang menjadikannya sebagai tidak boleh.
KESIMPULAN
Sebagai mukmin yang membawa Islam sebagai cara hidup, lelaki mahupun wanita tidak sewajarnya membuka ruang fitnah kepada Islam hanya kerana sikap masing-masing. Kadang-kadang, ada wanita yang kononnya terlalu ‘menjaga perhubungan’ sehingga pergaulannya dengan lelaki – meskipun dalam hal-hal kerja – menjadi begitu sempit, tertutup dan menyusahkan.
Wanita jenis itu, ada isu yang panjang juga jika saya mahu ulas. Mungkin di entri lain.
Untuk kali ini, saya kira cukup untuk menjelaskan kekeliruan dan menampakkan jalan kepada kita, bolehkah lelaki dan wanita bersahabat? Anda ada jawapannya.
 Sekian.

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-