Sunday, January 1, 2012

Angan-angan awal tahunku.


Assalamualaikum wbt,
okei.pertama sekali selamat melalui hari baru ye pada tahun baru ini.malas la nak buat entry azam-azam ni.dah buat kan sebelum ini.aku nak cerita satu cerita yang berlaku semalam.haha.act,semalam masa selepas solat Maghrib kat Masjid Sultan Badlishah sementara tunggu Isyak,ada la seorang jemaah ini,seorang kakak masuk bersama 2 orang anaknya umur lebih kurang 3 tahun dan baby 4 bulan.sangat comel.so,ape lagi,pergilah main dengan baby tuh bersama kawan-kawan aku.



sangat comel anaknya yang umur 3 tahun,dahla ikut sekali maknya solat walaupun takda betul pun.alah,okei apa nak mendidik dari kecik dengan jiwa solat kan?comel sangat dia pakai telekung solat.

aku;eeii comelnya budak nie.dahla kecik-kecik dah ajar pakai tudung,solat pulak tuh.
kawan:haahla,syafa nanti kau ada anak,hantar la anak kau kat Taska Abim.
aku:ha?ape tuh.
kawan:Taska yang ajar budak-budak agama.anak sedara aku 3 tahun dah ingat semua doa.walaupun pelat sket.
aku;ha,okeilah tuh.masa kecik ni lah nak ajar semua tuh.

dalam kepala,imaginasi dah tinggi.okei,ada anak nanti nak kena hantar taska Abim.tapi,kat terengganu ade ke?eh!konpem ke duk terengganu akan datang?haha.tak kesahla mana-mana janji didikan itu ada..wahhh!(berangan ye)..boleh pulak kan?dalam masjid pulak tuh.betol la.dalam kepala aku ini macam-macam dah ada planning.



salah ke?haha.tak kot.i kan dah masuk 22 kan hari ini..hihi..nanti dah kawen,nak cakap kat husband macamnie.

aku:hubby,nanti kita solat jemaah ea.boleh qiyam sama-sama,baru berkat rumahtangga  kita.kalau kita free,kita pergilah masjid jemaah sama-sama kat sana.
suami:opkos la honey.itu dah menjadik tanggungjawab kita nak cari keredhaan Allah dalam rumahtangga kita..
aku:betol sangat dah tuh.kalau tak sekarang bila lagi kan?.honey ikot aje hubby asalkan hubby bawa honey kejalan yang betul k,takmau konsert-konsert.kan syurga isteri bawah tapak kaki suami.
suami:ye sayang..takkan la hubby nak wat camtuh.terima kasih ingatkan hubby.bertuah hubby dapat honey taw..


gelinya wat contoh ini..haha..eceh!..berangan ye..korang apa tau aku punya angan-angan.eh!..tak kesahla pun.aku punya angan-angan ini sampaikan aku rasa macam dah boleh kawen kot.eceh!.tapi,takkan semudah itulah.banyak menda lagi nak belajar.teringat satu kisah .




kawan:syafa,nanti aku ada anak kan,nak suruh anak panggi aku ibu.kau?
aku:haha.best jugak je ibu,tapi aku nak jadik umi dengan abi untuk husband aku.
kawan:aku nak ayah dengan ibu lah kalao macam tuh.rasa keibuan sket.
aku:kalo umi,rasa kesolehan sket..haha~



ha..see!!mana nya aku sorang berangan,kawan aku lagi ramai kot.yang siap planning baju kawen pun ada,majlis kawennya..haha~menggedik aje semua.haha~penatlah aku nak menaip.banyak kelebihan kalau dah berkahwin ini,antaranya ialah:

1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya

Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya

2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw “Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah.”

3. Menghindari larangan agama.
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.




4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW.
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya.

5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW.
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw “Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.

6. Mengelakkan maksiat.
“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”
nota aku:
wahh!..musim-musim final exam boleh lagi ke wat entry macamnie..okei! bertaubat skang.=)




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

4 comments:

نورعيم said...

adoiii, angan2 kita sama pulak! haha.

reenapple said...

erk... jauhnya angan-angan awak...

papepom saya doakan yang terbaik untuk awak.. t bina "masjid" jangan lupa hantar kad undangan yerk..=)

cikpuanhady said...

angan-angan tak salah, nak2 benda yang elok..selamat tahun 2012..

Teman setia Ketenangan (TSK) said...

syafa....jom kwen......tapi nk kwen dgn sapa...hahhaha...dh 22 thun ek kita...hampir ke angka 25....huhu cm xcaya je..makin berumur