Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
"Nampak 'happy' bahagia memanjang, tak pernah rasa 'down'
atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah
stress?"
Itulah antara soalan yang sering ditanya
kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa.
Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini
kita tak pernah langsung rasa sedih, 'down', kecewa,
'frust', stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya
lihat kepada kehidupan saya selama 23 tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk
kecewa atau 'frust' atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya,
tapi itulah hakikatnya.
Setiap kali jatuh, kita tak pernah
keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita.
Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, 'frust' atau
pun kesedihan. Seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi
ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan'nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan.
Apa kata kita jadikan mereka inspirasi?
Saat-saat begini, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita
menerima dan cara kita 'deal' dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. Takkan nak terus
hanyut dengan kejatuhan? Nak terus hilang saat kekecewaan?
Antara apa yang termampu dan boleh saya
kongsi ialah:
1) Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. Jauhi
tanggapan negatif. Susah? Ya, tapi sedarlah kita sendiri tidak sempurna
semuanya.
2) Senyum
sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari
itu. Susah? Saat pertama kali buka mata pada pagi hari, ucapkan Alhamdulillah
dan senyumlah kepadaNya, yang masih sudi memberi kita nyawa dan kehidupan.
3) Sentiasa
menerima apa jua dengan hati yang terbuka.
Masalah, kritikan mahupun pujian. Susah? Terimalah setiap kritikan demi memperbaiki
diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab dan amanah yang
diharapkan dan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik.
4) Ketepikan
memikirkan perkara yang remeh dan kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam
kehidupan kita. Susah? Tidak, kurangkan mengambil tahu perkara yang tidak
membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi perkara yang kadang-kadang
hanya mempunyai unsur negatif dan aib.
5) Memilih
untuk membaca/melihat/menonton bahan yang positif dan
berunsurkan ilmiah. Susah? Tidak. Paling mudah, mulakan dengan 'follow' mereka
yang berkata-kata dengan kualiti dan baik seperti di Twitter.
Sekurang-kurangnya, setiap kali membaca memberi kesan dan ingatan kepada kita.
6) Bergaul
dengan mereka yang sentiasa positif dan
sentiasa berkata serta beramal baik. Susah? Nanti tak ramai kawan? Tidak.
Berkawanlah seramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik dan betul daripada
mereka itu rujukan. Berpegang teguhlah kepada prinsip diri sendiri dalam
berkawan.
7) Lupakan
mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelaskan kebaikan sesuatu. Susah? Sebab sentiasa nampak
semua orang salah dan kita betul? Lihat dan cermin kembali diri kita. Jangan
mudah rasa diri cukup sempurna dan sentiasa betul.
8) Memberi
sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan
ajaran Islam dan jauhilah walau sekelumit pun perasaan kurang senang ataupun
dengki. Susah? Nanti dia lagi berjaya? Bukankah setiap rezeki kita sudah
ditentukanNya? Berusaha dan motivasikan diri sendiri untuk mencapai sesuatu.
9) Sentiasa
mengamalkan gaya dan cara hidup yang betul dan positif. Jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah
ditetapkan. Susah? Ingat, setiap perkara yang kita lakukan sekarang, ialah tanggungjawab
kita kelak.
10) Sentiasa
tenang dalam membuat keputusan, fikirkan kesan akan
datang yang bakal menyusul daripada setiap tindakan kita. Perlu berani di dunia
maju? Ya, benar, tapi jangan sampai pada masa akan datang, sesuatu itu mampu
mengaibkan kita.
11) Jangan
takut untuk 'jatuh' dan
sentiasa melihat 'ke bawah'. Bersyukurlah. Apa jua yang kita hadapi hari ini,
walau sesukar mana pun, barangkali boleh menjadi impian buat orang lain.
12) Yang paling penting, sentiasa dekatkan hati denganNya. Sentiasa
ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalanNya
agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. Susah? Belum rasa 'rasa' itu?
Carilah Allah. DIA sedang menanti kita. DIA rindukan kita.
Sejujurnya bahagia yang ditemani ketenangan
itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup
membahagiakan. Tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah
SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha
dan berkat daripadaNya. Itulah erti bahagia yang sebenar.
Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku
ada hikmahnya juga mampu membuat kita terus tenang dan terus berjalan
meneruskan kehidupan untuk mencari redhaNya. Percayalah bahawa Allah telah
merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hambaNya. Dengan itu, apa jua
yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.
"Attach your heart to God and
you will never be let down." (Imam Zaid Shakir)
2 comments:
sy selalu rasa down kak, tp mbila tgk org lain lg teruk, rasa syukur sgt. sy down takde teruk sgt kalau nk compare dgn org lain.
kool sahaja...
Post a Comment