Assalamualaikum Wbt,
Di suatu masa dahulu, terdapat seorang
alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang
penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil
lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya
untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya
juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke
negara selatan Siam.
Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan
daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di
Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak
tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di
suraunya.
Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah
kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak
tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk
menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang
berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri.
Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid – murid alim ulamak tersebut kerana
semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak
membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.
Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim
ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai
bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah
berpuluh tahun belajar di Mekkah).
Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang
berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan
surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di
hadapannya lalu beliau telah bercerita :
Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang
pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka
menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya,
ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar
itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli
kibas daripadanya.. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas
tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap
kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar
daripada kandang!
Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala
kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk
pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia
mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum
kepada pengembala kibas tersebut.
Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di
laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya,
semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna
tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah
pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak - bahak kerana mereka
berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini
sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.
Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan
mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di
dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup
mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah
diterima Tuhan! Subhanallah!
Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk
menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus
menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada,
kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah – olah
kandang kibas tidak pernah wujud!
Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak
muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan
kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang
lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.
Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :
"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci.
Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."
(SurahAn-Najm : 32)
"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan
janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka
kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman 18)
1 comment:
moga kita mndpt
menafaat dr kisah ini ;)
Post a Comment