Friday, April 9, 2010

Adam..hati hawa terpaut padamu

Ya Allah..
Hanya padaMu tmpat ku mengadu..
Andainya,aku jatuh hati lagi pada kaum adam..
Berikanlah hatiku pada yang mampu membimbingku
Pada adam yang menyanjung hawa
Bukan adam yang menganggap hawa lemah..

Ya Rabbi
Andai ini dinamakan aku jatuh cinta
Peliharalah cintaku ini
Agar aku tak jatuh ke lembah hina
Ke lembah yang menjatuhkan darjat cinta

Ya Rahim
Andai hati si adam juga tepaut padaku
Kau jagailah hatinya
Supaya adam tetap berada di jalan dakwahMu
Bukan tersungkur disebabkan aku

Kau lindungkanlah si adam Ya Rabbi
Kerana aku yakin
Si adam sedang meneruskan perjuangan di atas jalanMu
Kau berikanlah si adam kesabaran dan kegigihan
Dalam mengharungi hidup yang berjihad kerana cintaMu

Ya Allah..
Sesungguhnya..hanya Engkau yang mengetahui isi hatiku dan si adam
Lindungilah hati kami Ya Allah..
Jangan seekali Kau izinkan kami jatuh
Jangan sesekali Kau izinkan kami alpa
Biarlah hati kami dijaga
Biarlah kami rasa terseksa
Biarlah kami rasa tak tertahan
Tapi..
Kau izinkanlah kami
Bersabar
Semata-mata untuk mencapai redhaMu
Ya Allah
Kau berilah kami kekuatan
Untuk menahan segala nafsu dan bisikan syaitan
Yang menjerumuskan kami ke jalan kehinaan..

Ya Karim..
Aku merayu kepadaMu,duhai Pencipta kami...
Amin ya Rabbalalamin..


..:P

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: