Assalamualaikum wbt,
satu malam tuh, aku duk online.tetibe rasa lapar, then pergi dapur macam dah takda apa nak dikunyah!.hehe..so, memang duk usha-usha apa yang nak dimakan aje.tetibe datang idea nak masak maggi..tapi,rasa macam tak elok untuk kesihatan pulak..hehe. then,pergi ruang tamu tengok kakak aku duk mengadap tv.pastu dia kata:
"masak maggi ke?"
"hmm,x jadikla.rasa x sihat kalo asyik makan maggi aje"
"makanlah nasik tuh"
"takda lauk pun!..nasi pun sikit aku tengok,ikan pun ada sedikit"
itulah aku, tak bersyukur dengan apa yang ada.boleh pulak memilih..=_=...wahai syafa!!aihhhh..(T_T)..kakak aku terus kata macamnie kat aku:
"Barangsiapa tidak bersyukur apa yang sedikit,jadik dia tak akan bersyukur dengan yang banyak"
hmm.malas nak mengomel panjang sambil mengiakan aje lah..lagipun,memang betul pun dia kata..hehe.so, makan aje apa yang ada.syukur!!=)
kadangkala aku ini susah nak syukur apa yang ada.mudah merungut.insyallah nak sangat mulut ini berhenti dari mengomel itu ini..huhu..Allah!..rupanya banyak sangat yang perlu aku syukuri, iaitu nikmat bernyawa sampai kesekarang, nikmat hidu bau, nikmat mendengar,nikmat melihat, nikmat bernafas..subhanallah! memang tak terungkap anugerah Allah berikan pada aku.
pernah suatu pagi,hidung aku tersumbat.sangat memeritkan,sehingga aku tak boleh bernafas dan berbau. sedih sangat masa tuh.(T_T).. lepas beberapa jam lepas tuh, baru la okey.alhamdullilah!..dapat bau semuanya.syukur ya Rabb! betul la orang kata, apa yang ada jarang nak disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan.
Jadi,aku nak ingatkan diri ini dan juga pengunjung blog aku supaya sering beryukur dengan setiap saat yang kita lalui. dan syukurilah kerana kita masih bernyawa hingga kesekarang dan dapat bangkit tidur seperti biasa.Sebenarnya,Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat sebelum terlambat. Jangan lupa amalkan doa bangun tidur ye sahabat!=)
Ya ALLAH! Percukupkanlah aku sebagaimana manusia.Amin.
Dalam urusan
DUNIA, jika kita BERKASUT pandanglah orang yang BERSELIPAR. Jika kita
berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM. Ia akan menjadikan kita
sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKI.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-