Tuesday, January 31, 2012

SURAT CINTA UNTUK....









Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah
tetap mencintai Allah dan RasulNya
di atas segalanya
kerana hanya cinta itu
yang dapat mengalahkan segalanya
cinta hakiki yang membuat manusia
melihat segalanya dari sudut pandangan
yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia
yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
Kerana perkara yang dilakukan
tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh
Merasa dibebani bahkan terpaksa
Untuk menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan
oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati
lalu dimanakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku
Dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih
di hadapanNya selain ketakwaan.
Padahal kita menyedari
bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati
namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai mati saat tiada getar ketika asma Allah disebut
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja
saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa
yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit
jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu
hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling
memberikan keindahan Islam
yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "







nota aku:kredit to Fb,=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, January 30, 2012

Sahabat, Kau Istimewa…


Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani. Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa. Namun, biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta. Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna. Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.





Tatkala berteman, jagalah tutur kata. Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga kan menukar 

rasa. Kita jangan samakan sahabat kita seperti kita. Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap 

simple, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh mengundang sedikit hampa.


Selami hati sahabat kita, sepertimana kita mahu dia memahami kita dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang 

tidak kita suka.Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya. Kerana 

dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela. 

Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang 

mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam.




Kau punya cara dan dia jua.Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana caranya yang 

sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain. Hormati caranya selagimana ia tidak menyalahi apa-

apa. Biarlah dia dengan sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yang 

kita suka. Atau biarlah dia dengan kegirangannya,dan kita boleh untuk tumpang ceria.


Dan, paling penting.. seorang sahabat tidak akan pernah membuka cerita tentangmu kepada teman-teman 

yang lain. Dalam erti kata lain, mengumpat! Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya dari menjadi buah 

mulut orang lain. Menegur tidak salah malah itulah tanda cinta.


Tapi, bagaimana caranya? Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka, dan bagitahu 

sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat. Bukannya kita mencari kesalahannya dan membuka sesi 

bual bertopikkan dia.


Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, itu tidak mengapa. Perindahkan cara supaya tiada hati

yang akan terluka. Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan, tetapi di hati 

menyimpan sesalan dan cemuhan.



Sahabat itu istimewa, 

kerana perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, berjauhan akan 


bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah, kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, 


dan insyaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah.



nota aku:
kredit to FB.=)







-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, January 29, 2012

Mencari KEBERKATAN dihari bahagia..

Assalamualaikum wbt,

sekarang banyak sangat majlis perkahwinan.maklumlah cuti kan?hee~.so,macam biasa bila aku tengok majlis kawen,aku suke wat kesimpulan aje.yelah,amik mane yang boleh diikut.tak kesah majlis tunang,akad nikah,majlis persandingan dan so on..




aku teringin bila adanya akad nikah,takmau mekap tebal-tebal.taknak baju ketat-ketat.sebabnya,aku kesian kat suami aku kena tanggung dosa aku..dahla jadik tatapan orang ramai.design baju akad nikah nak baju ala-ala jubah sket.sebab nak solat sunat selepas berkahwin dengan suami lepas tuh senang.nak nikah kat masjid..^_^



pastu,kalau mekap taknak kena cukur kening,taknak pakai bulu mata palsu..tak suke.haram plak tuh.kalau buat menda macam tuh,mana keberkatan dari Allah kan?nak cantik,tapi sebaiknya fikirkan jugak apa yang halal dan haram kan?



bersanding pun aku taknak..malu aihh..kalau nak jugak,untuk family aje..^__^...laahh,moga-moga dapat bakal suami yang tak DEMAND!..harap he will understand me..eceh!.pastu,taknak mewah-mewah.takut membazir,takut timbul riak dalam diri..ish!..mintak jauh..aku nak sesuai dengan pendapatan aku.biar sederhana,asalkan diberkati.=)




teringin dapat yang boleh sama-sama nasihat aku mengenal Allah.lagi indah..yeahh!..aku taknak suami aku jadik lelaki DAYUS.. aku nak yang boleh tegur aurat aku,boleh tegur mana silapnya aku..mungkin orang aku aku DEMAND,tapi memang kita perempuan perlu demand sebab nak memilih bakal imam,wanita perlu cerewet sket..=)




aku bukan nak sangat ustaz ke apa.tapi,cukuplah yang tau hal agama dan beramal dengannya kan?.lebih senang dalam bahasa mudah ialah kukuh asas fardhu Ain nya.yang mampu bimbing aku lagi kearah jalan yang diredhai-Nya..Amin...




disini aku kongsikan dari laman web INI,bagaimana nak tau dikategorikan beragama ini.:

Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama?
Sebenarnya ia amat mudah. Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.
Malangnya, ramai mengambil mudah frasa “fardhu ain.”
Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori. Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Ada juga yang tidak tahu dan sedang berusaha memperbaiki diri.
Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, “Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya.” [1] Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain.
Justeru, wujud masyarakat Islam yang bersolat, berpuasa, tetapi masih melakukan maksiat. Thats why laa ..
Jadi, buka mata kita. Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap.
Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w.



oh!..kalau itu yang aku inginkan,aku kena berubah jugak.ye,bagaimana aku sekarang itu yang penting kan?doakan aku dapat istiqamah pada jalan aku pilih sekarang..Amin.=)

kredit to INI

Antara ciri-ciri yang lain bagi calon isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.
“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya) , tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)
Dan mereka berkata (berdoa): “Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:
“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, cantik rupa parasnya, banyak hartanya, baik keturunannya atau kuat agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya..sumber SINI... 


Hatiku berbisik, "Aku tak mahu bf tapi mahu suami" .Once I fall in love..I'll give him all my love! 

“Wanita yang menawarkan diri sebagai isteri kepada lelaki yang baik bukan satu kecacatan sebaliknya tanda 

tinggi hasratnya kepada kebaikan” - Dr. Asri Zainul Abidin





Tetapi seandainya tiada jodoh antara kita, aku redha. Mungkin aku bukan yang terbaik untukmu. 
Aku pencari cinta tapi aku ingin mencari CINTA yang Hakiki dan biarlah ALLAH yang mencarikan cinta untuk aku kerana pilihan ALLAH adalah terbaik.Tapi ingatlah selalu : Bila melihat awak bahagia, itulah kebahagiaan saya :)




sebab rajin menaip sekarang,so banyak sumber aku gabungkan.=)..yelah,menda bermanfaat kan,untuk masa depan.sambil-sambil itu,masih memohon pada Pencipta yang Agung supaya memberikan yang terbaik untuk dunia & akhirat aku..mudah-mudahan..sekian..=)






-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, January 27, 2012

siapa yang lebih kita cinta?


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, January 26, 2012

bila kita berkawan dengan orang yang ada pakwe/makwe,kita rasa nak jadik macam diorang,nak ada jugak.supaya kita tak keseorangan.betul?

 assalamualaikum,

kalau kita berkawan dengan orang menjual minyak wangi,kita akan dapat wanginya.
kalau kita berkawan dengan pembuat besi,kita akan dapat percikan besinya..



pernah dengar kan?

ada kawan nak membawa kita ke syurga,
ada kawan nak membawa kita ke neraka.



setuju?

pentingnya dalam hidup kita memilih kawan yang terbaik.kawan banyak mempengaruhi hidup kita.yes! lebih lagi yang berjauhan dengan keluarga.yang tinggal diasrama ke.

bila kita berkawan dengan orang yang ada pakwe/makwe,kita rasa nak jadik macam diorang,nak ada jugak.supaya kita tak keseorangan.betul?



orang lain dating,kita tak dating.
orang lain sibuk bermesej manja dengan awek,kita takde.
orang lain sibuk berpegang tangan,tapi kita takde,
orang lain sibuk bermanja gelak ketawa dengan awek,kita takde.



perlu nak cemburu dengan semua itu?
perlu tak?

tak!..saya tak setuju.

buat apa jeles dengan orang yang lain.kita SINGLE sebab Allah sayang kita.lindung kita dari terjerumus kekancah maksiat.jangan cemburukan mereka sekeliling kita,fikirkan kemurkaan Allah,itu lagi penting.



   Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
                Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.



            Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

-hilal ayraf-

orang kata,kalau sayang kena buktikan?
kalau tak dating,tak cinta ke?
kalau tak manja-manja tak cinta ke?
kalau tak mesej tak cinta ke?
kalau jarakkan hubungan tak cinta ke?

kalau lelaki itu sayang makwe nya,takkan bawak kehulu,kehilir,
jagalah sket maruah wanita itu,
dahla bertudung,kesian pulak.

kalau lelaki itu sayang makwe nya,takkan sentuh segan silu makwenya depan khalayak ramai,
jagalah sket maruah wanita itu,
dahla bertudung,kesian pulak.


apa kata orang sekeliling?
apa kata syaitan sekeliling?mesti bersorakan gembira..
apa kata alam ini,tanah tempat kita berpijak,langit yang tempat kita junjung,mereka akan jadik saksi kita tau nanti.

tak takot ke?
maka,tindakan kita berubahlah,keluar dari kepompong kawan sekeliling kita,insyallah! bila kita mencari kawan yang baik.fikiran kita akan lebih terbuka tentang kebaikan.pilih kawan yang membawa kita jalan ke syurga,yang dapat ingatkan kita tentang Allah,tentang hidup ini..

berkawan dengan orang positif,maka positiflah kita,
berkawan dengan orang negatif fikirannya,maka negatiflah kita,



maka berubahlah!saya akui,semua manusia akan berubah kepada 2 keadaan iaitu kearah kebaikan dan kearah keburukan.

jika makin kearah kebaikan,doakan semoga istiqamah.
jika makin kearah keburukan,doakan moga kembali kepangkal jalan.


Antara faktor perubahan adalah:

1 - Ilmu.

2 - Suasana sekeliling.



Sebab itu, jika kita ingin berubah ke arah kebaikan, maka kita perlu menambah ilmu kita untuk memahami apakah sebenarnya kebaikan dan bagaimana untuk melakukan kebaikan.






Seterusnya, kita dudukkan diri kita dalam suasana yang soleh, bersama orang-orang yang soleh untuk membantu kita mudah melaksanakan kebaikan-kebaikan.-hilal asyraf-





Akhir kata,inilah perkongsian dari saya untuk semua.saya dapat idea ini masa kat Langkawi.ada lagi yang saya nak kongsikan.eceh!..insyallah!.panjang umur saya taip lagi..



Alhamdulillah. Kini aku tidak lagi bersendirian dalam mentarbiyah diri dan menggapai redha Ilahi 






-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-