Monday, January 9, 2012

hijrah sebuah cinta,hijrah paling manis buat semua


"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!






'Aku perlu meninggalkan dirinya kerna aku ingin mencari sesuatu, iaitu erti cinta yang lebih besar, dan aku akan pulang dari 'jalan pencarian' ini dengan membawa 'kejayaan' yang lebih hebat, lebih istimewa, lebih terutama, untuk cinta kita'  










Siapa yang perlu memulakannya? Kita yang perlu memulakannya. Sama ada kita yang perlu 'meninggalkan' dan terus melangkah berhijrah atau kita yang 'ditinggalkan'. Bagi yang 'ditinggalkan', adakah akan terus duduk tanpa bertindak? Atau mungkin merungut dan 'makan dalam', risau yang tidak pernah padam, buntu dan bercelaru bertambah-tambah? Jangan biarkan perasaan itu menghakis sebuah kepercayaan. Ayuh! marilah kita bersama berhijrah. Walaupun kita 'ditinggalkan' tapi kita tidak pernah ketinggalan!







"Akan aku kejarNya dihadapan, agar antara kita akan berputik harapan dan cinta pada keikhlasan. Tidak lagi perlu diragukan, tiada apa perlu dirisaukan..Dia pemilik hati ini, padaNya tempat aku mencari jalan dan kehidupan..Ya Allah, kuatkan.."




Akhirnya, kita mengetahui apakah itu jalan hijrah. Dalam cinta ada jalan kisahnya, dan jalan yang terbaik adalah hijrah. Namun, hijrah itu bukanlah mudah seperti yang disangka. Sedangkan untuk kita memulakan langkah pertama, derita dan sengsaranya itu tidak terkira. Malah walaupun sudah melangkah, langkahan seterusnya belum tentu kita lepasi. Mungkin jatuh tersungkur? Rebah menyembah dan akhirnya akur semula pada tuntutan dan bisikan hembusan nafsu dan syaitan.





Hanya buat mereka yang tidak ragu pada cintanya Allah, merekalah golongan yang kuat dan teguh ber'istiqomah'. Mereka tetap melangkah, tidak sesekali pandangan itu beralih arah. Jiwa mereka hanya ada Allah dan hanya Dia yang menemani jalan hijrahnya. Hijrah itu jihad dan inilah jalan cinta yang sukar.








Seperti juga hijrah dan jihad Rasulullah s.a.w, jihad dan hijrah sebuah cinta ini juga tidak lari daripada duka dan hibanya. Namun, tidakkah kita mempelajari sejarah, bahawa hijrah yang sukar dan pedih itu, akhirnya ketenangan dan gembira itu penyudahnya. Derita kepayahan itu akhirnya Allah balas dengan kejayaan yang lebih berganda tanpa diduga. Ini semua akan kita miliki dengan teguhnya pendirian bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita.



Tiada lagi kerisauan. Hentikan setiap keraguan. Andai kita 'ditinggalkan', janganlah kita lemah dan memutuskan harapan. Tapi bangkitlah mengejar ke hadapan. Aturkan langkah-langkah ini dan sisipkan cinta itu sebagai bekalan.


Mungkin boleh saya katakan, bahawa kita 'ditinggalkan' kerana kita disayangi, dan kerana Allah lebih menyayangi mereka yang berusaha menghapuskan kebatilan dalam diri. Tinggalkanlah kepalsuan dan jahiliyyah cinta, dan teguhlah membatasi diri dengan hijab dari hati dan nurani yang suci.



 Kita bersihkan diri ini, kita sucikan hati ini, kita bersama memikul beban sepanjang jalan hijrah ini, sehingga kita sampai pada pertemuan sebuah cinta yang hakiki dan abadi. Itulah cinta antara kita. Iaitu cinta yang pernah suatu ketika 'ditinggalkan' dan 'meninggalkan'. Dan di pengakhirannya, cinta itu kita pertemukan. Pertemuan cinta yang begitu indah, sentiasa dipayungi rahmat dan kasih Tuhan.


Hijrah itu sebatang jalan. Sukar dan payahnya bergantung sejauh mana kita sanggup melaksanakan syari'at Illah. Selagi kita tiada cinta padaNya, masakan pula akan terlaksana syari'atNya? Jika syari'atNya kita tinggalkan, masakan pula ingin kita berhijrah ke arahNya? Dan selagi hijrah itu tiada, jauhkah kita dari maksiat dan dosa?





Hijrah sebuah cinta, hijrah paling manis buat semua. Semoga hidayah Allah menyuluhi jalan ini selamanya.


nota aku:
pengorbanan sangat pahit mungkin.sebab syurga itu indah.=) mungkin akan datang,Allah takdirkan sesuatu yang lagi baik untuk saya dan awak..doakan saya moge istiqamah dalam hijrah ini..=)




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

4 comments:

Noraim said...

sgt2 menyentuh hati. semoga terus dilandasan yg netul insyaAllah.

Layyinul Harir said...

ye,mudahan.insyallah.amin=)

Finaz Jaafar said...

speechless ::::::

Nur Husna said...

Assalamaualaikum syafa.
kuatkan semangat,sayang.insyaAllah Allah bersama-sama kamu.Dia takkan biarkan kamu keseorangan.
Husna mula merindui syafa dan kawan2 ko k..sorb sorb..awat muzik kat blog sedih beno?hik2..
touching..-_-