Saturday, January 7, 2012

Nikmat mana yang kamu dustakan?


Assalamualaikum,
mungkin ini mungkin entry biasa,tapi bisa mengugurkan air mata aku.korang pernah tengok halaqah qalbu?tadi, aku search kat youtube halaqah qallbu terjumpa satu tajuk. Nikmat mana yang kamu dustakan? Masyaallah!..rasa macam banyak sangat dosa ini..Astagfirullahalazim..


menyentuh tentang apa aku dengar tadi,dengan sountracknya menyentuh emosi.pengacara jemputan itu mengajak para penonton membuat perjalanan musafir.kemana?kedalam diri kita..lihat anggota badan kita..tanda kebesaran Allah..lihat tangan kita,apa yang telah kita gunakan selama berpuluh-puluh tahun kita hidup?Masyaallah!.lihat kaki kita adakah langkah kita selama ini menuju kebaikan?...banyak sangat yang kita kufur nikmat..T_____________T


cuba kita renungkan,saat kita tidur,jantung kita masih lagi berdegup.kita masih lagi boleh bangun pagi.kenapa masih kita tidak bersyukur?aliran darah dalam badan kita,saraf kita?mengapa kita masih langgar perintah Allah?..Tapi,baiknya Allah masih lagi beri nafas untuk kita hidup..banyakkan nikmat Allah yang kita dustakan?.T__T



ye.kata-kata ini sangat menyentuh hatiku..T_T


ini pun sama..semua dari Allah!!~.


tapi,kita jarang bersyukur sebagai pelajar.diberi tempat yang selesa masih lagi merungut.ingatlah orang lagi susah..T_T


mereka tiada permainan untuk dimainkan?tapi,kanak-kanak di sini??..T_T



tahukah kita erti bersyukur?..T_T


Jangan kita termasuk golongan yang kufur nikmat,jauhkanlah Ya Allah!..tapi,kenapa kita banyak ikutkan hawa nafsu dalam apa perbuatan kita?sedangkan kita hidup atas kuasa Yang Maha Menghidupkan sedangkan kita melihat atas kuasa Yang Maha Melihat.itu pun masih nak berdusta lagi???...


Ya Allah!! Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah disaat aku lalai dari-Mu suatu ketika dahulu.aku kufur nikmat pada-Mu..Ampun dosa-dosaku Ya Allah!.Bantu aku mencari redhaMu Ya Allah!..permudahkanlah jalanku untuk aku gapai cintaMu Ya Allah!..izinkan aku mencintaiMu,merindui RasulMu melebihi apa yang ada dalam dunia ini Ya Allah!..Bantu aku Ya Allah untuk sentiasa mengingatiMu Ya Allah!..


Ya Allah! Aku bersaksi bahawa aku ini hambaMu,aku akui engkau sempurna,aku tidak.engkau yang sempurnakan ciptaanku,segalanya adalah ciptaanMu,segalanya..tiada milik aku..



Kau telah tunjukkan segalanya tanda kebesaranMu padaku,tapi,aku yang jauh dariMu..Ampun dosa aku ya Allah!!~aku takut aku jauh dariMu..bantu aku dalam segala perbuatanku,percakapanku, sentiasa kearah mencapai redhamu Ya Allah!!~..aku lemah Ya Allah!.aku tau adakalanya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai hamba.




saat ini aku rasakan betul apa yang Allah detikkan dihatiku.
aku korbankan cinta hatiku demi CINTA-Nya..


ayuh sama-sama kita selami kedalam diri kita,muhasabah diri kita.semoga hari esok  lebih baik dari hari ini.banyakkan ingat Allah!


ingat Mati,jangan lalai dengan hiburan dunia.hidup ini persinggahan aje.banyakkan mencari saham untuk akhirat kita yang kekal nanti..mati akan datang tiba-tiba.ingat tau!



Doakan diri saya agar menjadi insan solehah,penyejuk mata untuk umi dan arwah ayah!itu yang saya nak buat masa sekarang.saya mahu jadik anak solehah.selagi mata aku tak tertutup,selagi itu aku berjanji dengan diri nak jadik anak solehah untuk umi ayah aku.aku mahu tebus balik segalanya.aku taknak mereka tanggung dosa-dosa aku.kesian arwah ayah kat dalam kubur kena seksa kalau aku buat lagi maksiat kat dunia.



Alhamdullilah Ya Allah! Hidayahmu begitu bermakna bagi aku.kau lembutkan hati aku kini.moga aku kekal dalam jalan yang lurus ini..Amin..Amin.Sekian.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

sabihatul shahira said...

syafa..sedihnyer ak baca entry mung...adakah ak sudah bersyukur dengan nikmat yng Dia berikan?