Tuesday, November 27, 2012

Apa aku cari sebenarnya dalam hidup ini?

assalamualaikum wbt,

saya penat,
saya penat,
saya penat.

banyak kepenatan aku sekarang kerana perihal akademik!

saya sibuk,
saya sibuk.
saya sibuk,

banyak kesibukan aku ini kerana hal duniawi!

aku termenung,
aku terfikir,
aku bermuhasabah,

apa aku cari sebenarnya dalam hidup ini?
apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup ini?

aku ketawa,
aku ketawa,
aku ketawa,

apa yang melucukan sangat?
adakah ketawa ini dalam dekatkan hati aku pada Allah.


Allah! Dakapku kembali kepada-Mu..T__T
Sesungguhnya hidup matiku hanyalah untuk Tuhan sekalian Alam.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, November 24, 2012

Itu, Ini.

assalamualaikum wbt,

sudah lama tidak menulis disini. aku ada saja disini, cuma agak busy. okey, aku busy dengan program walaupun semester ini aku ambil 8 subjek semester ini.

awak tau kenapa saya buat ini?

pertama, nak perjuangan dalam agama (semampu mungkin)
kedua, saya nak melupakan dia.yes! dia.
ketiga, saya nak pengalaman.
keempat, saya nak belajar manfaatkan waktu supaya tidak terbuang.
kelima, saya nak ............

sekali lagi, saya selalu diperli.itu saya tak kisah.

"aikk, semester 7, sibuk buat program lagi?"

sebabnya, saya nak cuba sedaya upaya bangunkan program kerohanian sebelum saya melangkah keluar dari kolej ini terutamanya.

saya ingin serapkan nilai-nilai murni dan pengalaman kepada para junior.alhamdullilah, penerimaan sangat baik.

walaupun, ada banyak kerja esaimen.tapi, saya cuba buat yang terbaik.

Moga segala usaha menjadi saham diakhirat sana..Ameen.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, November 16, 2012

Melangkah ke "Gerbang 22"



Assalamualaikum,

Alhamdullilah! Akhirnya, aku melangkah jua masuk ke gerbang 22 tahun..^_^
Thanks for wish, thanks for gift, thanks for calling..
oh! Impian aku kali ini, aku mahu terus jadik anak solehah.Insyallah!
Mahu jadik lebih matang lagi insyallah.Mahu jadik tabah dan kuat untuk cabaran akan datang
Dan impian terbesar ialah ingin pulang pada Allah dalam keadaan hati yang sejahtera.Ameen.
Insyallah.

semoga saya akan terus bahagia dengan izin-Nya.

sekali lagi, terima kasih Allah atas semua ini..
Syukur ya Rabb!.=D

# aku cuba ingatkan hati, ingatkan minda bahawa bahagia ini juga ujian! #



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, November 14, 2012

Cinta Yukiko



Assalamualaikum,

hari tuh,aku pergi forum "Muhasabah Cinta".dan satu cerita yang menarik perhatian aku.yang buat aku tersentuh. iaitu tentang cerita yang benar berlaku pada seseorang hamba Allah.ceritanya bermula begini.

ada seorang lelaki yang nama Rahman (bukan nama sebenar) berusia 14 tahun pada ketika itu. amat tergilakan "YUKIKO".dimana-mana dia akan menulis dan juga papan hitam kelasnya " I LOVE YUKIKO". nampak macam gila pun ada.haha. then, satu hari ,ada kawan bertanya Rahman.

"oitt man, kau ini pehal, asyik-asyik Yukiko aje.siapa dia"
"takkan nak beritahu kau"
"ala, gitau la.."
"sebenarnya aku minat dengan budak perempuan kelas 2 Bestari.aku tak tau nama dia, cuma wajahnya persis Yukiko yang kartun jepun tu.sebab itu aku panggil dia Yukiko"
"ohh! itu ke? better kau pergi confess kat dia"
"haaa?"
"ye,at least,kau takdalah gila macam ini"


sehinggalah satu hari, nak dijadikan cerita. pertemuan diaturkan bersama Yukiko itu atas sokongan kawan-kawan sekeliling. sekaligus,membuatkan Rahman terconfess.

"sebenarnya, saya suka awak walhal saya tak tau nama awak"
"oh! saya hargai perasaan awak itu.cuma saya nak kita belajar dulu. sebab kita masih di Tingkatan 2, panjang lagi masa kita.kalau ada jodoh, lepas kita graduate esok-esok,adalah..andai waktu itu awak masih lagi belum berpunya. kita belajar dulu ya"

Bagi Rahman,kata-kata itu menyenangkan hatinya.rasa bahagia pun ada.walaupun hanya itu yang diungkapkan oleh Yukiko. sehinggalah tamat SPM.masing-masing membawa haluan masing-masing.


Tapi,takdir Allah.siapa yang sangka kan.akhirnya, pertemuan mereka berlaku lagi di Universiti Malaya.tapi,masing-masing hanya melihat dari jauh.sekadar berhubung ada keperluan sahaja.kerana mereka giat aktif dalam program dakwah dan islamik.

Hanya itu sahaja.waktu terus berlalu. sampailah hari majlis konvokesyen mereka. Rahman melihat Yukiko bersama keluarganya diluar dewan besar.Dan terus dengan rasa gentlemannya Rahman pergi bertemu ayah Yukiko.


"pakcik, maafkan saya.saya nak mintak izin pada pakcik untuk bercakap dengan anak pakcik depan pakcik"
"okey.silakan"


 dengan penuh debaran .Rahman memulakan percakapan:

"awak. masih ingat kata-kata awak masa kita di Tingkatan 2?"
"ya.ingat!-Ujar Yukiko masih malu-malu-
"so,bagaimana sekarang? awak dah berpunya belum?"
"belum.kerana saya masih menunggu awak. janji saya pada awak.dan awak?"
"dan saya pun sama"

Seminggu selepas majlis konvokesyen.Majlis merisik, bertunang, akad nikah berlangsung.siapa sangka, jodoh mereka dipermudahkan begitu. kerana mereka yakin.

"sejauh mana terpisah, sejauh mana lari.kalau sidia Allah tetapkan untuk kita.takda siapa mampu mengubahnya meskipun tiada "ikatan couple" sebelum itu.kalau Allah takdirkan sidia bukan untuk kita, walau sesayang mana pun kita pada dia, sekuat mana cinta.kalau dia bukan untuk kita,tetap takkan bersatunya kita dan dia"


Itulah perkongsian dari Kak Dina, selaku ahli panel.cerita ini amat menyentuh hati aku.aku pun tak tahu kenapa. maybe, entry akan datang aku akan ceritakan sesuatu.okey?hehe.sekian.~



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Stalk !



Sekali lagi perempuan itu melepaskan marahnya.memang tiada siapa tahu, marah itu untuk siapa. sehinggalah, terkeluar jugak dari mulutnya.

"apehal perempuan itu masih suka Tag-tag dia kat Facebook tuh,meyampah tau! aku tak suka"

"oit....bunyi macam jeles"- kawan menyampuk.

"bukan jeles, tapi menyampah"

"kau rasa diorang ada in relationship ke?"

"kalau ada?"

"entah! takpelah! -sambil ligat perempuan itu menjadik "stalker" di wall lelaki itu.


"apesal aku asyik tengok kau suka sangat tengok wall lelaki tuh.yang peliknya, komen tak, like pun tak.ape hal kau ini?"

"entah! saje.menghabiskan masa untuk stalk wall dia"

"dengan tujuan?"

"aku tak tau.mungkin ambil berat dari jauh!"haha.



"cakap aje kat dia, perasaan itu masih ada.senang!"

"gila kau! sah-sah dia memang taknak aku dah.dia tak ingat aku dah"

"mustahil dia lupa kau. korang kan pernah berbaik-baik satu ketika dahulu"

"dahulu itu takkan sama macam sekarang!" -Ujar perempuan itu dengan nada yang keras.

"tapiii, perasaan kau tak berubah kan?"- kawan terus mencelah.



"maksud aku, cara kau tengok dia tu kat Facebook tuh.seolah-olah kau masih lagi caring kat dia.even dia tak tahu"

"ea? entah!..-Terdiam.Sepi.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, November 13, 2012

Demi Cinta Suci



Assalamualaikum wbt,

sedih itu ujian,
kecewa itu ujian,
patah hati itu ujian,
gembira itu ujian,
kaya itu ujian,
miskin itu ujian,
dekat jarak itu ujian,
jauh jarak itu ujian,

paling penting hati kita sentiasa pada-Nya dalam semua keadaan.
hubungan dengan-Nya makin baik, bukannya makin rapuh.

Allah,
Bahagia yang kurasa ini ujian-Mu
Allah,
Ajarkan hatiku kusyuk untuk mengingati-Mu.

Allah,
Allah,
Allah,
Allah,

Mohon Allah permudahkan segala urusan yang baik ini..(^__^)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, November 8, 2012

Jangan Sesekali Jangan



Assalamualaikum wbt,

Kita masih kawan kan?

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, November 7, 2012

Kenapa Bukan Saya?



saya dengar orang bercerita,
tentang kita, tentang kita, tentang kita.

tapi,semuanya cerita itu tidak benar!
kenapa awak sanggup membuatkan cerita salah tersebar.
awak sebarkan, saya mendiamkan diri.

mereka kata, suruh saya jumpa awak.
untuk betulkan semua cerita yang salah ini.

hati saya kata jangan,biar Allah sahaja tahu kebenarannya.
lagi saya bersuara, lagi saya sakit.
saya tahu awak tetap akan menafikannya.

kenapa sanggup percaya orang lain dari saya?
mana kepercayaan awak pada saya?

dulu, awak kata, saya antara orang yang awak percaya.
tapi,sekarang?

dan saya harap, bila awak tahu kebenarannya nanti,
saat itu, saya sudah bahagia dengan orang lain,
dan saat itu, semoga awak sedar mana silapnya diri awak.

saya salah, saya khilaf,saya akui.
cuma saya terkilan, kenapa awak harus bercerita pada orang lain?
Bukan saya?
kenapa awak?



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, November 6, 2012

Cinta Yang Tidak Pasti

Assalamualaikum,

Seringkali hati kita terdetik "adakah hadirnya dia untuk aku?" . Pertanyaan itu bertalu-talu menerjah difikiran kita sehinggakan kita rasa, feel nothing. tapi,dalam masa yang sama kita mengharapkan dirinya tercipta untuk diri kita.pohonlah doa dari Alllah.


Dan jika jalan takdir pertemuan itu tidak dapat menyatukan hati kita dan dia. Redhailah!  Itu ada hikmahnya.mungkin pertemuan indah itu, sekadar untuk pengalaman hidup untuk diri kita.


sebab itu, jangan letakkan 100% harapan kepada dia.tapi, letakkan harapan sepenuhnya pada Yang Maha Pemberi Cinta..(^___^


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-