Thursday, May 31, 2012

Erti Kehidupan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Sebenarnya kan,hidup ini satu anugerah.dalam erti kata sebenar,ialah satu HADIAH.ya! hadiah daripada pencipta kita kepada diri kita ini.

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu sebaik-baik penciptaan" At-Tin Ayat 4.



Tidakkan kita terfikir seandainya kita dicipta menjadi batu.rasa-rasanya apa yang kita akan lakukan?atau kita ditakdirkan menjadi ayam.yang hanya menunggu masa untuk disembelih,apakah yang kita akan rasa?

Tidak ramai yang mahu berfikir sehingga sejauh ini.sebab itu mereka yang tidak mahu berfikir akan melakukan sesuatu yang sia-sia dalam hidup.sesungguhnya penciptaan kita dibumi ini,bukanlah sesuatu yang sia-sia.bukanlah sesuatu yang main-main.kita diptakan bersebab bukan saja-saja.



 ”Maka apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja)? Dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ?“. – Surah al-Mu’minun, ayat 115 


"Tidakkah Allah yang menciptakan makhluk itu tidak mengetahui segala-galanya? Dan Dia Maha Halus,Maha Mengetahui" Al-Mulk Ayat 14



Sebenarnya hidup ini perlu dihargai dengan perkara yang bermanfaat.bukannya perlu dilempar jauh-jauh begitu sahaja.

Tetapi,kenapa manusia sendiri sukar merasakannya?

Mungkin juga kerana tidak sedar dengan 3 perkara penting ini iaitu:

  • Dari mana kita datang?
  • Kenapa kita didatangkan?
  • Kemana kita akan pergi?



Mari kita bertanya pada diri kita tentang soalan ini.Hakikatnya,inilah soalan asas untuk kita memahami erti kehidupan kita dan merasakan bahawa peluang kita dihidupkan ini satu anugerah,iaitu hadiah daripada Allah Swt.



Persoalannya,adakah kita cuba mengenal diri kita?

Mari kita sama-sama menelaah 3 soalan tadi..

Semoga kita akan temui hikmah-Nya...

Sekian.


Nota aku:
Perkongsian dari Buku Langit Ilahi-Tuhan Tidak Lupakan Kita by: Hilal Asyraf..



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: