Friday, May 25, 2012

Ini hidupku.


assalamualaikum,

aku nak share sesuatu yang tidak formal pulak iaitu tentang hidupku.huhu.haa,petang tadi,ada kawan aku datang bilik.then,macam biasa,aku ini kadang-kadang pakar kaunseling pun ada jugak.=_=..kadang-kadang itu,jadik Dr.Cinta pun ada..even hati aku sendiri retak seribu.huhu.kadang-kadang itu,jadik pendakwah bebas pun ada jugak..oh! cuma di blok aku ajeee...tapi,pernah jugak dijemput ke blok lain hari tuhhh..(@_@)

kebanyakkan yang bertanya tentang cinta,aku biasanya susah nak support..aku cuba bawak kepada mengenali cinta ALLAH!!..itu sahaja.aku susah nak bagi advise yang membuatkan mereka lebih kepada bahagia "couple" yang belum tentu halalnya..bagi aku,yang patut mereka kenal ialah indahnya cinta Allah!..



syukur jugakkkkk!! sebabnya,ada 2,3 orang junior aku sudah mula melakukan perubahan itu..yang dulunya,selalu aje gayut telefon,skang takda dah.dengar khabar terbaru, roomatenya kata dia jugak mula berhijrah.alhamdullilah!~

pernah si junior aku  ini bertanya.:

"akak syafa,macamane erk nak belajar melupakan seseorang?'

"means? your ex pakwe ke?"

"haah,yee."

"belajar menghayati ayat al-quran,hadiri solat jemaah,banyakkan hadiri program ceramah agama,inshallah! sibukkan diri.nanti perasaan rindu kepada sidia akan hilang dengan sendirinya,akan hadir cinta Allah untuk diri awak "

soalan junior ini amat dekat dengan diri aku..huhuhu~




yang paling dasyat,aku kena jadik bomoh pun ada..heh? mereka kata aku tahu nak lawan "menda-menda" macam tuh.mereka kata aku berani..padahalnya,aku sendiri cuba untuk "berani"..alhamdullilah,berkongsi apa yang boleh dikongsi..itu anugerah Ilahi buat diri yang penuh dosa ini..=_=..sometimes jadik ustazah pun ada..heh? yeee..betol!..macam junior aku datang tanya masalah hukum-hakam agama.inshallah! apa yang aku tahu aku kongsi..lastly,jadik guru mengaji..the moment yang sangat sweet.sebab,jadik guru mengaji kan amalan yang paling bagus..syukur ya Rabb!!=) *dah lama tak ajar junior,sebab aku busy sket skang..=_=

bagus betul junior aku kat blok ini,tak segan silu bertanya hukum..contoh:

"akak syafa, nak tanya..kalau anak rambut yang kat tepi ini kena basahkan jugak ke kalau anak rambut ini panjang?"

-"haah,ye.sebab anak rambut termasuk dalam anggota muka..itu sebaiknya jangan selak anak rambut kebelakang telinga.keluarkan dulu anak rambut.ratakan air dari atas kepala sampai ke bawah dagu.kalau tak,tak rata nanti wudhuk.tak sah solat."



haaa..itu apa yang ustaz Ghadaffi ceramah hari tuh .kebanyakkan perempuan tidak membasuh anak rambut mereka..so,pasnie,kena hati-hati la pasnie..kadang-kadang itu,biasalah bilik aku jadik busy jugak biasanya..kawan datang share masalah,mintak nasihat.kadang itu,call pun ada.mereka kata,mereka termotivasi dengan aku..bukankah ini satu anugerah Allah? kadang tuh,rasa tak layak aje.tapi,demi ilmu yang aku ada kerana Allah,aku cuba membantu. sedangkan diri ini penuh jugak dengan dosa..=_=..Astagfirullahalazim.=_=....haaaa, aku nak cerita tentang kawan aku.after she shared her problem,then,she said to me:

"best jadik syafa,semua syafa nak dapat,murah rezeki pun ada.seronok aje tengok syafa,tak pernah sedih pun"

huhuhuhu!!~betapa sulit sebenarnya untuk jadik diri ini..dalam usaha mentarbiah diri sendiri lagi sulit dari mentarbiah orang lain..ye,jadik pendakwah bukan mudah.ini amanahku.=_=...itu sebab,when i do something,i need think.always think..

"orang kata aku macam ustazah,takkan aku nak buat itu..bla..bla..bla.."

itu sebab peranan pendakwah bukan mudah.tapi,itu yang aku pernah kata.MUJAHADAH SEORANG MUJAHIDAH!...heh? faham kan? menyeru orang dan menyeru diri sendiri.itu yang sentiasa aku ingatkan untuk diri yang seringkali lalai,alahaiii..ohhhhh dunia!!!(T.T)



always remind myself, aku tak sempurna..melawan nafsu jahat dalam diri.itu yang aku selalu sukar untuk buat.. sometimes,make me crying alone...yaaa! sebab itu aku perlukan usrah!..mereka sering menasihati untuk diri ini..(T__T).satu rahsia yang ummi aku ajar dari dulu ialah,buat solat sunat Dhuha. insyallah! hidup segalanya mudah dan dimurahkan rezeki..inshallah! akan terasa lapang dan dimudahkan segala urusan...cuba lah kita sama-sama untuk istiqamah.!!=)



solat sunat yang lain yang membantu jiwa kita kuat even datanglah masalah besar mana pun ialah solat sunat Tahajjud..wahhhh!! sungguh sweet,sebab dibuat waktu tengah malam.tanpa sesiapa..saat indah bercinta dengan Allah !Adukan segalanya....nak menangis pun takpe..lega sangat kalau dapat menangis kerana dosa-dosa..kita akan rasa legaaaaa yang teramat..cubalah buat solat Tahajjud!!=)



haaa..banyak-banyak wat solat sunat.jangan pula lupa solat fardhu..wajib dibuat! jangan dilengahkan. sebaiknya,bila azan terus pergi solat..kan bahagia hidup!! hidup akan bahagia bila kita jaga hubungan kita dengan Allah..bukankah dengan mengingati Allah ,hati akan jadik tenang.! itu sahaja formula untuk bahagia dalam hidup ini,inshallah kekal hingga akhirat..




ohhhh! sudah lewat malam rupanya...aku undur diri dahulu..doakan aku kuat ye melawan nafsu ini..=_=

nota aku:
disaat aku rasa down,aku cuba muhasabah diri..kenapa orang lain boleh nampak aku kuat?aku tanya diri aku, takkan aku sendiri nak lemah..so,itu sebab itu aku cuba bangkit..dengan izin Allah!..



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: